MASAK LOMAK CILI API
CAMPO DONGAN DAUN TURI
HARI RAYO KOLUMPO SOPI
TINGGA PENYAMUN DONGAN PENCURI
(Pesanan untuk Warga Kota yang nak balik ke kampung Berhari Raya)
oleh al-Faqir
DEFINISI
Hari Raya, Hari Perayaan, Hari Lebaran, Hari Kebesaran atau Hari Ulang Tahun, disebut dalam bahasa Arab sebagai ‘Id (عيد). (عيد)‘Id bererti: “Mana-mana hari yang di dalamnya manusia berkumpul”. ‘Id dari kata dasar : عاد – يعود “Kembali atau berulang” kerana manusia sentiasa kembali mengulang-ulangi hari tersebut”. (Lihat: Ahkamul Idaini fis-Sunnah al-Mutahharah. Ali Hasan bin Ali Abdul) Disebut ‘Id kerana hari tersebut sentiasa diulang setiap tahun. ‘Id juga dari kata al-‘adah العادة)) “Adat atau Kebiasaan” Jamaknya a’yad. ( اعياد) عيد المسلمون bermaksud: Orang-orang Islam yang merayakan Hari Raya mereka. (Lihat: Ahkamul Idaini fis-Sunnah al-Mutahharah. Ali Hasan bin Ali Abdul) (عيد)Menurut Ibnu Abidin rahimahullah pula: “Dinamakan id kerana segala macam kebaikan para hamba yang dilakukan setiap hari yang hanya milik Allah kembali kepadaNya. Antara kebaikan untuk para hamba ialah dibolehkan berbuka setelah sebelumnya dilarang makan dan minum, zakat fitrah (yang kebaikan pahalanya untuk hamba). (Adapun kebaikan ‘Idil Adha) dengan menyempurnakan ibadah haji, tawaf, nikmat daging korban dan sebagainya. Lazimnya pada hari tersebut Id - (عيد)) dipenuhi dengan kebahagian, kegembiraan, kesenangan dan nikmat”. (Lihat: Hasyiyah Ibnu Abidin 2/165)Ibnul Arabi rahimahullah berkata: “Dinamakan (عيد) kerana setiap tahun terus kembali dan berulang dengan kegembiraan yang baru”. (Lihat: Lisanul Arab 3/319). Fithri atau fitrah pula bermaksud sediakala atau sifat asal. Justeru itu Hari Raya `Ied al-Fithri adalah salah satu dari hari kebesaran umat Islam yang disambut pada tanggal 1 Syawal setiap tahun bagi menyambut kejayaan umat Islam setelah berjaya menyempurnakan ibadah sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak dan kembali kepada fitrah iaitu sifat asal manusia yang dibenarkan makan dan minum sepanjang hari. Menurut al-`Allamah Ibnu `Abidin rahimahullah: Disebut `Ied, kerana pada hari itu Allah Ta'ala memiliki berbagai macam kebaikan yang akan kembali kepada hamba-hambaNya setiap hari, yang di antaranya (tidak berpuasa) setelah adanya larangan makan dan minum (pada bulan Ramadan), zakat fitrah, … Dan kerana kebiasaan yang berlaku pada hari tersebut adalah kegembiraan, kebahagiaan, keceriaan dan hubur (kenikmatan). - Dinukil dari kitab Meneladani Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya ditulis oleh Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 11. Dalil disyari'atkan `Ied al-Fithri sebagai hari kebesaran bagi umat Islam adalah sebagaimana dikhabarkan oleh Anas bin Malik radhiallahu 'anh, dia berkata: Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua Hari Raya yang pada keduanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliyyah, maka baginda bersabda: "Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya `Ied al-Adha dan `Ied al-Fithri." - Hadis riwayat Imam al-Nasa'i, di dalam Sunan al-Nasa'i, Kitab al-Sholah, hadis no: 959
HARI RAYA PUASA DAN HAJI
Semua jenis Hari Raya telah ditetapkan oleh Allah Azza wa-Jalla. Maka tiada sesiapa yang diizinkan menambah atau merubahnya. Ia disambut setelah melaksanakan rukun Islam seperti selepas puasa Ramadan atau setelah selesai ibadah haji. Di Hari Raya kaum muslimin diperintah agar turun ke musalla untuk solat Hari Raya dan membesarkan syi’ar Islam secara berjamaah, iaitu bersolat dan mendengar khutbah. Anas radiallahu ‘anhu berkata:“Setelah Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam hijrah ke Madinah, penduduk Madinah mempunyai dua Hari Raya, kemudian Nabi menggantikan dengan dua Hari Raya untuk dirayakannya.Baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: قَدِمْتُ عَلَيْكُمْ وَلَكُمْ يَوْمَانِ تَلْعَبُوْنَ فِيْهِمَا فِى الْجَاهِلِيَّةِ ، وَقَدْ اَبْدَلَكُمُ اللهُ بِهِمَاخَيْرًا مِنْهُمَا ، يَوْمَ النَّحْرِ وَيَوْمَ الْفِطْرِ. “Aku datang pada kamu sedangkan kamu memiliki dua hari yang kamu bersenang-senang dihari tersebut. Allah telah menggantikan untuk kamu yang lebih dari dua hari itu, iaitu Hari Raya korban dan Hari Raya Puasa (Idul Fitri)”. (H/R Ahmad 3/103,178 dan 235. Abu Daud 1134. Nasaii 3/179 dan Bagawi 1098) Antara tujuan Hari Raya ialah untuk berehat dari keletihan ibadah, membesarkan syi’ar, bergembira, bersuka ria dan berhibur dengan tidak melanggar batas-batas syara.
