? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, December 26, 2009

BUMI TERUS BERDEPAN ANCAMAN

Oleh MUSTAFA KAMAL BASRI
Yang membuat liputan Persidangan mengenai Perubahan Iklim anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Copenhagen



Copenhagen menjadi tumpuan dunia dari 7 hingga 18 Disember lalu apabila Persidangan mengenai Perubahan Iklim anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan di ibu negara Denmark ini.

Bandar raya ini dijangka melakar sejarah apabila satu keputusan penting dibuat berhubung tindakan menyelamatkan bumi daripada ancaman pemanasan global. Namun malangnya ia berakhir dengan kegagalan. Tiada sebarang perjanjian dimeterai dan tiada deklarasi dikeluarkan.

Walaupun pada saat-saat akhir, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berjaya mendapatkan sokongan China, India, Brazil dan Afrika Selatan, terhadap cadangan-cadangannya, setelah tetapi ia tidak cukup untuk menarik sokongan semua negara bagi menandatangani perjanjian yang konkrit.

Beberapa negara membangun terutamanya Venezuela, Cuba, Sudan dan Bolivia menentang cadangan AS itu dan menyifatkannya sebagai tidak dapat diterima kerana ia tidak menetapkan sasaran spesifik jumlah pengurangan pelepasan gas rumah hijau.


Namun walaupun gagal mencipta sejarah, sekurang-kurangnya Copenhagen berjaya membuka mata tentang bahaya perubahan iklim kepada bumi dan kehidupan manusia.

Ia juga dilihat menjadi forum penting bagi negara-negara di dunia bergerak ke depan, setelah AS kini tidak lagi memulaukan usaha untuk menangani masalah perubahan iklim berbanding sebelum ini, setelah ia enggan menandatangani Protokol Kyoto 1997.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang turut menghadiri persidangan itu juga tidak meletakkan harapan tinggi bahawa dunia akan mencapai satu perjanjian teguh. Tetapi kata beliau, sekurang-kurangnya persidangan itu berjaya mencapai satu komitmen politik, terutama negara maju dan penyumbang terbesar karbon.

Najib yakin Copenhagen akan menjadi batu loncatan bagi mengadakan perbincangan susulan ke arah mengadakan satu perjanjian yang konkrit, setelah Protokol Kyoto dijangka tamat pada 2012.

Jerman pada akhir persidangan itu mengumumkan untuk mengadakan satu lagi sidang kemuncak dalam tempoh enam bulan bagi merangka teks perjanjian berkenaan.

Perubahan iklim tercetus akibat fenomena pemanasan global secara berterusan berikutan pelepasan gas rumah hijau ke udara ekoran aktiviti pembangunan dan ekonomi terutama oleh negara-negara maju.

Akibat perubahan iklim ini, bumi berhadapan dengan ancaman peningkatan paras air laut, kemarau, banjir, taufan, kebakaran hutan, glasier yang cepat mencair, bungkah ais di Artik dan Antartika pecah, sistem ekologi terganggu dan spesies binatang serta tumbuh-tumbuhan musnah.

Jika fenomena ini tidak ditangani segera negara-negara pulau seperti Maldives dan Botswana serta bandar-bandar di pinggir pantai seperti Venice akan tenggelam dan negara seperti Nepal akan ditimbus glasier yang runtuh dari Pergunungan Himalaya.

Pada masa inipun sudah kerap berlaku kebakaran hutan di Eropah, AS dan Australia dan bencana alam ini pasti akan menjejaskan ekonomi banyak negara di dunia.

Isu pemanasan global menjadi perbincangan hangat sejak lebih tiga dekad lalu, tetapi hanya selepas Sidang Kemuncak Bumi di Rio dan Protokol Kyoto pada 1997, barulah isu itu mendapat perhatian serius dunia.

Bagaimanapun, setakat ini tidak ada satu tindakan serius dan tegas diambil untuk menanganinya. Kebanyakannya sekadar kenyataan dan janji-janji di atas kertas.

Perbincangan demi perbincangan diadakan termasuk memperkenalkan Pelan Tindakan Bali dua tahun lalu. Tetapi kebanyakan negara, terutama yang bertaraf maju enggan memberi komitmen.

