? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, June 22, 2009

ADAT MERENTAS ZAMAN

PUISI PESAKA LAMA


Kunci Orang Beradat
(apologi kepada perbilangan Adat Perpatih)

Selama lebih 600 tahun, Adat Perpatih diamalkan sesuai dengan perbilangan: "Adat bersendikan syarak, syarak bersendikan kitab Allah SWT."


Kunci alam kepada raja
Kunci luak kepada penghulu/Undang
Kunci suku kepada tua
Kunci waris kepada pesaka
Kunci anak buah kepada buapak
Kunci orang semenda kepada tempat semenda
Kunci bini (isteri) kepada laki (suami)
Kunci anak kepada emak.


Adat beratur bilang bertentu
Mengaji kepada alif
Berbilang kepada satu
Bercakap kepada pangkal
Sehelai tikar putus
Sebingkah tanah terbalik
Sebatang kayu tumbang
Hidup dikandung adat
Mati dikandung tanah!


Tergawa mati, tanda berhutang
Bukan hutang padi nan bersukat
Bukan hutang kain nan sehasta
Bukan hutang ringgit nan berbilang
Hutang pesaka dengan adat
Hutang budi dengan bahasa!


-Alba,Jelebu, N.S.14 Oktober 2008.


SISTEM ADAT PEPATIH


Negeri Sembilan Unik kerana beberapa sifatnya. Negeri itu merupakan gabungan beberapa buah wilayah kecil dalam satu ‘Konfederasi’ yang mengamalkan system dua kerajaan (dual government) iaitu adat dan legislatif. Selain itu, masyarakatnya mengamalkan system matrilineal dan patrilineal dan mempunyai raja yang dibawa masuk khusus untuk memerintah negeri dengan kuasa yang terhad.

Hal yang demikian berlaku di sebabkan fenomenon sejarah yang berlangsung di rantau ini sejak kejatuhan Melaka (1511) dan kelonggaran pentadbiran kesultanan Johor-Riau dalam abad2 berikutnya. Menurut tradisi, dikatakan ada seorang pegawai, Datuk Ganti Maharaja yang di lantik oleh Johor untuk menjadi wakil Johor di kawasan2 ‘Negeri Sembilan’ sekarang tetapi tiada catatan tentang kuasanya itu (Hooker: 1971:105). Malah dalam pertengahan abad ke 17 pengawalan Johor ke atas Negeri tempatan amatlah lemah walaupun ada ‘sistem residen’ itu (Parr & Mackray 1910:1516).

Dalam tahun 1770 empat wilayah Rembau, Sungai Ujong, Johor, Ulu Muar telah memberontak. Tradisi tempatan tidak jelas dalam hal ini tetapi yang jelas ialah bahawa kerajaan Johor telah semakin lemah dan empayar itu semakin di kuasai oleh pihak Bugis. Sultan Abdul Jalil II telah di kalahkan oleh Raja Kecil dalam tahun 1722 dan pengantinya, Abdul Jalil II adalah Boneka Bugis. Kemudian pihak Bugis telah mendirikan kesultanan Bugis di Selangor pula. Dengan tekanan dari utara dan selatan oleh Bugis, keempat empat wilayah konfederasi ini pun merayu kepada Sultan Minangkabau di Pagar Ruyung dan sejak itu perhubungan dengan Johor pun terputus.

Melihat ketetapan penghulu2 luak mengundang Raja Melewar dari Pagar Ruyung sebagai muslihat politik untuk mendapatkan keuntungan ekonomi dan politik dan mengurangkan penentangan yang mungkin datang dari anasir2 luaran dan dalaman. KJatanya pemilihan daripada kalangan calon tempatan tidak di lakukan disebabkan status persamaan yang terdapat di kalangan para undang yang ada. Jadi usaha mendatangkan seorang raja yang asing dengan kuasa ‘keasingan’ dan ‘keneutralan’nya, diharap dapat menjamin perjalanan perdatangan dengan orang luar secara lebih licin lagi kerana keabsahannya datang satu kuasa dan tidak daripada empat kuasa atau lebih seperti sediakala. Beliau berpendapat juga bahawa wujudnya “Yang di Pertuan Besar” menandakan penguasaan status golongan Minangkabau vis-à-vis golongan Orang tempatan (Biduanda).

