? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 28, 2010

TRANSFORMASI KERAJAAN


PM lancar Malaysia Inovatif 2010

Oleh HELMI MOHD. FOAD dan HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak menerima replika satelit RazakSAT daripada Maximus Ongkili pada pelancaran Malaysia Inovatif 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa PICC, Putrajaya, malam tadi.

PUTRAJAYA 27 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan inisiatif Malaysia Inovatif 2010 ke arah mewujudkan masyarakat kreatif dan berinovatif bagi memperkasakan negara.

Perdana Menteri berkata, ia merupakan satu kaedah bagi memberi suntikan inovasi dan kreativiti ke dalam masyarakat melalui pembangunan ekosistem yang berupaya melakukan perubahan ke arah itu.

Sambil menekankan agar proses inovasi “diarusperdanakan”, Perdana Menteri ingin melihat inovasi dan kreativiti di negara ini merentasi semua lapisan masyarakat dan mencakupi segala aspek kehidupan.

“Dalam menghala ke arah model ekonomi baru dan maklumat yang berpaksikan kepada pengetahuan dan inovasi, kita perlu sentiasa ingat bahawa hanya negara yang memiliki perisian intelek dan berteknologi canggih serta terkini dapat berada di barisan hadapan.

“Inovasi bukan lagi milik sesiapa, bukan milik mana-mana negara atau bangsa. Ia boleh dimiliki oleh semua dan jika ia dijadikan amalan budaya hidup, ia boleh memperkasakan sesebuah bangsa.

“Pandangan bahawa inovasi milik ahli-ahli sains, teknologis dan cerdik pandai berkelulusan tinggi adalah tanggapan yang tidak tepat,” katanya pada majlis pelancaran Malaysia Inovatif 2010 yang bertemakan “Meraikan Kreativiti” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Perdana Menteri yang mahu menjadikan inovasi dan kreativiti sebagai agenda utama negara, menggariskan beberapa hasrat dan cadangan antaranya, setiap kementerian dan agensi kerajaan perlu menubuhkan satu unit inovasi khas.

Unit tersebut akan bertanggungjawab terhadap pelbagai kegiatan dan program inovasi.

“Saya ingin melihat pembaharuan yang bukan sahaja tertumpu kepada sistem pengkomputeran malah meliputi semua sistem penyampaian awam dan semua titik sentuh pelanggan supaya lebih cekap, inovatif, pantas dan berkesan,” tegasnya.

Untuk itu kata beliau, kerajaan mencadangkan agar individu atau kumpulan serta agensi kerajaan yang berjaya membawa inovasi diberi ganjaran lumayan setimpal dengan hasil yang diperoleh.

Bagi sektor swasta yang menjadi enjin pertumbuhan pula, Najib berkata, kerajaan berhasrat merangsang pertumbuhan firma-firma swasta yang mempunyai komponen Hak Harta Intelek dijana anak tempatan.

Pada masa sama katanya, sistem perolehan kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada keluaran tempatan dalam pembelian produk dan perkhidmatan.

Tambah Perdana Menteri, usaha-usaha juga perlu dijalankan bagi membangunkan lebih banyak modal intelektual seiring dengan keperluan tenaga mahir.

Katanya, pada masa ini nisbah penyelidik, saintis dan jurutera bagi setiap 10,000 pekerja ialah 18 orang dan kadar ini sebenarnya berada pada tahap rendah.

Perdana Menteri juga mahu inovasi dan kreativiti masyarakat dimulakan dari peringkat awal dengan budaya kreatif bermula dengan sistem pendidikan dan kekeluargaan.

“Penuntut harus diberikan kebebasan untuk berfikir secara kritikal dan disokong oleh persekitaran yang interaktif tetapi terkawal berpaksikan budi pekerti, tatasusila dan nilai-nilai murni,” katanya.

Najib juga mengulangi cadangannya agar Pusat Inovasi Negara ditubuhkan bagi berperanan menjana teknologi untuk pembangunan usahawan teknokrat.

“Saya berharap pusat itu akan memainkan peranan sebagai pusat inovasi yang mampu mewujudkan ekosistem yang menitikberatkan bukan sekadar penyelidikan dan pembangunan (R&D) tetapi aspek pengkomersialan hasil penyelidikan,” katanya.