Sehubungan itu, persidangan di Copenhagen ini dianggap sebagai persimpangan penting bagi membuat keputusan secara kolektif untuk menyusun tindakan berkesan ke arah membendung gejala itu.

Sebenarnya, kegagalan di Copenhagen ini sudah mula dirasai sejak awal lagi semasa mesyuarat peringkat perunding, pegawai dan menteri setelah berlaku perbalahan dan perbezaan pandangan yang begitu ketara di kalangan perwakilan.

Walaupun cuaca di luar sangat sejuk, tetapi suasana dalam dewan di Bella Centre tempat berlangsungnya persidangan itu terasa begitu 'panas' dengan perwakilan 'berperang' membahaskan isu pemanasan global.

Pada hari pertama pemimpin dan ketua-ketua kerajaan mula menyampaikan ucapan bagi menyatakan pendirian negara masingmasing, suhu di luar dewan mula mencecah di bawah paras negatif 5 darjah Celsius dengan salji turun memenuhi jalan-jalan raya.

'Bahang' panas perbincangan boleh dirasai ke seluruh dunia apabila penduduk mengadakan demonstrasi menuntut para pemimpin memberi komitmen untuk menjayakan persidangan itu.

Di Copenhagen sendiri lebih 20,000 penduduk berarak dan berkumpul di Bella Centre bagi menuntut komitmen pemimpin-pemimpin dunia untuk menyelamat bumi daripada kegawatan pemanasan global.

Perdana Menteri sendiri terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Copenhagen menuju ke hotel penginapan di Hotel First St Pitri pada 16 Disember berikutan tunjuk perasaan di bandar raya ini.

Kemuncak persidangan ini bermula pada 17 Disember apabila 120 pemimpin dunia termasuk Obama dan Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd yang pada mula dijadual tidak akan menghadiri persidangan itu mula berucap menyampaikan pendirian negara.

Ketika ini AS masih mengungguli rekod sebagai penyumbang gas rumah hijau terbesar di dunia diikuti China, negara membangun yang sedang berkembang pesat.

Obama ketika berdiri di podium telah mengumumkan kesediaan AS untuk menyumbangkan sebanyak AS$10 bilion setahun sehingga 2012 dan sebanyak AS$100 bilion setahun selepas tempoh itu sehingga 2020 bagi membantu negara membangun mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Bagaimanapun Obama berkata, bantuan itu hanya diberikan sekiranya negara-negara membangun bersedia melaksanakan pelan tindakan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, mengamalkan ketelusan bagi membolehkan laporan dan data berhubung tindakan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau mereka diteliti serta menyediakan bantuan kewangan untuk tujuan tersebut.

Jika sebelum ini AS enggan menandatangani Protokol Kyoto kerana keengganan China bersikap telus berhubung laporan, maklumat dan data tetapi pada persidangan Copenhagen ini, pendirian China berhubung perkara itu agak berlembut sedikit.

Perdana Menteri China, Wen Jia Bao yang berucap selepas Obama kelihatan bertolak ansur soal ketelusan apabila bersetuju melaksanakan tindakan tanpa sebarang syarat, asalkan ia tidak mengugat kedaulatannya.

Sehingga akhir persidangan itu, negara-negara maju juga masih gagal menetapkan jumlah sebenar dana yang perlu mereka sumbang bagi membantu negara membangun mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, terutama bantuan dana dalam jangka panjang selepas Protokol Kyoto tamat pada 2012.

Sementara itu, negara-negara membangun memutuskan bahawa mereka tidak akan menandatangani sebarang perjanjian sekiranya mereka tidak diberi bantuan kewangan yang mencukupi dan bantuan pemindahan teknologi daripada negara-negara maju.

Negara miskin pula menuduh negara maju cuba menghancurkan Protokol Kyoto.

Pada peringkat awal, terdapat dua cadangan dikemukakan iaitu pertama, supaya Protokol Kyoto dilanjutkan dengan negara maju bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Satu lagi cadangan ialah mewujudkan perjanjian baru yang melibatkan negara-negara miskin dan AS yang tidak menandatangani Protokol Kyoto.