Sejarah Awal Negeri Sembilan

Perpindahan orang Minangkabau ke Semenanjung nampaknya bermula selepas kejatuhan Melaka. Dalam tahun 1613 Godinho de Eredia menyebut di dalam bukunya tentang petempatan orang Minangkabau di daerah Naning dan Rembau (yang dikatakan kepunyaan Johor). Tidak di nyatakan bahawa daerah2 Johor atau Sungai Ujong di diami oleh orang Minangkabau. Daerah2 lain, seperti Sungai Ujong, didiami Orang Asli (Biduanda, Basisi dan Jakun). Dalam tahun 1643 orang Belanda telah mewujudkan ‘Negeri sembilan’ yang pertama dengan mengakui Dato Seri Lela Merah sebagai penguasa Naning. Dalam tahun 1705 orang besar Naning yang bernama Juara Megat telah menerima anugerah mohor daripada Sultan Abdul Jalil IV, Johor. Dalam 1707 pembesar Rembau pula telah menerima gelaran warisan dan mohor daripada Johor. Dengan kurnia Bendahara Seri Maharaja. Beberapa tahun selepas itu (1715) Datuk Bandar Sungai Ujong menerima pengakuan yang sama (Winsedt, 1934:56). Datuk Jelebu (Datuk Moyang Saleh) tidak berbuat demikian sehingga tahun 1757 dan Datuk Inas mungkin diakui dalam masa yang sama. Semasa negeri-negeri ini belum lagi mengamalkan Adat Pepatih, bahkan tak mungkin adapt ini berpengaruh di Kelang, di Segamat dan di Jelai.

Tekanan pihak Bugis dan semakin kurangnya kuasa Melayu dari Johor menyebabkan orang Minangkabau di Rembau, Sungan Ujong, Johol dan Ulu Muar ingin berhukum menurut Adat Pepatih. Mereka pun membuat keputusan mengundang anak2 raja dari Pagar Ruyong sebagai raja dan penyelesai kepada masaalah mereka. Pengembaraan wakil2 dari keempat-empat ‘negeri’ itu ke Sumatera di ketahui umum (Parr dan Kackray, 1910:17, Lister 1887: 41-42) tetapi yang menarik ialah istilah2 tambahan yang di sifatkan kepada negeri2 itu:

Rembau - Disebut Tanah Kerajaan yakni tempat YamTuan yang pertama di tabalkan iaitu di Penajis

Sungai Ujong - Disebut Balai Melintag, iaitu balai penghadapan yang terletak melintang dengan istana besar tempat kediaman Dato’ Kelana Sungai Ujong. Menurut Harver (184:246) istilah ini menunjukkan kuasa Dato’ Kelana menentang sebarang pembaharuan yang di utarakan oleh YamTuan.

Johor - Disebut Balai Bertingkat yang mengambarkan balai Undang Johor yang atapnya bertingkat2. Ini menunjukkan kedudukan Undang yang sangat tinggi.

Ulu Muar - Disebut Tanah Mengandung kerana tempat kediaman YamTuan tergolongan di dalam lingkungannya.