YANG DI BOLEHKAN (Halal) MENYANYI
Aisyah radiallahu ‘anha berkata:دَخَلَ عَلَيَّ رَسُوْلُ اللهِ ، وَعِنْدِيْ جَارِيَتَانِ تُغْنِيَانِ بِغِنَاءٍ بُعَاثٍ فَاضْطَجَعَ عَلَىالْفِرَاشِ وَحَوْلَ وَجْهَهُ ، وَدَخَلَ اَبُوْبَكْر فَانْتَهَرَنِيْ وَقَالَ : مِزْمَارَةُ الشَّيْطَا نِعِنْدَ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ فَاَقْبَلَ عَلَيْهِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْ هِوَسَلَّمَ فَقَالَ : دَعْهُمَا . فَلَمَّا غَفَلَ غَمَزْتُهُمَا ، فَخَرَجَتَا. “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam masuk menemui aku, yang mana di sisiku ada dua anak perempuan kecil yang sedang bernyanyi dengan nyanyian Bu’ats. (“Bu’ats) بعاث asalnya ialah nyanyian yang di ambil dari syair mengenai peperangan, keberanian dan motivasi agama. Ia dinyanyikan oleh bangsa Aus ketika memperolehi kemenangan besar dalam peperangan melawan suku Khazraj. Perkara ini (bu’ats) telah dijelaskan oleh Imam al-Bagawi dalam kitab “Syarhus Sunnah” 4/322) Kemudian baginda berbaring di tempat tidur dan memalingkan wajahnya. Masuklah Abu Bakar, lalu dia mengherdikku dan berkata: Seruling syaitan di sisi Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam? Rasulullah kemudian menghadap ke Abu Bakar seraya bersabda: Biarkan kedua anak perempuan itu. Ketika baginda tidur, aku memberi isyarat dengan mata kepada dua anak itu maka merekapun keluar”. (H/R Muslim. Lihat: Syarh Muslim 6/182. an-Nawawi) Adapun nyanyian yang dihalalkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah nyanyian anak-anak yang belum baligh, hamba atau Wanita yang menyanyi hanya untuk suaminya, iaitu berdasarkan hadis:يَا اَبَا بَكْرٍ ! اِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيْدًا ، وَهَذَا عِيْدُنَا “Wahai Aba Bakar, setiap kaum mempunyai hari raya, dan ini adalah hari raya kita!”.Menurut Ibnu Hajar rahimahullah: “Terdapat faedah dalam hadis ini, iaitu disyariatkan memberi kelapangan kepada keluarga pada Hari Raya untuk menunaikan berbagai perkara yang boleh mencapai kegembiraan, kebahagian jiwa dan merehatkan dari beban ibadah utama (puasa dan tarawih). Ini menunjukkan bahawa melahirkan kegembiraan pada Hari Raya merupakan syi’ar agama Islam”. (Lihat: Fathul Bari 2/443) Bersedih di Hari Raya sehingga menangis semasa saling bermaafan, perbuatan menziarahi kubur dan menangis dikuburan adalah amalan bid’ah yang tidak pernah dicontohkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, para sahabat radiallahu ‘anhum dan para Salaf al-Ummah (golongan awal) dikurun mufadalah. Maka, wajiblah ia ditinggalkan agar memperolehi keberkatan, kerana mencontohi sunnah itu adalah lebih utama.
MANDI DAN BERHIAS DI HARI RAYA
Sunnah mandi dipagi Hari Raya. Ibnu Umar sentiasa mandi di pagi Idul Fitri sebagaimana riwayat dari Ali radiallahu ‘anhu. Inilah pendapat Al-qamah, Urwah, ‘Atha’, An-Nakh’i, Asy-Sya’bi, Qatadah, Abu Zinad, Malik, Asy-Syafie dan Ibnul Munzir. (Lihat: Al-Mugni, 2/370) Nafi’ berkata: “Abdullah bin Umar sentiasa mandi pada Hari Raya Idul Fitri sebelum ke musalla. Ibnul Musayyib pula berkata:سُنَّةُ الْفِطْرِ ثَلاَثٌ : اَلْمَشْيُ اِلَى الْمُصَلَّى وَاْلاَآْلُ قَبْلَ الْخُرُوْجِ وَاْلاِغْتِسَالُ “Sunnah Idul Fitri tiga: Berjalan menuju ke musalla, makan sebelum keluar (ke Musalla) dan mandi”. (Lihat: Irwaul Ghalil 2/104. H/R Al-Firyabi 127/1-2 dengan isnad yang sahih) Adalah disunnahkan untuk mandi di pagi Hari Raya iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat `Ied al-Fithri. Menurut Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah: Baginda (shallallahu 'alaihi wasallam) mandi sebelum berangkat mengerjakan solat `Ied. (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Mukhtasar Zaadul Ma'ad Bekal Menuju Ke Akherat, (edisi terjemahan oleh Kathur Suhardi, Pustaka Azzam, Jakarta 1999), ms. 48. Di mukasurat seterusnya kitab ini hanya akan disebut sebagai Zaadul Ma'ad sahaja) Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh pernah ditanya tentang mandi; apakah perlu mandi setiap hari? Maka beliau menjawab: Tidak perlu. Namun, yang perlu mandi ialah pada hari Jumaat, hari `Arafah, hari `Ied al-Adha dan `Ied al-Fithri. (Hadis riwayat Imam al-Syafi'i di dalam Musnad al-Syafi'i, I/118-119) Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah pula di dalam kitab Majmu'nya (jilid 1, ms. 7): Imam al-Syafi'i dan rakan-rakannya mengatakan: "Untuk melaksanakan solat `Ied al-Fithri dan `Ied al-Adha dianjurkan mandi. Tidak ada perbezaan pendapat di dalam masalah ini." (Dinukil dari artikel karangan Abu Ihsan al-Atsari bertajuk Mendulang Sunnah Nabi Pada Hari Raya `Iedul Fitri yang diterbitkan oleh majalah As-Sunnah, edisi 08/VII/1424H/2003M, ms. 23) Tatacara mandi sunat di pagi Hari Raya ini adalah sama dengan tatacara mandi wajib (janabah).Sunnah berpenampilan indah, bersih, kemas dan rapi (elegan), sama ada pada diri sendiri*, pakaian** atau rumah. Namun tidak dibolehkan berlebih-lebihan. Ibnu Umar berkata: Umar mengambil sehelai jubah sutera tebal yang dijual di pasar, ia membawanya kepada Rasulullah dan berkata: يَارَسُوْلَ اللهِ اَبْتَع هَذِهِ تَجَمَّلُ بِهَا لِلْعِيْدِ وَالْوُفُوْدِ ، فَقَالَ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ : اِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لاَخَلاَقَ لَهُ فَلَبِثَ عُمَرُمَاشَاءَ اللهُ اَنْ يَلْبِثَ ثُمَّ اَرْسَلَ اِلَيْه رَسُوْلُ اللهِ بِجُبَّةٍ دِيْبَاجِ فَاَقْبَلَ بِهَا عُمَرُ فَاَتَى بِهَارَسُوْلُ اللهِ فَقَالَ : ِيَا رَسُوْ لَ اللهِ ، اِنَّكَ قُلْتَ : اِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لاَ خَلاَقَ لَهُ، وَاَرْسَلْتُ اِلَيَّ بِهَذِهِ الْجُبَّةِ؟