China dan India mencadangkan supaya negara maju menyumbangkan sebanyak 0.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka bagi membantu negara membangun mengurangkan pelepasan gas rumah hijau iaitu sekitar AS$200 bilion.

Soal mengenai bagaimana dana itu akan diagihkan serta tentang perlunya sebuah badan khas ditubuhkan untuk menguruskan penyaluran dana itu turut menghangatkan persidangan.

Masalah lain yang menjadi pertikaian ialah mengenai sasaran berhubung kadar peningkatan suhu dunia. Negara miskin mencadangkan supaya perjanjian menetapkan kadar peningkatan suhu kepada 1.5 darjah Celsius manakala negara maju mahu kadar peningkatan suhu 2 darjah Celsius.

Satu lagi input yang menjadi pertikaian ialah mengekalkan sasaran kawasan hutan di negara-negara membangun sebanyak 50 peratus menjelang 2020.

Di bawah Protokol Kyoto, negara maju dikehendaki mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 5.2 peratus setahun dalam tempoh pertama sehingga 2012.

Sejak empat tahun lalu, perbincangan telah diadakan bagi menetapkan kadar baru pengurangan gas rumah hijau untuk negara maju bagi tempoh empat tahun kedua selepas 2012. Negara maju seperti Jepun, Australia dan beberapa negara lain mencadangkan supaya perjanjian baru diadakan menggantikan Protokol Kyoto dengan memasukkan AS yang tidak menganggotainya.

Tindakan negara maju tidak mahu meneruskan Protokol Kyoto telah menimbulkan kemarahan negara membangun ketika perbincangan untuk memutuskan kadar pengurangan pelepasan gas bagi negara-negara maju untuk tempoh selepas 2012.

Menurut Kesatuan Negara-negara Pulau agregat sasaran nasional bagi negara maju hanyalah pengurangan antara 13 peratus hingga 19 peratus pelepasan gas rumah hijau menjelang 2020 berbanding 1990.

Jumlah ini jauh lebih rendah daripada sasaran 40 peratus yang dituntut oleh negara membangun merujuk kepada kajian saintifik.

China, India, Brazil dan Afrika Selatan menolak draf yang disediakan oleh Denmark yang mencadangkan separuh daripada pengurangan pelepasan gas rumah hijau ditanggung oleh negara membangun menjelang 2050 dengan menjadikan 2020 sebagai tarikh permulaan bagi menyekat suhu dunia naik melebihi dua darjah Celsius.

China, India dan negara-negara membangun lain menentang sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 50 peratus menjelang 2050, kerana bimbang pembangunan negara mereka akan terjejas.

Panel antara kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC) menyatakan bahawa negara-negara maju perlu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau antara 25 hingga 40 peratus di bawah paras 1990 menjelang 2020 dan antara 80 hingga 95 peratus di bawah paras 1990 menjelang 2050 jika mahu mengekalkan suhu di bawah kadar yang boleh mengancam alam sekitar, ekologi dan manusia.

Saintis pula berkata, negara-negara maju perlu menetapkan pengurangan pelepasan gas rumah hijau dalam masa terdekat antara 25 peratus hingga 40 peratus dari paras 1990 bagi memastikan permulaan yang baik untuk mengurangkan kesan perubahan iklim seperti peningkatan paras air laut dan kemusnahan banyak spesis binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Satu panel saintis PBB berkata, sebarang peningkatan suhu melebihi 2 darjah Celsius akan membawa peningkatan paras air laut yang boleh mengancam negara-negara pulau dan bandar-bandar berdekatan pantai.