Dalam hal ini, kata beliau, kerajaan menggalakkan para cerdik pandai tempatan yang berada di luar negara agar pulang ke tanah air bagi melakukan lonjakan berfikir secara inovatif.

“Banyak negara yang dulunya kita tidak sangka sekarang sudah memiliki pusat penyelidikan atau universiti penyelidikan.

“Mereka tidak mementingkan siapa menjadi presiden universiti, ahli akademik dan para pelajarnya.

“Apa yang penting adalah hanya yang terbaik daripada kalangan terbaik dipilih,” katanya.

Menurut beliau, inilah contoh pemikiran yang diperlukan bagi abad ke-21 iaitu masyarakat negara ini perlukan keberanian untuk melakukan perubahan.

“Kita mesti berani berubah untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Inilah sebenarnya intipati kepada pelancaran malam ini,” katanya.

PERILAKU ORANG KAFIR



Bernama.com
Malaysian National News Agency

Kepala Babi Hutan Dijumpai Di Dua Masjid Di Petaling Jaya

January 27, 2010 15:02 PM
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Empat kepala babi hutan yang dibungkus dalam empat beg plastik beras ditemui di dua masjid di Petaling Jaya selepas solat Subuh awal pagi Rabu.

Dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron, manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.

Jarak kedua-dua masjid adalah kira-kira dua kilometer.

Timbalan Nazir Masjid Jumhuriyah, Rasbollah Zainal, berkata bungkusan itu ditemui oleh jemaah pada 6.30 pagi Rabu selepas selepas solat Subuh.

Mereka menyangka kedua-dua bungkusan itu mengandungi bayi yang mungkin dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, tetapi apabila siak masjid yang dikenali sebagai Redzuan, 55, membuka kedua-dua bungkusan itu, ia didapati berisi kepala babi hutan, katanya kepada pemberita semasa lawatan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan ke masjid itu pada Rabu.

Rasbollah berkata orang yang meletakkan bungkusan itu mungkin mengetahui selok belok masjid itu kerana pintu masuk belakangnya terlindung dan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

"Di hadapan pintu masuk masjid ini ada kamera CCTV tetapi di bekalang tidak ada, dan orang yang menghantar ini mungkin membuat kajian terlebih dahulu tentang masjid ini," katanya.

Musa pula berkata tindakan menghantar kepala babi itu adalah perbuatan tidak bermoral yang bersifat provokasi.

Beliau memberi amaran bahawa polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.

"Jangan sekali-kali bermain dengan api dengan menggunakan isu sensitiviti agama sesuatu kaum. Kita minta supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi, dan biarkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenai insiden ini," katanya.

Musa berkata beliau telah mengarahkan anggotanya memantau masjid-masjid di sekitar kawasan tersebut agar insiden yang serupa tidak berulang.

Katanya keempat-empat kepala babi hutan dihantar ke Jabatan Forensik untuk siasatan lanjut.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Dearah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed.

Khalid yang bercakap kepada pemberita di Kuala Selangor kemudiannya, berkata polis akan mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa penduduk dan masjid di sekitar Taman Datuk Harun dan Kampung Medan bagi memberi penerangan dan mententeramkan keadaan.

"Penduduk perlu diberi penerangan mengenai insiden itu dan berbincang sesama mereka supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku memandangkan Taman Datuk Harun dan Kampung Medan merupakan satu kawasan sensitif," katanya.

Beliau juga berkata polis telah mengambil wang kertas yang ditemui di situ bagi mengesan sama ada terdapat cap jari yang boleh membantu siasatan.

Khalid berkata mereka yang melakukan perkara itu sengaja memilih kawasan Taman Datuk Harun untuk mengapi-apikan penduduk di situ.

Beliau berkata Jabatan Perpaduan Negara akan juga mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua masyarakat di situ esok untuk membincangkan masalah itu dan mengenai rondaan Rukun Tetangga bersama anggota polis pada sebelah malam.