Anak2 raja Pagar Ruyong yang mula2 sampai (Raja Kasah, Raja Adil, Raja Khatib) terbukti tidak diterima. Raja Khatib sebenarnya di perintah oleh Sultan Munim Syah pergi ke Semenanjung (Muar) untuk menyambut Raja Melewar iaitu anak raja yang di tetapkan pergi ke Semenanjung, beliau belot dan mengaku dirinya raja yang sebenar yang di hantar oleh Pagar Ruyong untuk di tabalkan. Raja Khatib berkahwin dangan Warna Mas, anak Penghulu Na’am, Ulu Muar. Dalam masa itu Raja Melewar singgah di Siak (untuk mendapatkan pengiring2 handalan) dan kemudian pergi ke Johor untuk mendapatkan cap mohor untuk memerintah negeri. Perbilangan adat ada menyebut:

Beraja ke Johor
Bertali ke Siak
Bertuan ke Minangkabau


Setelah itu Raja Melewar pun berangkat menuju ke Naning. Dari Naning baginda masuk ke Rembau lalu di tabalkan di Kampung Penajis, kira2 dalam tahun 1773. Disinilah timbul perbilangan adat:

Tanah Kerajaan Di Penajis
Tanah Mengandung di Seri Menanti

Raja Khatib dan mertuanya, Penghulu Na’am, di perangi lalu di bunuh. Seterusnya Raja Melewar beristerikan Cik Seni, anak bongsu Penghulu Na’am. Kemudian Raja Melewar pindah membuat ibu negeri di ‘Seri Mananti’ di Ulu Muar. Baginda tidak di beri tanah atau kuasa memungut cukai tetapi di tetapkan ufti dalam bentuk padi dan kelapa. Tanpa kuasa, baginda tidak dapat bersaing dengan ketua2 daerah seperti Datuk Kelana Putera Sungai Ujong atau Datuk Penghulu Rembau. Kuasa pembesar2 Bugis di Sungai Ujong, di Kelang dan di Rembau memang lebih besar daripada Kuasa Yang DiPertuan Besar di Seri Mananti.
(Disini wujudnya dua wilayah bernama Seri Menanti, di Ulu Muar dan Kuala Pilah.
Penempatan Awal dan Penempatan Kedua.)


Perbezaan Negeri Sembilan dengan Negeri2 Lain

Perbezaan utama di antara Negeri Sembilan dengan negeri2 Melayu yang lain di Semenanjung terletak pada amalan Adat Perpatih yang berdasarkan konsep ‘matrilineal’ tetapi paras politik tertinggi menurut konsep ‘patrilineal’ (daripada bapa kepada anak lelaki). Kewibawaan, bagaimanapun, berpunca daripada orang ramai (anak buah) oleh sebab:

Bulat anak buah menjadi buapak
Bulat buapak menjadi lembaga
Bulat lembaga menjadi Penghulu
Bulat penghulu menjadi Raja


Pendek kata, buapak (ibu bapa), lembaga, penghulu (penghulu luak, bukan kampung) dan Raja adalah wakil2 anak buah.

Orang Negeri Sembilan terbahagi kepada 12 suku, yakni:

Biduanda atau Waris
Batu Hampar
Paya Kumbuh
Mungkal
Tiga Nenek
Seri Melenggang
Seri Lemak
Batu Belang
Tanah Datar
Anak Aceh
Anak Melaka
Tiga Batu

Suku di bahagi pula kepada perut, ruang dan rumpun. Walaupun pertalian keluarga menjadi factor penting dalam system sosiopolitik ini, namun konsep kedaerahan menjadi factor penentu juga. Oleh itu kerajaan terdiri daripada sembilan buah negeri, biasanya di sebut luak. Buapak dan lembaga adalah ketua2 kelompok keluarga, sementara penghulu ialah ketua Daerah. Perbilangan adapt menyebut:

Alam nan beraja
Luak nan berpenghulu
Suku bertua (berlembaga)
Anak buah berbuapak

Walaupun Negeri Sembilan mempunyai masyarakat yang berdasarkan konsep sama rata, namun ada system hirarkinya yang jelas. Diantara datuk2 Penghulu, Datuk Penghulu dari Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Jelebu mempunyai status atau darjat yang lebih tinggi. Pada merekalah terletaknya tugas dan hak istimewa melantik tiap2 Yang di Pertuan Besar yang baru. Oleh itu mereka di gelar Penghulu Berlantik. Di antara mereka berempat, Datuk Penghulu Sungai Ujong lebih diutamakan kerana beliau di anggap ‘abang’ walaupun Yang di Pertuan Besar mempunyai status yang tertinggi, kedudukan baginda tidak serupa dengan raja2 Melayu yang lain. Pada awal lagi, kewibawaan baginda telah di bataskan:

Adapun Raja itu tiada mempunyai negeri dan tiada boleh mencukai kharajat, melainkan berkeadilan sahaja serta permakanannya duit sesuku (12 sen), beras dua gantang, nyior setali (dua biji).