PENULIS ialah Pengarang Luar Negara, Utusan Malaysia

Tuesday, December 8, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH


LONDON - Seorang lelaki Britain, Ian Young menyunting seorang mak nyah warga Malaysia yang dikenali sebagai Fatine untuk menjadi 'isterinya', lapor sebuah akhbar semalam. Ian, 30, yang memiliki sebuah syarikat penyelenggaraan hartanah berkahwin dengan Fatine, 36, dalam satu majlis sivil di sini Mei lepas. Dia berkenalan dengan Fatine di sebuah kafe Starbucks di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 ketika dia bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia. Terpegun dengan kejelitaan mak nyah tersebut, Ian yang pada mulanya menyangka Fatine seorang wanita, cuba memikatnya. Lelaki itu berkata, keserasian antara mereka menimbulkan bibit cinta dan dia berasa bertuah dapat bertemu dengan kekasih yang mengambil berat dan pandai menjaga hatinya. "Saya tidak peduli sama ada dia seorang mak nyah. Saya mencintai keperibadiannya. Bagi saya Fatine seorang wanita yang cantik dan menawan," kata Ian yang sebelum ini mempunyai seorang teman wanita berbangsa Inggeris. Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun. Jurusolek itu tidak mahu melakukan pembedahan penukaran jantina kerana takut pada risiko di samping gembira dengan keadaan dirinya yang sedia ada. Pada Disember 2008, Ian membawa Fatine ke Britain dengan menggunakan visa pelawat tetapi 'isterinya' itu kini bakal dihantar pulang Malaysia kerana tinggal di negara itu melebihi tempoh enam bulan. – Agensi



detail pasal news ni dari The Sun, UK

I FELL FOR THE WOMAN OF MY DREAMS...AND SHE TUNED OUT TO BE A HEe



WHEN Ian Young sat down next to a beautiful woman in a packed cafe in Kuala Lumpur, he had no idea they would one day be married. Nor did he know that his pretty companion was a man. In just three years, Ian has gone from being a straight lad from Derby - who was with his previous girlfriend for eight years - to being in a full-time same-sex relationship. Ian married 36-year-old Fatine, who is a pre-op transsexual, in a British civil partnership ceremony in May. But now Fatine faces deportation back to Malaysia, where homosexuality is ILLEGAL.

Ian, 30, who owns his own property maintenance company, says: "I know it is hard for people to understand but I love Fatine. I feel lucky to have met such a caring, wonderful person. "It doesn't matter to me that she is a transsexual - it's the person she is inside that I care about and love. "I can't contemplate the idea of us not being together. I look at her and see a beautiful woman." Ian met Fatine in a Starbucks cafe in the Malaysian capital's famous Petronas Towers in August 2006. He was working as a security officer in the country at the time.

He says: "I asked if I could nick the seat next to her. When she looked up and said, 'Yes' I was overwhelmed by her striking eyes and exotic features. "We started talking and I was immediately impressed by how good her English was. When she got up to leave I asked for her number.

Kissed

"That's when she said she might not be what I was looking for and that she was actually a transsexual. I just said, 'Oh' and blushed with embarrassment. But for some reason I wasn't put off. "I'd never met a transsexual before and my instinct was that I liked Fatine. Even if it was just as friends, I wanted to meet her again." Two days later Ian and Fatine, who was born Mohammed Fazdil Bin Min Bahari, met at a bar - and kissed at the end of the night. Ian says: "It just felt right. My first impression in the coffee shop was that Fatine was a woman. "If she happened to have male sex organs then that was some sort of birth defect. I never thought of her as a man."

The couple met twice more and agreed the feelings they had were more than just friendship. Ian says: "I was planning to go back to the UK but Fatine was such a warm, gentle person she drew me in. "I was treated like a meal ticket by other Malaysian girls. But Fatine was different - a successful make-up artist and independent woman." But the fledgling relationship was not without its problems. Ian says: "Being a straight man I did have a few concerns about the way I was feeling. "I wondered if it meant I was gay and I was scared what had happened wasn't right, but I couldn't ignore how I felt." Fatine, who has taken female hormones since the age of 17, does not want gender reassignment surgery because of the risks involved and because she is happy with her body as it is. She was also nervous about starting a relationship in a country where transsexuals are often sacked or arrested.