-- BERNAMA

Wednesday, January 27, 2010

KOLEJ ANAK2 DAN CUCU2 KU


Kolej Yayasan UEM or KYUEM (formerly known as Kolej Matrikulasi Yayasan Saad) is a residential college situated in Lembah Beringin, Selangor, Malaysia. It is owned by Yayasan UEM, and is also part of the UEM Group. KYUEM offers the A-Level programme under the Cambridge International Examinations examination board. Results are good, and every year KYUEM students receive 'Best in the World for Subject' Awards.

Initially planned by Tan Sri Halim Saad, Kolej Matrikulasi Yayasan Saad (as it was then known) is a fully-residential college, modeled upon top British boarding schools such as Westminster School. The teaching staff consists of Malaysians as well expatriate teachers from Britain and India. The college attempts to keep the ratio of 60% local teachers and 40% expatriates.

A pastoral care system is utilised, with groups of students being put under the care of teachers. These teachers (referred to as tutors) may or may not teach their tutor group, and function to provide social rather than academic assistance.



Smart Students Required For 'Permata Pintar Negara' Programme

KUALA LUMPUR, April 13 (Bernama) -- The Prime Minister's wife, Datin Seri Rosmah Mansor, today launched the "Permata Pintar Negara" programme, which aim is to search, and identify, smart students to be moulded into outstanding intellectuals in future.

She said there were about 140,000 smart students in the country and that 20,000 of them had turned up for screening tests conducted since March 2.

"The students went through three screening tests, which are equivalent to the IQ tests carried out in developed countries like the United States of America, United Kingdom and Australia," she told reporters after launching the programme and presenting brochures on the programme to state education directors in Subang Jaya, near here.

Rosmah, who is the patron of the programme, said the cooperation of the state education directors was needed to identify smart students of between nine and 15 years of age to be sent for screening tests under the programme.

"These students have special needs and are unique physically, emotionally, spiritually and intellectually, the aspects which have to be fulfilled and nurtured in a holistic way," she added.

Rosmah said 300 students who obtained the highest score in the screening test would be selected to participate in a two-week camp to be held in December at the Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

They would be trained by selected facilitators, comprising professors, skilled teachers, and teachers with masters and doctorates in Mathematics, Science and Creative Writing, she added.

She said the facilitators would be sent to the John Hopkins University in the United States of America to undergo special training for the purpose.

The "Permata Pintar Negara" programme is carried out with the cooperation of UKM and the Centre for Talented Youths, John Hopkins University.

-- BERNAMA

Monday, January 25, 2010

BERMONOLOG SEBENTAR


Tersentap terlihat dipaparan skrin komputer, orang yang ku kenali 25 tahun yang lalu telah kembali kerahmatullah 2 tahun yang lepas.

13 tahun kami dijarakkan sempadan waktu dan geografi oleh putaran kehidupan.

Hatiku digugah sedih, pedih , pilu dan berbaur. Entahlah.... bagaimana nak aku mulakan cerita. Seorang yang terlalu istimewa buat diriku.

Mungkin titisan air mata sahaja menjadi penutup yang ideal untuk mengeksprestasikan kesayuan yang bergelora di jiwa.

Al- fatihah
"AYAH"
Semuga rohmu ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

TUN GHAZALI SHAFIE MENINGGAL DUNIA


Biodata Ringkas Tun Ghazali Shafie

Tun Ghazali Shafie lahir di Kuala Lipis, Pahang, pada 22 Mac 1922 merupakan ahli politik Malaysia era Tunku Abdul Rahman hinggalah era Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu dari 1970-1984.


Allahyarham pernah menjadi Menteri Penerangan Malaysia (1970) dan Menteri Luar Negeri dan Menteri Tugas-Tugas Khas semasa Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak. Kedua-dua mereka berasal dari negeri Pahang.

Sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap Menteri Penerangan Malaysia, beliau bertanggungjawab membentuk, merangka dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru serta merangka Rancangan Malaysia Kedua 1970-1975.

Tun Ghazali juga pernah menjadi pegawai kerajaan dan duta kanan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Peranan beliau amat berkesan bagi menghadapi kebanjiran pendatang haram Vietnam ke Pulau Bidong, Terengganu pada 1975.