فَقَالَ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ : تَبِيْعُهَا اَوْ تُصِيْبُ بِهَا حَاجَتَكَ Wahai Rasulullah! Belilah jubah ini agar dapat berhias pada hari raya. Dipakai untuk menerima utusan. Rasulullah bersabda: Ini pakaiannya orang yang tidak mendapat bahagian di akhirat. Maka Umar tinggal sepanjang waktu yang Allah kehendaki. Kemudian Rasulullah mengirimkan kepadanya jubah dari sutera. Umar menerimanya lalu mendatangi Rasulullah dan ia berkata: Wahai Rasulullah, engkau pernah mengatakan: Ini adalah pakaian orang yang tidak mendapat bahagian di akhirat! Dan engkau mengirimkan kepadaku jubah ini? Baginda bersabda: Juallah atau penuhi keperluanmu dengannya”. (H/R Bukhari 886, 984, 2104, 2169, 3045, 5841, 5891 dan 6081. Muslim 2068. Abu Daud 1076) *(Ramai lelaki muslim berhias dengan mencukur janggutnya supaya kelihatan kacak. Mencukur janggut adalah suatu perbuatan haram dengan kesepakatan para ulama Salaf as-Soleh seperti imam Ahmad, Malik, Syafie, Sufiyan as-Thauri, Ibn Taimyah dan anak-anak muridnya. Malah termasuk juga para ulama masa kini seperti Ibn Bazz, Nashiruddin al-Albani dan ramai lagi ulama yang mengharamkan mencukur janggut) **Terdapat hadis-hadis sahih mengharamkan lelaki berpakaian yang melebihi/menutup mata kaki/buku lali (ber-isbal). Malangnya masih ramai muslimin termasuk imam solat yang pakaiannya mencecah tanah/diseret, sedangkan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengharamkan isbal, iaitu pakaian yang menutup mata kaki dan diseret. Penjelasan Hadis:Menghias diri di Hari Raya merupakan kebaikan yang ditetapkan kepada orang-orang Islam. Baginda tidak mengingkarinya, diketahui oleh baginda yang menjadi ketetapan dan kebiasaan. (Lihat: Hasyiyah as-Sindi ‘An-Nasaii 3/181) Menurut Ibnu Hajar: Ibnu Abi Dunya dan Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, sampai kepada Umar bahawa Ibnu Umar pakaiannya paling cantik di Idul Adha. (Lihat: Fathul Bari 2/439)Hadis/sunnah berbentuk taqrir. Penerimaan Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam atas perbuatan Umar. Asal memakai pakaian indah adalah untuk hari Jumaat. Namun, baginda tidak menegah berhias di Hari Raya, manakala yang ditegah adalah berhias dengan pakaian yang terbuat dari sutera. (Lihat: Fathul Bari 2/439) Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan: Kebiasaan berhias di Hari Raya adalah perkara yang masyhur. (Lihat: Al-Mughni. 2/228) Ibnul Qaiyim menjelaskan: Nabi memakai pakaian paling cantik untuk solat Idul Fitri dan Idul Adha. Baginda memiliki perhiasan yang dipakai di Hari Raya dan di hari Jumaat. Ada kalanya baginda memakai dua burdah (baju luar) berwarna hijau atau merah, bukan merah keseluruhannya, bukan merah garang sebagaimana disangka sebahagian manusia, kerana jika demikian bukan dinamakan burdah. Tetapi yang baginda pakai kain yang ada garis-garis merah seperti kain bergaris dari negeri Yaman. (Lihat: Zadul Maad. 1/441) Berkata Imam Malik rahimahullah: Aku mendengar ulama menganggap sunnah untuk memakai wangi-wangian dan berhias pada setiap Hari Raya. (Lihat: al-Mughni. 2/228) Bagi muslimah, tidak dihalalkan oleh syarak bertabarruj, mendedahkan aurat, memakai minyak wangi semasa keluar rumah, tidak boleh berjabat tangan dengan lelaki ajnabi (asing), tidak boleh bergaul bebas dengan lelaki yang bukan mahramnya dan dilarang keluar rumah tanpa mahram atau walinya jika tidak ada keperluan.
PEMBAZIRAN DI HARI RAYA
Haram berlebih-lebihan ketika menyambut Hari Raya, sama ada Hari Puasa atau Hari Haji Allah Azza wa-Jalla berfirman:وَلاَ تُبَذِّرْ تَبْذِيْرًا اِنَّ الْمُبَذِّرِيْنَ كَانُوْا اِخْوَانَ الشَّيَاطِيْنِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّه كافُوْراً “Dan janganlah menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya”. (al-Isra’ 17: 26-27)وَآُلُوْا وَاشْرَبُوْا وَلاَ تُسْرِفُوْا اِنَّهُ لاَ يُحَبُّ الْمُسْرِفِيْنَ“Makan dan minumlah, jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”. (al-A’raf 7: 31) لاَتَزَوْلُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رِبِّهِ حَتَّى يُسْاَلَ عَنْ مَالِهِ مِنْ اَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا اَنْفَقَه “Tidak berganjak kedua kaki anak Adam di hari kiamat dari sisi Rabbnya sehingga ditanya tentang hartanya dari mana ia perolehi dan ke mana ia belanjakan”. (H/R Turmizi 2416. Al-Khatib dalam tarikhnya 12/440. Darimi 1/131. Abu Nu’aim, Al-Hilyah) Tujuan berhari raya ialah untuk beribadah dengan melahirkan syi’ar Islam serta menunjukkan nikmat Allah, tetapi bukan untuk bermaksiat dengan cara berbangga-bangga yang riak, menunjuk-nunjuk yang keterlaluan dan membazir.
Ucapan Selamat Hari Raya Yang Sunnah
Ucapan selamat Hari Raya daripada hadis-hadis sahih ialah:تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu”. (Lihat: Fathul Bari 2/446)Ibnu Hajar rahimahullah berkata: Dari Jubair bin Nufair ia berkata:كَانَ اَصْحَابُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، اِذَا الْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيْدِ يَقُوْلُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ “Para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam apabila bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain: Semoga Allah menerima dari kami dan darimu”. (Lihat: Fathul Bari 2/446) Menurut Ibnu Hajar, isnad hadis ini hasan. (Lihat: Fathul Bari 2/446) Ibn Taimiyah apabila ditanya tentang ucapan selamat pada Hari Raya beliau menjawab: “Katakanlah kepada yang lain apabila bertemu dengan ucapan:تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ“Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu”. (Lihat: Majmu’ al-Fatawa 24/253)اَحَالَ اللهُ عَلَيْكَ“Allah telah menghalalkan kepada kamu”. (Lihat: Whusul al-Amani bi Usul at-Tahani. Al-Jalal as-Suyuti) Imam Ahmad rahimahullah berkata: “Aku tidak pernah memulakan mengucapkan selamat hari raya kepada seseorangpun, namun bila ada orang mendahulukan mengucapkan itu, aku akan menjawabnya. Kerana menjawab ucapan selamat itu wajib, sedangkan mendahului ucapan tersebut bukanlah sunnah yang diperintahkan dan tidak pula dilarang. Sesiapa mengerjakannya maka baginya ada contoh dan siapa yang meninggalkannya baginya juga ada contoh”. (Lihat: Whusul al-Amani bi Usul at-Tahani. Al-Jalal as-Suyuti) Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan: “Muhammad bin Ziyad berkata: Aku pernah bersama Abu Umamah al-Bahali dan selainnya dari kalangan para sahabat Nabi. Mereka bila kembali dari solat hari raya berkata sebahagiannya dengan ucapan (Lihat: Al-Mughni 2/295):تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ“Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu”.Menurut Imam Ahmad: “Isnad hadis Abu Ummah jayyid (baik). (Lihat: Al-Jauharun Naqi. 3/446) Begitu juga Imam Suyuti berkata: Isnad hadis ini hasan. (Lihat: Al-Hawi. 1/81) .