Ini bermakna bahawa raja itu ‘tiada beralat kebesaran, tiada berakyat atau bernegeri’ hanya kepadanya di serahkan pengadilan. Sumber sara hidupnya : 12 sen, beras 2 gantang dan kepada 2 biji daripada taiap2 keluarga. Walaupun begitu, bagindalah yang mengesahkan perlantikan tiap2 penghulu oleh lembaga. Kuasa pentadbiran Negara dan pengurusan Yang Di Pertuan di laksanakan oleh Penghulu Berlantik.

Apabila Raja Melewar mangkat dalam tahun 1795, baginda dig anti oleh putera2 dari Pagar Ruyong: Raja Hitam (1895-1808), dan Raja Lenggang (1808-1824). Raja Laboh (Yam Tuan Sati) datang dalam tahun 1824 tetapi tidak berjaya menjadi Yang di Pertuan. Setelah YamTuan Sati dipecat, ada lima orang raja menuntuk menjadi calon YamTuan Seri Mananti. Mereka ialah Raja Raden putera YamTuan Lenggang, YamTuan Beringin, Raja Kerjan (pernah memangku jawapan YamTuan Seri Menanti) YamTuan Sati (telah di pecat) dan Raja Ali YamTuan Muda Rembau. Datuk Undang Sungai Ujong dengan sokongan Datuk Undang Rembau telah melantik Raja Raden menjadi YamTuan IV (1830-1861). Setelah Raja Raden mangkat, Tengku Imam menjadi YamTuan (1861-1869). Pada tahun 1869 hingga 1872, Negeri Sembilan tidak mempunyai raja di sebabkan perbalahan diantara Tengku Ahmad Tunggal, anak YamTuan Imam dengan orang besar2 dan Penghulu Luak yang benci akan kelakuan buruk beliau. Sementara itu, Orang Besar Kahar bergelar Datuk Siamang Gagap) telah melantik Tengku Ampuan Intan, janda almarhum YamTuan Raden menjadi Pemangku (1869-1872). Selepas Tengku Lintau (abang Tengku Antah) menolak pencalonan, barulah diangkat Tengku Antah menjadi Yamtuan VI (1872-1888).

Pada bulan Ogos 1874, Datuk Kelana Sayyid Abdul Rahman telah meminta pihak British melantik seorang residen di Sungai Ujong. Pada September 1874, bendera ‘Union Jack’ telah di kibarkan dekat rumah Datuk Kelana di Ampangan. Pada awal tahun berikutnya, Residen British yang pertama di Sungai Ujong, Patrick J. Murray, pun tiba.

Hubungan Negeri Sembilan – Minangkabau

Hubungan dengan Minangkabau tidak membawa erti politik yang besar tetapi membawa akibat sosial yang penting. Kedatangan Raja2 dari Pagar Ruyung memperkuat pengaruh undang2 Minangkabau dan status Adat Perpatih yang sebellum kedatangan mereka itu hanya di amalkan oleh keluarga2 didalam suku. Walaupun kebanyakan penduduknya orang Minangkabau, penghulu2 daerah adalah keturunan orang Melayu Melaka-Johor, yang berkahwin dengan ketua2 Bugis. Kedua2 puak ini tentu masyarakat ‘patrilineal’ (menurut keturunan sebelah bapa), dan penghulu2 dari Johor ini mengamalkan adapt Temenggong. Begitu juga masyarat yang di pengaruhi Bugis di Linggi, Sungai Ujong dan Rembau adalah menurut system “bapa sebagai kepada keluarga” (patriarchal). Selama ini suku2 matriarchal (ibu sebagai kepada keluarga) wujud di dalam sistem politik patriarchal, tetapi dalam beberapa dekad pada akhir abad ke 18, sistem matriarchal Minangkabau telah berkembang dan akhirnya di gunakan di seluruh Sungai Ujong dan daerah2 yang kini di sebut Negeri Sembilan pada awal abad ke 19.