Allahyarham turut bertanggungjawab terhadap pembentukan Rukun Negara iaitu satu prinsip perpaduan negara selepas Peristiwa 13 Mei. Cogan kata Bersatu Bertambah Mutu bagi Malaysia juga adalah hasil inisiatif beliau sebagai Menteri Penerangan pada tahun 1970.

Dari 1993-1995 Allahyarham menjadi penulis tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Isteri beliau, Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008. Allahyarham meninggalkan dua orang anak lelaki Bachtiaer dan Sheriffudin.

Bekas Menteri Dalam Negeri ini meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya di sini kira-kira jam 7.45 malam pada 24 Jan 2010.

Dari Wikipedia

Tun Ghazali Shafie lahir di Kuala Lipis, Pahang, pada 22 Mac 1922. Beliau merupakan ahli politik Malaysia era Tunku Abdul Rahman hinggalah era Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu dari 1970-1984.

Pendidikan
Beliau melanjutkan pelajaran di University College of Wales dan London School of Economics.

Politik
Beliau menjadi penasihat tetap Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia. Peranan beliau dalam pembentukan negara Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak cukup signifikan.

Beliau pernah menjadi Menteri Penerangan Malaysia (1970) dan Menteri Luar Negeri dan Menteri Tugas-Tugas Khas semasa Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak. Kedua-dua mereka berasal dari negeri Pahang. Sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap Menteri Penerangan Malaysia, beliau bertanggungjawab membentuk , merangka dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru serta merangka Rancangan Malaysia Kedua 1970-1975.

Dasar luar semasa zaman Tun Abdul Razak diperkukuhkan dengan pembentukan ICG iaitu Majlis Antara Kerajaan-Kerajaan.

Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan dan duta kanan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Peranan beliau amat berkesan bagi menghadapi kebanjiran pendatang haram Vietnam ke Pulau Bidong, Terengganu pada 1975.

Beliau bertanggungjawab terhadap pembentukan Rukunegara iaitu satu prinsip perpaduan negara selepas Peristiwa 13 Mei. Cogan kata Bersatu Bertambah Mutu bagi Malaysia juga adalah hasil inisiatif beliau sebagai Menteri Penerangan pada tahun 1970.

Dari 1993-1995 beliau menjadi penulis tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Terselamat dalam nahas Cessna
Pada 10 Januari 1982, pesawat Cessna 206 yang dipandu Tun Mohd Ghazali Shafie, ketika itu Menteri Luar Negeri Malaysia terhempas di Kampung Janda Baik.Ketika mereka dari Kelab Pnerbangan Diraja Selangor, Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Kuala Lipis, kawasan pilihan raya yang diwakilinya.Bagaimanapun Mohd Ghazali terselamat kerana jatuh di atas rimbunan pokok buluh.Manakala pembantu juruterbang dan pengawal peribadinya (ASP Charon Daam dan co-pilot Vergis Chacko) terbunuh. [1] Dua mayat ditemui dalam helikopter yang terhempas jam 3.00 petang dan diterbangkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.Isteri Tun Ghazali iaitu Puan Sri Khatijah Abdul Majid ,anaknya Sharifuddin dan Bakhtiar menanti di Kuala Lumpur.

Pada 22 Jun 1983, coroner Abdullah Sidek di Mahkamah Majistret Bentong, Pahang memutuskan kematian dua orang penumpang itu kerana kemalangan udara. Perbicaraan berlangsung dari 14-18 Mei 1983. Juruterbang membuat keputusan merempuh awan di Waterworks Gap. Vergis patah di leher dan pendarahan dalaman. Sementara Charon cedera teruk di tengkorak dan leher. [2]

Peristiwa 13 Mei
Kajian / hipotesis oleh Kua Kia Soong terhadap Peristiwa 13 Mei mendapati bahawa nasionalis Tun Abdul Razak cuba melakukan rampasan kuasa terhadap Tunku Abdul Rahman dengan sokongan daripada Dato' Harun bin Idris, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Ghazali Shafie.