MAKAN SEBELUM SOLAT
Anas radiallahu ‘anhu beliau berkata: كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَغْدُ وْيَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَاْكُلَ تَمَرَاتٍ “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak pergi ke musalla di Hari Raya Idul Fitri sehinggalah makan beberap tamar”. (H/R Bukhari 953. Turmizi 543. Ibnu Majah 1754. Dan Ahmad 3/126,164, 232)عَنْ بُرَيْدَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَخْرُجُ حَتَّى يَطْعَمَ يَوْمَ الْفِطْرِوَيَوْمَ النَّحْرِ لاَ يَاْكُلُ حَتَّى يَرْجِعَ فَيَاْكُلُ مِنْ نَسِيْكَتِهِ. “Dari Buraidah radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak keluar di Idul Fitri sehinggalah makan, dan pada Hari Raya korban baginda tidak makan sehingga kembali dari solat, baginda makan dari sembelihannya”. (H/R Turmizi 542. Ibnu Majah 1756. Ad Darimi 1/375. Ahmad 5/352. Hadis ini hasan) Dengan makan terlebih dahulu baginda ingin menutup peluang berpuasa (di Hari Raya). (Lihat: Fathul Bari. 2/44. “Hikmah Disunnahkan Makan Tamar (kurma)”) Pada Hari Raya Idul Adha, baginda tidak makan sehinggalah kembali dari solat. Baginda makan daging korban sembelihannya. (Zadul Ma’ad. 1/441. Ibnul Qaiyyim) Fadhilat melewatkan makan kerana disyariatkan mengorbankan binatang dan diutamakan agar makan daging korban (Lihat: Al-Mughni. 2/371. Ibnu Qudamah. Nailul Autar. 3/357. Asy- Syaukani).
TAKBIR HARI RAYA
Takbir Hari Raya adalah merupakan perintah Allah s.w.t.. Allah Azza wa-Jalla berfirman: وَلِتُكَمِّلُوْا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوْا اللهَ عَلَى مَا هَدَكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ “Hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjukNya yang diberikan kepada kamu, mudah-mudahan kamu mahu bersyukur”. (al-Baqarah 2: 185)كَانَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَاْتِيَ الْمُصَلَّى ، وَحَتَّى يَقْضِيَ الصَّلاَةَ ، فَاِذَا قَضَى الصَّلاَةَ قَطَعَ التَّكْبِيْرَ “Baginda keluar pada Hari Raya Idul Fitri, maka baginda bertakbir (dalam perjalanan) hingga sampai di musalla, dan hingga ditunaikannya solat. Apabila baginda telah selesai menunaikan solat, maka baginda menghentikan takbir”. (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf 2/165. al-Faryabi dalam Ahkamul Ideian no 59. Al-Baihaqi dalam As-Sunan al-Kubra 3/279. Lihat: Silsilah al-Ahadis as-Sahihah 170. sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani) Disyariatkan bertakbir dengan jahar (mengeluarkan suara) ketika pergi ke musalla, melaungkan sendiri-sendiri bukan berjamaah dan bukan dipimpin oleh seseorang. Dimulakan sejak terbit fajar di hari Arafah. Berakhir di hari Tasyriq setelah solat Asar. Cara ini disepakati oleh Malik, Abu Hanifah, Syafie, Ahmad dan Ibnu Taimiyah. ((1). Lihat: Majmu Fatawa 24/220 Ibnu Taimiyah. (2). Subulus Salam 2/71-72) “Ibnu Umar bertakbir dengan menyaringkan (menguatkan) suaranya. Pada Hari Idul Fitri dan Hari Korban setelah solat Subuh sehingga duduk di musalla. Beliau terus bertakbir sehinggalah Imam sampai (untuk solat)”. (H/R Ibnu Abi Syaibah dan Daruqutni dengan sanad yang sahih) Tentang jangka masa untuk bertakbir Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah berkata: Takbir pada hari `Ied al-Fithri dimulai ketika terlihatnya hilal (anak bulan), dan berakhir dengan selesainya `Ied iaitu ketika imam selesai dari khutbah, (demikian) menurut pandangan yang benar. (Majmu' Fatawa, jilid 24 ms. 220 dan 221. Dinukil daripada artikel bertajuk Bimbingan Berhari Raya Idul Fithri yang disusun oleh Abu Sulaiman Aris yang diterbitkan oleh Majalah As-Sunnah Edisi 07/VIII/1425H/2004M, ms. 39) Perihal lafaz takbir raya maka terdapat beberapa riwayat dari para sahabat radhiallahu 'anhum yang di antaranya adalah: Daripada Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anh, beliau mengucapkan: أَللهُ أَكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ أكبَر ، اَللهُ أَكبَر ولِلهِ الْحَمْدُAllah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan yang berhak diibadahi kecuali hanya Allah semata, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji hanya bagi Allah. (Hadis riwayat Imam Ibnu Abu Syaibah di dalam Mushannaf, hadis no: 5649) Daripada Ibnu `Abbas radhiallahu 'anh, beliau pernah mengucapkan: أَللهُ أَكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر , أَللهُ أَكْبَر وَلِلَّهِ الْحَمْدُ, أَللهُ أَكْبَر وَ أَخَلُّ, اللهُ أَكبَرُ عَلَى مَا هَدَانَا Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahilhamd, Allahu Akbar wa A-khallu, Allahu Akbar `alaa maa hadaana. (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar segala puji hanya bagi Allah, Allah Maha Besar lagi Maha Agung, Allah Maha Besar di atas petunjuk yang telah diberikan kepada kita). (Riwayat Imam al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra (III/315))Salman al-Farisi radhiallahu 'anh pula berkata: كبَرُوْ اللهَ: اللهُ أَكبَرُ, اللهُ أَكبَرُ, اللهُ أَكبَرُ كبِيْرًاAgungkanlah Allah dengan menyebut Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Kabeera (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar). (Hadis riwayat Imam al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra (III/316) Ketika dalam perjalan ke tempat solat `Ied, disunnahkan juga untuk kita bertakbir sehinggalah apabila solat akan didirikan. Menurut Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani rahimahullah: … disyari'atkan apa yang dikerjakan oleh kaum Muslimin berupa takbir dengan suara lantang selama di dalam perjalanan menuju tempat perlaksanaan solat (musholla), meskipun banyak dari mereka mulai meremehkan sunnah ini. (Dinukil dari kitab Meneladani Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya ditulis oleh Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32) Bertakbir sejak mula keluar dari rumah adalah untuk menyerlahkan syi'ar Islam di seluruh perjalanan yang ditempuhi untuk menuju ke tempat solat. Syaikh Wahid Abdussalam Bali telah berkata: …setiap muslim bertakbir sejak keluar dari rumahnya sehingga sampai ke tempat solat, dengan mengeraskan suaranya, sebagai memaklumkan syi'ar Islam yang agung ini. Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin. (al-Hajj (22): 32) Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dengan sanad sahih dari al-Zuhri rahimahullah: Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam keluar pada Hari Raya al-Fithri dengan bertakbir hingga sampai di tempat solat. (Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya (edisi terjemahan oleh Ahmad Syaikhu, Darul Haq, Jakarta 2005), ms. 415-416) Tentang tatacara takbir yakni dengan suara yang kuat, maka ianya tidak berbeza antara `Ied al-Fithri atau `Ied al-Adha (Hari Raya Haji). Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah: Sa'id bin Manshur meriwayatkan dengan sanad yang maushul (sanadnya bersambung sampai kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam), dari Ubaid bin Umair, dia berkata: "Bahawa `Umar ketika sedang berada di dalam khemahnya di Mina selalu mengumandangkan takbir, begitu pula dengan orang-orang yang berada di dalam masjid dan orang-orang yang berada di pasar, hingga kota Mina bergemuruh dengan suara takbir." (Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih al-Bukhari, Tahqiq Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, (Edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta 2004) Jilid 5, ms. 315) Ada pun cara bertakbir, maka ia adalah umum sebagaimana keumuman dalil yang menganjurkannya. Oleh itu bertakbir boleh secara bersendirian atau berkumpulan, sama ada secara serentak atau dipimpin oleh seseorang. Semuanya bergantung kepada suasana ketika sedang bertakbir. Yang dilarang adalah menetap atau mengkhususkan cara bertakbir kepada satu cara sahaja sehingga orang ramai menganggap ia adalah satu-satunya cara untuk bertakbir. Ada pun lafaz takbir yang pelbagai pada masa kini, yang lebih utama adalah lafaz takbir yang diriwayatkan daripada para sahabat sebagaimana yang dikemukakan di atas. Sekali pun dalam riwayat-riwayat tersebut tidak dinyatakan bahawa ia berasal daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dalam kaedah usul fiqh sedia diterangkan bahawa perbuatan sahabat dalam ibadah memiliki nilai marfu' (bersambung kepada Rasulullah s.a.w.), iaitu berasal daripada Rasulullah, sekali pun mereka tidak menyandarkan secara jelas kepada baginda.
MENGIKUT JALAN YANG BERBEZA KETIKA PERGI DAN KEMBALI DARI MENGERJAKAN SOLAT 'IED
Disunnahkan bagi kita mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat `Ied. Jabir bin `Abdullah radhiallahu 'anh berkata: Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melalui jalan yang berbeza pada hari `Ied. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 986) Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah berkata: Baginda (shallallahu 'alaihi wasallam) selalu menempuh jalan yang berbeza ketika berangkat dan ketika pulang dari tempat solat `Ied. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui dua jalan tersebut. Ada pula yang berpendapat untuk memberikan barakah kepada mereka. Ada yang berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua jalan tersebut. Ada yang berpendapat untuk menampakkan syi'ar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih menepati kebenaran adalah agar perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, maka salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjatnya, sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya. (bnu Qayyim al-Jauziyyah, Za'adul Maad, ms. 49) Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah: Imam al-Syafi'i (rahimahullah) di dalam kitabnya al-Umm mengatakan bahawa seorang imam dan makmum disunnahkan untuk mengikuti jalan yang berbeza dengan jalan waktu pergi ketika pulang dari solat `Ied. Demikian juga pendapat majoriti pengikut mazhab Syafi'i. (Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms. 341)
HUKUM SOLAT HARI RAYA
Berkata Ibn Taimiyah rahimahullah: Solat Hari Raya hukumnya fardu ‘ain bagi setiap individu sebagaimana ucapan Abu Hanifah (Lihat: Hasyiyah Ibnu Abidin. 2/166) dan selain beliau. Ia juga pendapat Imam Syafie dan salah satu dari pendapat mazhab Ahmad. (Lihat: Majmu Fatawa. 23/161) Pendapat yang menyatakan fardu kifayah tidak berasas. (Lihat: Majmu Fatawa. 23/161) Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak pernah meninggalkannya walaupun sekali. Baginda memerintahkan semua manusia mengerjakannya, sehingga para wanita yang merdeka, para gadis pingitan dan wanita haid dianjurkan ke musalla. (Lihat: Al-Mau’idah al-Hasanah 42-43. Siddiq Hasan Khan Sailul Jarar. 1/315. Syaukani) عَنْ اُمِّ عَطِيَّة رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : اَمَرَنَارَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ اَنْ نَخرِجَهُنَّ فِى الْفِطْرِ وَالضُّحَى :اَلْعَوَاتِقِ وَالْخَيْضِ وَذَوَاتِ الْخُدُوْرِ فَاَ مَّ الْحَيْضِ فَيَعْتَتَزِلْنَ الصَّلاَة (وفِى لَفْظٍ) الْمُصَلَّى وَيَشْهَدْنَ الْخَيْرَ وَدَعْوَ ةَالْمُسْلِمِيْنَ قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ ! اِحْدَانَا لاَ يَكُوْنُ لَهَا جِلْبَابِ ، قَالَ : لِتُلْبِسْهَا اُخْتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا “Ummi Atiyah berkata: Rasulullah memerintahkan kami mengeluarkan para wanita merdeka, yang haid dan gadis-gadis pingitan pada Hari Raya Idul Fitri dan Adha. (dilafaz lain) Keluar ke mussala (tanah lapang). Mereka menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum muslimin. Aku berkata: Wahai Rasulullah, salah seorang dari kami tidak mempunyai jilbab? Baginda berkata: (suruh) agar saudaranya meminjamkan jilbabnya! (H/R Bukhari 324, 351, 971, 974, 980, 981 dan 1652. Muslim. 980. Ahmad. 5/84-85. An-Nasaii. 3/180. Ibnu Majah. 1307 dan at-Turmizi 539) Perintah di hadis ini menunjukkan perintah yang wajib, kerana diwajibkan ke musalla bermaksud diwajibkan bersolat Hari Raya. Maka dengan demikian solat Hari Raya hukumnya wajib ‘ain, atau yang lebih rajih hukumnya adalah wajib dan bukan sekadar sunnah. (Lihat: Tamamul Minnah. Hlm. 344. Nasruddin al-Albani)
HARI RAYA JATUH PADA HARI JUMAAT