Ian says: "She was disowned by her mother and had encountered a lot of prejudice. "I began to understand that Fatine and her friends were not a freak show but ordinary people like you or me who just happened to have been born into the wrong body." When Ian's contract finished five months later he returned to Derby, but he and Fatine realised they both felt strongly about each other. Ian arranged to return to Kuala Lumpur to work, but not before telling all to his mum Patricia. He recalls: "Mum was fantastic. Having her support was a huge weight off my shoulders."

On his second visit, in October 2007, Ian and Fatine felt ready for a physical relationship. Ian says: "I was scared about what would happen if sex didn't work. I needn't have worried and it only helped bring us closer. If you love someone, you accept their body no matter how it is."

In December 2008 Ian arranged for Fatine to travel to the UK on a visitor's visa. However, a holiday soon became a long-term stay. Ian says: "The realisation we could walk down the street together and be happy made it hard to contemplate ever going back to Malaysia. "I started feeling incredibly proud to have Fatine on my arm." A month into Fatine's visit Ian proposed and they applied to the Home Office for a Certificate of Approval to Marry. This allowed them to proceed with a civil partnership, which they hoped would support Fatine in getting a permanent visa. Ian says of the ceremony: "My friends and family turned out to Derby Register Office and their presence was a huge boost. "Everyone was so supportive. Mum said, 'I've got a son and a daughter now'. For Fatine it was strange to be surrounded by people who were so accepting of her and our relationship. "Fatine wore a beautiful red silk dress and looked utterly stunning."


Fancy

Ian has been pleasantly surprised by people's acceptance. He says: "There is always a moment of shock on their face when they find out Fatine isn't a woman. Seconds later they accept it, then ask if I'm gay. But, as strange as it sounds, I'd never say I fancy men." Despite their dedication to each other, the couple's plans to stay in the UK are now in turmoil after Fatine's Leave To Remain Visa was refused in September on the grounds of an incorrect passport photo.

Their second application was rejected because it was received after Fatine's visitor's visa expired. She has now been told to return to Malaysia. Ian says: "I simply don't accept the reasons we have been given for each refusal of the application. "Our local MP has even got in touch with the Home Office but they won't budge. They say Fatine has to return to Malaysia, which is something we wouldn't be able to do as a couple. "Over there we would face imprisonment just for living together. "We want to do simple things like have a mortgage. We feel desperate, our options are quickly running out. "Fatine can reapply from Malaysia but who knows how long that would take, or if it would even be accepted. "We might be different from your average couple but we love each other - and being forced apart is our worst nightmare."

Head of Immigration for the UK Border Agency, Matthew Coats, said: "This applicant entered the UK as a visitor. The rules are clear that a visitor must leave the UK within six months but may reapply for a new visa from their country of origin."



Apa pandangan JAKIM, JAIS, MAIS, MUFTI, ULAMA, KIYAI, PEMIMPIN2 UMNO, PAS, BADAN PENCEGAH RASUAH, POLIS / TENTERA DI RAJA MALAYSIA, SULTAN2. PARA CENDIAKAWAN, TIT TIT TIT, NGEH NGEH NGEH, NGOK NGOK NGOK,.dan yang sewaktu dengannya…….

Well, boleh ler sesapa nak upgrade cikit peraturan Islam lepas nih!!!! ISLAM MADANI, ISLAM HADHARI La ni kita beri nama ISLAM KONTEMPORARI pulak….



Perlu di bincangkan secara serius:



Cara solat bagi mereka2 yang menukar jantina

Menyediakan dan memperlengkapkan lagi prasarana, Pertubuhan / kelab bagi golongan ini kerana mereka insan yang lemah dan perlukan kasih saying. Mereka tidak boleh di pinggirkan. Fahamilah jiwa mereka. Islam itu kan agama berkasih sayang.

Pasangan ini bukan di kira berzina atau liwat @ sodom….. nanti kita bincang bersama pakar2 motivasi dan penasihat2 agama di Malaysia. Bantu mereka yang di landa musibbah. Redha dengan ketentuan illahi.

Umat Islam perlu di beri suntikan semangat dan latihan serta kursus2 tertentu agar tidak perlu merasa takut dan terasa seolah olah agama mereka terancam...

HEHEHE HAHAHA OPPssss!!!!
(Gelak cam buragas sikit)