Hasil tulisan
* Ghazali Shafie's Memoir on the Formation of Malaysia (2nd printing). 2004. Ghazalie Shafie. Penerbit UKM: Bangi ISBN 967-942- 364-6 (paperback)
* Ghazali Shafie: Malaysia, Asean and the New World Order. 2000. Ghazalie Shafie. Penerbit UKM: Bangi ISBN 967-942-479-0/ 967-942-487-1 (international Edition).
* Tamadun Melayu: Menyongsong Abad kedua Puluh Satu. 1997. Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh & Ghazali Shafie. Penerbit UKM: Bangi ISBN 967-942- 379-4 216 hlm.
* Rumpun Melayu dan Bangsa Malaysia Menjelang Tahun 2020. 1995. Ghazali Shafie. Penerbit UKM: Bangi ISBN 967-942-326-3.

Sunday, January 24, 2010

SULTAN JOHOR MANGKAT


JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda berusia 77 tahun.

Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.

Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.

Saturday, January 9, 2010

ISU penggunaan perkataan ALLAH



YA ALLAH! NAMAMU DIPERJUANG, HUKUMMU DIBUANG


'syahadah' mana boleh kongsi2 dgn penganut agama lain. Hilanglah 'Trade Mark' Islam.
"Aku naik saksi tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah"

Pada aku senang aje....


1. Menunjukkan kejahilan manusia dalam beragama

2. Tak kenal ajaran Muhammad dan Pengikut Nabi Isa. Tak faham Istilah Agama nenek moyang

3. Tak Mengenal Pesuruh Allah and Messenger of God

4. Tak Kenal Diri, Guru. Siapa Hamba siapa tuan

5. Tak memahami cara penyebaran sesuatu agama.

6. Tak Mengenal Pewaris Nabi, Para Ambia, alim Ulama...
(Nih aku tak tahan nak gelak nih!!!! Kah!!!Kah!!!Kah!!!)

7. ..... yg lain boleh sambung .. cari sendiri....



Dimana Allah?
Janganlah kamu cari
Kata Ulama Syariat

Dimana Allah?
Allah berada disegenap tempat tetapi Allah sesekali tidak bertempat
Kata Ulama Tariqat

Bertanya lagi di mana Allah?
Allah amat hampir dengan kita, lebih hampir daripada mata putih dan mata hitam. Hampirnya tak tersentuh, jauhnya tak berenggang.
Jawap Orang Hakiki

Maka bertanya lagi
Dimana Allah?
Allah didalam hati orang mukmin
Kata Orang Makrifat

Kalau begitu Allah tidak meliputi hati orang kafirlah

Tanya lagi dimana Allah?
Maka berjawablah...........
Tunjukkan dimana hati orang Mukmin
Hati orang MUKMIN bukan segempal, tetapi amat luas hingga dapat ia menyaksikan kehadrat Allah Ja'ala apatah lagi Syurga dan Neraka bahkan Arasy Allah.


Bai Bye!!!!!! Mekaseehhhhhh!!!!!!!!!!!!
myspace glitters

myspace glitters



Allah melarang orang Islam
berzina,
bejubo,
Menukar agama - pancung
minum arak,
berjudi,
memfitnah,
menipu,
mengadu domba,
membunuh,
makan harta anak yatim,
berpuak puak,
belagak, menyombong,
pemalas,
banggang tak nak pi sekolah,
bengap malas berfikir,
badigol selalu kena kelentong
jadi pecacai, balaci orang
jadikan muka macam muka tembok, tak beseri2 cam muka muhammad. bla!!! bla!!! bla!!!


Yang mengaku Islam tu, bersegeralah ke masjid2, surau2 berjemaah bila azan di laungkan. Marilah memeriahkan rumah Allah dengan belajar dan memahami cara hidup orang Islam. Tugas siapa memantau penganut2 yang bermasaalah nih hah!!!!!.

Penganut agama Kristian pulak dengo ler ajaran/ceramah paderi2 korang.

Paderi / org kafir di larang beri ceramah dalam masjid / surau. Mimbar hanya untuk pemimpin2 Islam, lebih2 lagi dalam Negara Islam.



Tu je lah coretan aku buat masa nih!!!!! Kuliah pun dah bermula utk sem nih!!!!.