YamTuan: Jawatan dan Kedudukan

Jawatan “Yang di Pertuan Besar” atau YamTuan telah di adakan pada tahun 1773, bermula dengan Raja Melewar dari Minangkabau sebagai YamTuan yang pertama. Ketiga2 orang YamTuan yang awal memegang jawatan itu seumur hidup. Raja Melewar (1773-1795), YamTuan Hitam (1795-1808) dan YamTuan Lenggang (1808-1824) adalah anak raja yang di datangkan dari Minangkabau untuk memegang jawatan itu setelah seorang demi seorang YamTuan awal itu mangkat. Pada mulanya telah dilakukan usaha mengaitkan kedudukan Raja yang belum tetap itu dengan sistem adapt. Usaha itu berupa perkahwinan diantara Raja Melewar dengan dua orang saudara perempuan daripada suku Batu Hampar yang juga keturunan ‘Air Kaki’. Dalam masa yang sama, dua keturunan Air Kaki ini telah di beri jawatan Seri Amar DiRaja dan Raja Diwangsa yang masih menjadi pusaka turun-temurun.

Ada lima suku yang termasuk dalam lingkungan ‘Air Kaki’ iaitu:

Suku Batu Hampar
Suku Tanah Datar
Suku Tiga Batu
Suku Seri Lemak Pahang
Suku Seri Lemak Minangkabau

Suku Batu Hampar Sungai Layang di sebut pula ‘Air Kaki yang Jernih’ kerana Cik Seni anak Penghulu Na’am yang di larikan Raja Melewar itu berasal dari suku Batu Hampar Sungai Layang.

Perlu di sebut disini bahawa Seri Amar Diraja dan Raja Diwangsa (iaitu dua orang saudara Cik Puan Cik Seni) dan dua orang lagi dari suku Tanah Datar (Keturunan Sultan Sumanik dan Johan kebesaran) menjadi orang besar empat istana yang asal. Dua orang yang kemudian ini bergelar Penghulu Dagang dan Akhir Zaman. Suku2 dalam lingkungan istana tadi adalah mereka yang:

Menjadi pegawai2 istana dari kalangan anggota suku2 itu; dan
Menduduki kawasan di sekeliling Istana di Seri Menanti.

Jawatan YamTuan pada dasarnya dilakukan secara pemilihan. Pemegangnya dipilih sebulat suara oleh para Undang dari Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau. Calon yang dianggap layak adalah daripada satu keluarga. Bahkan hal ini diakui dalam Sri Menanti Agreement of 4th June 1887. Seksyan IV menyatakan:

‘The Government of Her Majesty the Queen acknowledges Engku Besar Muhamad the son of Tengku Antah to be his successor as YamTuan of Sri Menanti and his legitimate successors after him’.

Kerajaan Baginda Queen mengakui Engku Besar Muhammad putera Tengku Antah menjadi pengantinya sebagai YamTuan Seri Menanti dan seterusnya penganti2nya yang sah selepas baginda (Hooker 1969:162).

YamTuan nampaknya, mempunyai dua status: sebagai raja Seri Menanti berdasarkan atas hak kelahiran dan sebagai raja Negeri Sembilan berdasarkan pilihan Undang yang empat. Pemilihan memberikan peluang kepada Undang yang empat melaksanakan hak mereka mengangkat calon yang paling sesuai.

Calon di kira sesuai : Raja Gopal, Raja Linggam, Raja Kanna.
HE HE HE
Pahlawan masa depan