Dalil yang menunjukkan wajibnya ialah solat Hari Raya dapat menggugurkan kewajipan solat Jumaat apabila Hari Raya jatuh pada Jumaat. Nabi sallallahu ‘alihi wa-sallam bersabda: اِجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيْدَانِ ، فَمَنْ شَاءَ اَجْزَاَهُ مِنَ الْجُمَعَةِ وَانَّا مُجْمَعُوْنَ “Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hari Raya. Sesiapa telah (Bersolat Hari Raya), dia telah menyempurnakan dari solat Jumaat dan sesungguhnya kita telah dikumpulkan”. (H/R Abu Daud 1073. Ibnu Majah 1311. Al-Hakim 1/228. Al-Baihaqi 3/318. Ibnul Abdil Barr (dalam At-Tauhid) 10/272. Al-Khatib (dalam Tarikh Bahgdad) 3/129. Ibnul Qaiyyim (dalam al-Wahiyat). 1/473. Al-Faryabi (dalam Ahkamul Iedain) 150. Ibnul Jarud (dalam Al-Muntaqa) 302. Hadis sahih banyak syahidnya (lihat: Sawathi’ al-Qamarain fi Takhrij Ahadis Ahkamail Iedain), Musaid bin Sulaiman bin Rasyid. Hlm. 211) Sesuatu yang tidak wajib tidak menggugurkan sesuatu yang wajib. Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berterusan mengerjakan solat Hari Raya secara berjamaah sejak disyariatkan sehinggalah wafat. (Lihat: Nailul Autar 3/382-383) Baginda menggandingkan perintahnya kepada manusia dengan terus menerus ini agar mereka keluar ke tanah lapang (musalla) untuk solat Hari Raya. (Lihat: (1). Nailul Autar. 3/282-283. (2). Majmu fatawa. 24/212. dan 23/161. (3). Ar-Raudah an-Nadiyah 1/142. (4). Tamamul Minnah, hlm. 344) Seterusnya, pandangan akan wajibnya solat `Ied al-Fitri ini diperkuatkan lagi dengan hakikat bahawa solat `Ied ini dapat menggugurkan kewajipan solat Jumaat jika keduanya terjadi pada hari yang sama (Hari raya jatuh pada hari Jumaat). Hanya sesuatu yang wajib dapat mengugurkan kewajipan yang lain. – Inilah pendapat Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani rahimahullah di dalam Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, (edisi terjemahan oleh Afifuddin Said, Maktabah Salafy Press, Gajah Mada 2002) jilid 2, ms. 103. Dalil yang menunjukkan kewajipan solat Jumaat gugur sekiranya ianya serentak dengan hari `Ied adalah: Dari Iyas bin Abi Ramlah al-Syami, dia berkata: "Aku pernah menyaksikan Mu'awiyah bin Abi Sufyan yang sedang bertanya kepada Zaid bin Arqam. Dia bertanya: "Apakah engkau menyaksikan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menghadiri dua Hari Raya (hari `Ied dan hari Jumaat) yang berkumpul dalam satu hari?" Dia menjawab: "Ya." Mu'awiyah bertanya: "Lalu apa yang baginda kerjakan?" Dia menjawab: "Baginda mengerjakan solat `Ied, kemudian baginda memberikan keringanan dalam hal (mengerjakan) solat Jumaat dan bersabda: "Barangsiapa yang ingin solat (Jumaat) maka hendaklah dia solat." (Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no: 904) Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu' Fatawa (jilid 23, ms. 161) berkata:… oleh kerana itu, kami mentarjih (menguatkan) bahawa solat `Ied itu wajib bagi setiap individu muslim, sebagaimana pendapat Abu Hanifah dan lain-lainnya. Dan ini merupakan salah satu pendapat al-Syafi'i, dan ia merupakan salah satu dari dua pendapat di dalam mazhab Ahmad.
MELAKSANAKAN SOLAT 'IED DI MUSHOLLA (Kawasan lapang)
Mengerjakan solat `Ied al-Fithri di musholla merupakan satu amalan yang hampir tidak dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil manusia yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Apakah itu musholla dan apakah perbezaanya dengan masjid? Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata: Adapun perbezaan di antara musholla dan masjid adalah bahawa musholla berada di tempat terbuka (seperti padang-pent.) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin. Sedangkan masjid berada di dalam sebuah tempat (bangunan-pen) yang tertutup, sehingga terkadang seorang khatib hanya dapat melihat sebahagian sahaja para hadirin. Shalat `Ied disunnahkan untuk dilakukan di musholla, dan tidak dilakukan di masjid kecuali apabila di dalam keadaan darurat (seperti hujan, angin kencang dan lainnya-pen). (al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms.282) Dalil yang menunjukkan disunnahkan untuk mengerjakan solat `Ied di musholla adalah sebuah hadis dari Abu Sa'id al-Khudri (radhiallahu 'anh), dia berkata: Pada hari `Ied al-Fithri dan `Ied al-Adha, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar menuju musholla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat `Ied. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 956) Ketahuilah bahawa solat di Masjid Nabawi itu adalah 1000 kali lebih baik dari bersolat di masjid-masjid lain. Ini sebagaimana sabda baginda shallallahu 'alaihi wasallam: Solat di masjidku ini (iaitu Masjid Nabawi) adalah lebih baik dari seribu kali solat di masjid lainnya kecuali Masjidil Haram (di Mekah al-Mukarramah). (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Jamaah, hadis no: 1190) Namun ternyata meskipun dengan keutamaan sebesar ini Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tetap memerintahkan para sahabat radhiallahu 'anhum untuk mendirikan solat `Ied al-Fithri di musholla. Ibnu Qudamah rahimahullah di dalam al-Mughni (jilid 3, ms. 260) berkata: Mengerjakan solat `Ied di musholla adalah sunnah, kerana dahulu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam keluar ke tanah lapang dan meninggalkan masjidnya (iaitu Masjid Nabawi). Demikian pula para khulafa' al-Rasyidin. Dan ini merupakan kesepakatan kaum muslimim. Mereka telah sepakat di setiap zaman dan tempat untuk keluar ke tanah lapang ketika solat `Ied. (Dinukil dari artikel bertajuk Bimbingan Berhari Raya Idul Fithri yang disusun oleh Abu Sulaiman Aris S, ms. 40)Tentang hikmah diselenggarakan solat `Ied di musholla, Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata: Sesungguhnya mengerjakan dua solat `Ied di tanah lapang (musholla) memiliki hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidaknya boleh berkumpul bersama dua kali selama setahun. Semua orang dari penjuru negeri berkumpul di sebuah tempat, baik lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (kalimat tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan demikian, Hari Raya benar-benar memiliki erti yang agung bagi mereka. (Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, Koreksi Total Ritual Shalat, (edisi terjemahan oleh W. Djunaedi S, Pustaka Azzam, Jakarta 2001), ms. 394) Menurut Syaikh Wahid Abdussalam pula: Para ulama' telah mengemukakan sejumlah hikmahnya:
Berkumpulnya kaum muslimin di satu tempat untuk menampakkan kejayaan kaum muslimin.
Berkumpulnya kaum muslimin di tempat terbuka yang terlihat awal dan akhirnya disertai takbir dan tahlil, dapat menguatkan keimanan dan memantapkan keyakinan.
Keluarnya kaum muslimin di satu tempat, dewasa dan kanak-kanak, laki-laki dan perempuan, adalah salah satu fenomena kegembiraan pada Hari Raya.
Tercerai-berainya kaum muslimin di beberapa masjid pada hari yang diberkahi ini menyebabkan perselisihan hati dan tercerai-berainya kalimat.
Kaum muslimin memakai pakaian baru dan berkumpul di satu tempat dengan bertakbir, bertahlil, solat dan mendengarkan nasihat (khutbah), adalah salah satu bentuk rasa syukur kepada Allah, Rabb semesta Alam yang berfirman:
“Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah (2): 185)
Berkumpulnya kaum muslimim di dalam pemandangan yang disegani ini dapat menggentarkan para musuh agama dan membuat marah kaum kafir. - Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, ms. 298-299.
Oleh itu sewajarnya umat Islam di Malaysia berusaha untuk mengembalikan pengamalan sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang semakin dipinggirkan ini. Namun begitu janganlah disebabkan di Malaysia Solat `Ied al-Fithri tidak dilaksanakan di musholla maka ada yang beranggapan tidak perlu untuk menunaikan solat tersebut kerana menghindari amalan bid'ah. Insya Allah penulis akan membahaskan hukum solat `Ied al-Fithri di dalam risalah ini. Menunaikan solat `Ied al-Fithri di masjid adalah diperbolehkan oleh Imam al-Syafi'i rahimahullah sekiranya masjid tersebut mampu menampung seluruh penduduk di daerah tersebut. Imam al-Syafi'i berkata: Jika sesebuah masjid di dalam sebuah daerah dapat menampung seluruh penduduk, maka menurutku mereka tidak perlu lagi pegi ke tanah lapang (untuk mengerjakan solat `Ied al-Fithri). Tetapi jika tidak dapat menampung seluruh penduduk, maka tidak dianjurkan melakukan solat `Ied di dalamnya. (Dinukil daripada Fathul Baari, jilid 5, ms. 283) Dari fatwa Imam al-Syafi'i ini maka al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah telah membuat kesimpulan seperti berikut: Dari sini dapat disimpulkan, bahawa permasalahan ini sangat bergantung kepada luas atau sempitnya sesuatu tempat, kerana diharapkan pada Hari Raya itu seluruh masyarakat dapat berkumpul di suatu tempat. Oleh kerana itu, jika hal itu dapat dilakukan di dalam masjid, maka melakukan solat `Ied di dalam masjid lebih utama daripada di tanah lapang. (al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms. 283) Apa pun jua, mencontohi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah lebih utama kerana hadis-hadis baginda bersifat umum tanpa meletakkan sebarang syarat berkaitan keluasan atau kesempitan sesebuah masjid dalam menentukan tempat untuk di laksanakan solat `Ied al-Fithri. Wallahu'alam
TATACARA SOLAT 'IED
Waktu untuk mengerjakan solat `Ied adalah setelah terbitnya matahari setinggi tombak sehingga tergelincirnya matahari iaitu waktu dhuha. Disunnahkan untuk melewatkan solat `Ied agar memberikan kesempatan mereka yang belum menunaikan zakat fitrah untuk menyempurnakannya. 1) Tidak ada solat sunat sebelum dan sesudah Solat `Ied. Dari Ibnu `Abbas bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar pada `Ied al-Fithri kemudian solat dua rakaat dan tidak solat sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. (adis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 989) Hanya sahaja di Malaysia ini solat `Ied dikerjakan di masjid-masjid. Maka perlu untuk dilaksanakan solat Tahiyat al-Masjid kerana secara umumnya setiap kali seseorang masuk ke dalam masjid adalah disyari'atkan untuk dikerjakan solat sunat dua rakaat Tahiyat al-Masjid. Ini adalah sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam: Apabila salah seorang di antara kamu masuk masjid, hendaklah dia rukuk (solat) dua rakaat sebelum duduk. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Sholah, hadis no: 444) 2) Tidak ada azan atau iqamah mahupun apa-apa ucapan sebelum solat `Ied. Dari Ibnu `Abbas radhiallahu 'anh: Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaksanakan solat `Ied tanpa azan dan tanpa iqamah. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no: 968) Namun untuk kemaslahatan umum, dibolehkan membuat pengumuman ringkas untuk memberi tahu para hadirin bahawa solat `Ied berjamaah akan bermula, agar mereka dapat bangun dan mula menyusun saf, lebih-lebih di tempat solat yang luas dimana kedudukan imam tidak dapat dilihat. 3) Jumlah rakaat solat `Ied al-Fithri adalah dua. Dari bnu `Abbas radhiallahu 'anh dia berkata: Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar pada `Ied al-Fithri kemudian solat dua rakaat… (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 989) 4) Terdapat tambahan takbir di dalam solat `Ied. Dari `Aisyah (radhiallahu 'anha), dia berkata: "Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam biasa bertakbir pada solat `Ied al-Fithri dan `Ied al-Adha, pada rakaat pertama tujuh kali takbir dan pada rakaat kedua lima kali takbir, selain dari dua takbir rukuk. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no: 970. Ada pun tentang jumlah takbir secara keseluruhannya sebelum bacaan al-Fatihah, maka terdapat dua pendapat yang masyhur:i - Untuk rakaat pertama lapan takbir, iaitu satu Takbiratul Ihram dan tujuh takbir kerana solat `Ied. 1 + 7 = 8. Untuk rakaat kedua enam takbir, iaitu satu takbir kerana memulai rakaat kedua dan lima takbir kerana solat `Ied. 1 + 5 = 6.ii - Untuk rakaat pertama tujuh takbir, iaitu satu Takbiratul Ihram dan enam takbir solat `Ied. 1 + 6 = 7. Untuk rakaat kedua lima takbir, iaitu satu takbir kerana memulai rakaat kedua dan empat kali takbir solat `Ied. 1 + 4 = 5. Kedua-dua pendapat termasuk dalam kategori perbezaan pendapat yang dibenarkan. Boleh memilih salah satu daripadanya atau yang lebih tepat, mengikuti takbir imam solat `Ied dalam pendapat yang dipilihnya. 5) Tentang haruskah diangkat tangan atau tidak ketika takbir tersebut, menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan: Tidak pernah diriwayatkan dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bahawa baginda mengangkat kedua tangannya ketika takbir pada solat `Ied (takbir pada rakaat pertama yang berjumlah tujuh kali dan pada rakaat kedua lima kali)… Hanya sahaja Ibnul Mundzir berkata: "Malik telah berkata bahawa di dalam masalah ini (iaitu angkat atau tidak tangan ketika takbir tersebut) tidak ada sunnah yang dianggap muktamad. Barangsiapa ingin mengangkat kedua tangannya pada waktu takbir tidak mengapa. Namun pendapat pertama (iaitu tidak mengangkat tangan) lebih aku sukai." (Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan, Total Koreksi Ritual Salat, ms. 395-396) Oleh itu di dalam hal ini bolehlah kita memilih untuk mengangkat atau tidak tangan ketika takbir-takbir tersebut, namun yang lebih hampir kepada sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ialah dengan tidak mengangkatnya. 6) Mengenai bacaan di antara takbir-takbir tersebut maka Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari berkata: Tidak ada hadis yang sahih yang diriwayatkan dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mengenai doa tertentu yang dibaca di antara takbir-takbir solat `Ied, tetapi telah ditetapkan dari Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anh bahawasanya dia berkata mengenai solat `Ied: "Di antara dua takbir dipanjatkan pujian kepada Allah 'Azza wa Jalla sekaligus sanjungan ke atasNya." (Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari, Meneladani Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya, ms. 61) Menurut Imam Ahmad dan Imam al-Syafi'i rahimahumallah sunat di antara dua takbir itu membaca zikir seperti: "Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar". (Dinukil darpada kitab Fikih Sunnah, karya Syaikh Sayyid Sabiq (edisi terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 2, ms. 286) 7) Tentang surah-surah yang dibacakan baginda shallallahu 'alaihi wasallam setelah membaca al-Fatihah, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah telah berkata: Diriwayatkan secara sahih dari bacaan pertama surah Qaf dan surah al-Qamar dan bacaan kedua surah al-A'laa dan al-Ghaasyiah, dan hanya inilah riwayat yang sahih dari beliau tentang bacaan itu (iaitu pada solat `Ied). (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Zaadul Ma'ad, ms. 49) 8) Apabila seseorang tidak dapat turut serta untuk solat `Ied bersama secara berjemaah maka hendaklah dia solat dua rakaat secara sendiri. Di dalam Shahih al-Bukhari terdapat sebuah riwayat dari Atha' bahawa dia berkata: Jika seseorang terlewatkan (tidak mendapatkan) solat Hari Raya, maka hendaklah dia solat dua rakaat. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, Bab Apabila Seseorang Tidak Mendapatkan Solat `Ied, Maka Hendaklah Dia Melaksanakan Solat Dua Rakaat)
KHUTBAH 'IED AL-FITRI
Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat `Ied al-Fithri. Dari Abu Sa'id al-Khudri (radhiallahu 'anh), dia berkata: Pada hari `Ied al-Fithri dan `Ied al-Adha, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar menuju musholla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat `Ied. Kemudian baginda berpusing dan menghadap jamaah yang sedang duduk di saf-saf mereka. Kemudian baginda memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 956) Ada pun cara memulakan khutbah, maka menurut Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah: Baginda memulakan khutbahnya dengan bacaan ‘Hamdallah’ dan tidak disebutkan di dalam satu hadis pun bahawa baginda memulai khutbah `Ied dengan takbir. Hanya sahaja Ibnu Majah (rahimahullah) menyebutkan di dalam Sunan-nya, bahawa Sa'd al-Qaradh (radhiallahu 'anh), salah seorang mu'adzin Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah memperbanyakkan takbir di dalam khutbah `Ied. Sekiranya hadis ini benar, (Seolah-olah Ibnu al-Qayyim meragui kualiti sanad hadis tersebut. Yang benar ia adalah dhaif, rujuk keterangan Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari dalam bukunya Meneladani Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya, ms. 72. Bertakbir sempena `Ied al-Fithri berhenti dengan terdirinya solat `Ied al-Fithri) tetap hal itu tidak menunjukkan bahawa baginda memulai khutbah `Ied dengan takbir. Yang benar, baginda memulai semua khutbah dengan Hamdallah. (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Zaadul Ma'ad, ms. 49) Khutbah `Ied juga berbeza dengan khutbah Jumaat kerana ianya tidak dibahagikan menjadi dua khutbah dan khatib tidak perlu duduk di antara dua khutbah tersebut. Imam al-Nawawi rahimahullah telah berkata: Apa yang diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa dia mengatakan: "Disunnahkan berkhutbah pada Hari Raya dengan dua khutbah yang keduanya dipisahkan dengan duduk adalah dhai'f (lemah) lagi tidak bersambung. Tidak ada satu riwayat sahih pun yang menyebutkan dua khutbah. (Dinukil dari kitab 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, karya Syaikh Wahid Abdussalam Bali, ms. 424) Ini tidak lain menunjukkan sikap keterbukaan Imam al-Nawawi rahimahullah memandangkan pendapat ini sebenarnya bercanggah dengan pendapat Imam al-Syafi'i rahimahullah yang mengsunnahkan bagi imam memisahkan antara dua khutbahnya dengan duduk ketika solat `Ied. Inilah sikap yang sepatutnya kita ambil dalam bermazhab. Sekiranya terdapat hujjah yang lebih kukuh dari pendapat mazhab yang kita pegangi, maka sepatutnya kita meninggalkan pendapat tersebut dan mengikuti al-Qur'an dan hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Sebenarnya Imam al-Syafi'i rahimahullah sendiri telah melarang kita untuk taksub terhadap pendapatnya. Menurut beliau: Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan hadis Rasulullah, peganglah hadis Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu. (Diriwayatkan oleh Harawi di dalam Dzamm al-Kalam, al-Khatib di dalam Ihtijaj bi al-Syafi'i, Ibnu Asakir, al-Nawawi di dalam al-Majmu', al-Fullani, Ibnul Qayyim, Abu Nu'aim di dalam al-Hilyah dan Ibnu Hibban di dalam Shahihnya. Penulis nukil daripada buku Sifat Shalat Nabi karya Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani, ms. 58) Para jemaah juga tidak diwajibkan untuk menghadiri khutbah `Ied ini. Oleh itu setelah selesai mengerjakan solat `Ied bagi seseorang yang tidak ingin turut serta untuk mendengar khutbah maka dia dibenarkan untuk meninggalkan majlis tersebut. Ini sebagaimana diriwayatkan dari `Abdullah bin al-Sa'ib (radhiallahu 'anh), dia berkata: Aku pernah menghadiri solat `Ied bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan ketika selesai solat baginda bersabda: "Sesungguhnya kami akan berkhutbah, barangsiapa ingin duduk untuk mendengarkan khutbah maka dipersilakan. Dan barangsiapa yang ingin pergi, maka dipersilakan untuk pergi. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no: 975) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga amat mengambil berat tentang perihal kaum wanita. Setelah selesai berkhutbah baginda akan menemui kaum wanita dan memberi nasihat khusus kepada mereka lalu menganjurkan mereka untuk banyak bersedekah. Dari Jabir bin `Abdullah radhiallahu 'anh dia berkata bahawa dia mendengar Atha' radhiallahu 'anh berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berdiri pada hari `Ied al-Fithri melakukan solat dan berkhutbah. Setelah selesai, baginda turun lalu menemui para wanita, baginda menasihati mereka seraya memegang tangan Bilal. Bilal membentangkan bajunya, dan para wanita menghulurkan sedekah mereka… (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 978)
BAGI YANG MENANG BERPUASA BOLEH LER DENGAR LAGU NIH!!!
Monday, September 14, 2009
Sunnah Dalam Berhari Raya
Posted by ~yatie~ at 8:11 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment