Sultan Selangor mengenakan syarat yang lebih ketat termasuk menetapkan usia minimum 45 tahun sebelum seseorang layak menerima anugerah Datuk di negeri itu.
Syarat tersebut diperkenalkan sebagai langkah untuk mengehadkan bilangan penerima gelaran Datuk selain melindungi imej serta maruah darjah kebesaran itu.
Peraturan baru itu akan dikuatkuasakan dalam pemilihan penerima bintang kebesaran dan pingat sempena sambutan hari jadi baginda yang ke-61 pada 11 Disember ini, menurut laporan akhbar The Star hari ini.
Akhbar itu melaporkan Sultan Sharafuddin Idris Shah akan hanya mengurniakan 27 anugerah Datuk pada hari keputeraan baginda kali ini walaupun perlembagaan negeri membenarkan had maksimum 40 anugerah Datuk diberikan dalam setahun.
Baginda dipercayai menjadi Sultan pertama di Malaysia yang mengenakan kriteria umur minimum dan beberapa peraturan lain sebelum menganugerahkan darjah kebesaran yang membawa anugerah Datuk.
Menurut The Star, Sultan Sharafuddin juga dijangka hanya mengurniakan dua anugerah Datuk Seri dan satu anugerah Datuk Setia walaupun setiap kategori itu membenarkan maksimum dua anugerah.
Baginda juga memperkenalkan beberapa syarat lain penganugerahan darjah kebesaran.
Untuk ahli politik, mulai tahun ini hanya Exco kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri, atau ahli-ahli Parlimen layak untuk diberi anugerah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) atau Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang membawa gelaran Datuk.
Untuk pegawai kerajaan mereka mestilah berada dalam Kategori A, B atau C manakala mereka yang berkhidmat dalam badan kehakiman perlu bertugas di Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan.
Untuk calon tentera, penama mesti sekurang-kurangnya berpangkat Leftenan Jeneral manakala untuk polis, calon mestilah sekurang-kurangnya Pesuruhjaya Polis.
Ketika ini terdapat hanya tujuh orang pegawai polis berpangkat Pesuruhjaya di negara ini dan semuanya bergelar Datuk.
Bagaimanapun, pengecualian akan diberi ke atas bekas wakil-wakil rakyat, para usahawan yang berkaliber atau pemimpin-pemimpin masyarakat yang terpilih.
‘‘Untuk sektor swasta, penerima mesti sekurang-kurangnya pengarah urusan atau jawatan yang setaraf dan perlu datang daripada sebuah syarikat yang mempunyai reputasi baik.
‘‘Bagi ahli akademik, penerima perlu seorang profesor penuh. Profesor madya tidak lagi layak untuk mendapat anugerah Datuk,’’ kata seorang pegawai istana Selangor kepada akhbar The Star.
Sultan Selangor menetapkan kuota 40 anugerah Datuk setahun, dipercayai satu-satunya negeri yang menetapkan had seperti itu tetapi setiap tahun baginda hanya menganugerahkan antara 25 hingga 35 anugerah Datuk walaupun lebih 1,000 pencalonan dihantar setiap tahun.
Sejak dimahkotakan sebagai Sultan pada 2003, jumlah anugerah yang diberi pada sambutan hari keputeraan Sultan Sharafuddin telah menunjukkan penurunan.
Daripada 209 anugerah pada 2002 baginda mengurangkannya kepada 185 pada 2003, 127 pada tahun 2004 dan 110 pada tahun lepas.
Satu sumber memberitahu akhbar itu, bilangan 33 anugerah Datuk yang diberi pada tahun 2005 adalah berbeza kerana ia dibuat sempena memperingati ulang tahun keputeraan baginda yang ke-60.
Tahun lepas, penerima anugerah Datuk di Selangor terpaksa membuat pengisytiharan sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah bahawa mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Selain itu, mereka juga perlu bersumpah bahawa tidak dikehendaki oleh polis, tidak diisytiharkan bankrap atau menghadapi tindakan undang-undang di mana-mana mahkamah.
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Zakat dijadikan hutang.
Suami memperturutkan kehendak isteri.
Anak derhaka terhadap ibunya,
Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
(H.R Termizi)
Monday, September 28, 2009
Alaaahai!!! VIRUS H1N1 ada lagi ka...
Posted by ~yatie~ at 10:22 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment