? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 12, 2009

BEST PULAK TENGOK VIDEO NIH!!!




Monday, November 9, 2009

APA HAL NIH!!!

Sedara mara Islam ku wat lawak versi ke berapa lak nih!!!












mufti sukarela


Siapa pulak la yang tersungkur lepas nih!!!!! REMPPPPP......IT!!!!!



Mesti kena flying kick nih!!!!!

Saturday, November 7, 2009

THUMp Up

RM6.8 million from Rosmah to the needy
2009/11/06

By Kristina George

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor will give away a US$2 million (RM6.8 million) reward, given by a Saudi prince for finding and returning a precious box belonging to him, to those in need in the country.

Rosmah said she had found a box containing valuables on the yacht while on a family holiday in the south of France last August.

She had arranged for the box to be delivered to Prince Saud al Saud.

"Two weeks later, I received a letter bearing the Saudi royal seal and I found that the prince was grateful that I had returned his belongings to him."

As a token of his gratitude, the prince offered Rosmah a gift of US$1 million.

Instead of accepting the gift, Rosmah told the prince she wished to contribute to selected non-governmental charity organisations and purchase state-of-the-art information technology (IT) equipment for the Sekolah Permata Pintar at Universiti Kebangsaan Malaysia.
Datin Seri Rosmah Mansor (centre) with representatives of the beneficiaries in Putrajaya yesterday The prince decided to double the cash reward.

The prime minister's wife said she would be distributing the reward to 14 non-governmental organisations, the Wives of Elected Representatives Associations (Barisan Nasional only), as well as a special fund for women and children with chronic diseases set up by the Association of Wives of Ministers and Deputy Ministers (Bakti).

Announcing the list of beneficiaries at a press conference yesterday, Rosmah, who is Bakti president, said her decision to contribute the cash reward was in line with Datuk Seri Najib Razak's 1Malaysia tagline of "People First, Performance Now".

The list of beneficiaries also includes Malaysian Children's Hope Foundation, Malaysian Thalassaemia Association, and the Malaysian AIDS Council.

Later, at the opening of a children's public speaking competition here, Rosmah said that children should be taught public speaking to prepare them to be leaders in the future.

She added that every time she attended a public speaking competition for children, she was always amazed by the eloquence of the kids.

"I am confident that Malaysia's future will continue to be bright with these children who have such enormous potential and talent."

Rosmah also said her husband, Datuk Seri Najib Razak, was aware of how important and relevant it was to have public speaking skills in a leader in every level.

"A leader who is articulate in public speaking will be charis-matic and great in the eyes of society.

"A leader's speech which is filled with genuineness and bravery can ignite spirits and inspire change in a person."

She also urged the Education Ministry to hold special work-shops and classes on public speaking.

"My dream is that this will nurture the talent and potential in Malaysian children to be the best they can ever be."

In the competition. Nurul Anis Amral and Saeshan Pillay emerged champions in the Bahasa Malaysia and English categories, respectively.

The competition was organised by Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia.

Thursday, November 5, 2009

APA TUGAS KITA DI DUNIA INI


Untuk apa kita dicipta atau kenapa kita dihidupkan?

Inilah di antara persoalan-persoalan yang sering menjadi tanda tanya kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Berbagai-bagai pendapat dan pandangan yang diperolehi.

Ada setengah mereka mengatakan hidupnya aku di dunia ini adalah untuk makan, minum, tidur, kahwin dan mati. Lepas mati habis kira. Waktu itu daging-daging reput dimakan ulat dan cacing-cacing.

Ada juga berpendapat begini, "aku hidup untuk cari hiburan dan kumpul harta banyak-banyak agar puas dan dimuliakan orang. Bila sudah kaya, semua orang sayang dan puji aku." Waktu itulah mereka merasakan "DUNIA
AKU PUNYA" bukan 'ALLAH PUNYA"

Pendapat lain pula begini, "Aku hidup ini supaya belajar tinggi-tinggi, setinggi yang mampu. Kemudian bila ada lulusan Diploma, Ijazah, Ba, Ma, Phd dan sebagainya, maka senanglah dapat pangkat tinggi,senang dapat gaji besar, terkenal di sana sini. Aku boleh jadi "BOSS". Semua yang diidam-idamkan dapat, cerah masa depan. Mahu kereta besar menjalar, bila-bila masa saja. Mahu rumah banglo mudah saja, mahu cakap besar pun boleh sebab sudah jadi "TUAN BESAR". Akan tetapi apakah pendapat dan pandangan ini selari dengan kaca mata Islam?
Untuk mendapat jawapannya, mari kita lihat, berapa ramai orang yang kaya, orang yang terkenal, yang punyai kereta besar, pangkat dan gaji besar, orang yang disanjung dan termasyhur seperti bintang-bintang filem "HOLLYWOOD" telah membunuh diri kerana tidak dapat ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. Apakah benar jutawan-jutawan akan dipuji orang?

Kalau benar kenapakah kita sering kali terdengar dan terbaca dalam media massa cetak dan eletronik banyak yang memaparkan kes-kes pecah rumah yang berlaku pada hari ini? Orang-orang kaya nampaknya seringkali
terganggu fikirannya. Hatinya sentiasa bimbang, cemas dan takut rumahnya dimasuki orang, malah untuk menjaga rumah pun sehingga ada yang membela anjing atau mengupah jaga. Takut hartanya disamun orang, takut anak-anak gadisnya dicolek orang dan lebih parah lagi takut dirinya sendiri menjadi mangsa pembunuhan.

Apakah itu ketenangan abadi?

Allah kurniakan akal yang waras pada kita supaya kita berfikir. Berfikir tentang keEsaan dan keKuasaan-Nya, berfikir tantang apakah tujuan kita dihidupkan, berfikir ke mana kita akan pergi nanti dan apa yang akan terjadi setelah kita kembali kepangkuan-nya (Allah) tanpa membawa bekal yang cukup? Inilah yang wajib kita fikir selalu? Bukannya fikir macam mana hendak jadi orang kaya, macam mana hendak terkenal,
macam mana hendak itu dan ini tanpa fikirkan nasib kita di akhirat kelak. Jawapan yang matang mengenai apa yang perlu kita fikirkan akan kita perolehi, sekiranya Al Quran dan Sunnah kita jadikan sebagai
tempat rujukan kita. Firman Allah dalam Al Quran maksudnya:

"Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk
menyembah aku."

Bukan saja Allah yang menghendaki kita menyembahnya, malah akal dan hati kita sendiri pun bersetuju kita ini tunduk dan patuh pada Allah. Buktinya katalah suatu hari kawan kita kepada kita begini:

Hai saudara, saudara ni hamba Allahlah apakah perasaan kita ketika itu? Tentu gembira, senyum-senyum simpul kita dibuatnya, malah secara "OTOMATIK" akal kita mengiakan perkataan itu. Ketika itu hati rasa puas, lega, seronok, lapang dan rasa berterima kasih padanya, walaupun pada hakikatnya kita tidak pernah tunduk dan rukuk pada Allah swt, tidak pernah ikut perintah Allah bahkan tidak pernah fikir cara hidup
mengikut Al Quran dan Sunnah.

Sebab apa hati kita rasa puas? Sedangkan kita tidak taat pada perintah Allah? Inilah dia bukti dan jawapannya bahawa sudah menjadi fitrah semula jadi manusia inginkan kebaikan walaupun pada hakikatnya dirinya tidak mampu hendak membuat kebaikan.

Sebaliknya apa kata akal dan hati sekiranya kawan kita kata begini: "Hai saudara! Saudara ni hamba syaitanlah, saudara ni hamba discolah, saudara ni hamba nafsulah, apa perasaaan kita ketika itu? Tentu melenting, marah walaupun memang betul kita ni hamba nafsu, hamba kereta, hamba syaitan, hamba video, VCD dan gambar lucah, hamba disco dan hamba-hamba yang lain selain dari hamba Allah.

Ketika itu hati kita memberontak tidak setuju. Kenapakah ini berlaku dan lahir dalam diri kita? Sebab hati dan akal kita tidak bersetuju, malah kalaulah kita tidak tahan sabar mahu rasanya tempeling kawan
kita itu. Hendak tahu benar atau tidak, cubalah kita dikatakan begitu di khalayak ramai. Hai mahu gugur kulit muka rasanya. Sebab apa? Malu!!!! jelas, kehendak Allah sama dengan kehendak hati dan akal kita
sejak azali lagi.

Kalau benar akal dan hati setuju kita menyembah Allah, mengapa masih lagi angkuh dan sombong dengan Allah? Mengapa masih lagi mencabar kekuasaan Allah? Jawabnya, renungilah beberapa potong ayat suci Al Quran di bawah ini:

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."

Dan maksudnya lagi:

"Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan."

Kini tahulah kita bahawa nafsu dan syaitanlah yang punya angkara. Ia menggoda hati dan akal kita daripada terus mengingati Allah. Antara bisikan-bisikan nafsu syaitan, :Kalau kamu sembah Allah nanti susah, kalau kamu ikut Quran dan Sunnah, nanti jiwa kamu menderita, terkongkong, kalau taat pada perintah Allah umpamanya menutup aurat, nanti kamu tiada kawan, tinggal seorang diri macam kera sumbang jadinya. Selain dari itu macam-macam lagilah bisikan-bisikan yang benar-benar mengganggu fikiran kita. Benarlah firman Allah
bermaksud:

"Syaitan telah menakut-nakutkan kamu dengan membisik-bisikkan pada hati dan akal kamu."

Jadi atas dasar itulah kita takut hendak sembah Allah.
Takut hendak ikut Quran dan Sunnah, takut disisih masyarakat, takut emak dan ayah tidak mengaku anak dan macam-macam lagi. Nampaknya syaitan dan nafsu sudah berjaya menguasai fikiran kita. Kini ia sudah berjaya menawan hati kita, sehinggakan umat Islam hari ini seringkali diburu oleh perasaan takut.

Buktinya lagi, kita lihat hari ini umat Islam takut hendak bersedekah atau mengeluarkan zakat. Kenapa? kerana takut miskin, takut papa kedana, takut kering periuk nasi, manakala ada yang takut hendak menutup aurat kerana takut tidak laku, takut tidak dilamar orang, takut jadi "ANDARTU" dan sebagainya. Oleh kerana hati sentiasa diburu oleh perasaan takut, menyebabkan mereka takut hendak sembah dan patuh kepada perintah Allah.

Kita sebenarnya telah berjaya diperkotak-katikkan oleh musuh batin kita sendiri. Alangkah ruginya empunya diri, kerana dapat ditipu oleh hasutan syaitan dan hawa nafsu sendiri. Tetapi alangkah beruntungnya bagi orang-orang yang beriman, mereka berjaya menundukkan dan menewaskan musuh-musuh tersebut. Nafsu dan syaitan telah mengaku kalah dengan mereka ini, sebab itulah tidak hairan kalau kita lihat orang-orang yang beriman mereka sanggup bersusah payah demi mencari keredhaan Allah. Mereka sanggup mengorbankan harta, jiwa, fikiran, tenaga dan sebagainya demi mencari kasih sayang Allah dan Rasullullah saw.

Mereka menerima hukuman-hukuman Allah dengan dada yang lapang, tanpa sebarang bantahan dan alasan. Bagi mereka "KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH", inilah antara ucapan yang mereka lafazkan sekiranya Allah memerintahkan sesuatu kepada mereka.

Umpamanya Allah menyuruh mereka mendirikan solat, mereka tidak tanya lagi untuk apa aku sembahyang? Bagitulah juga dalam bidang-bidang yang lain. Akhirnya bila Allah berfirman:

"TidakKu jadikan jin dan manusia kecuali menyembah diriKu."

Maka mereka tidak tanya lagi kenapa perlunya aku sembah Allah, mengapa perlunya aku beribadah pada-Nya?

Jadi dapatlah kita ukur diri kita masing-masing. Apakah kita ini sudah benar-benar menyembah Allah? Apakah kita sudah benar-benar menjalani hidup di pentas sandiwara sementara ini dengan tunduk dan patuh pada Allah? Apakah kita sudah merelakan jiwa raga kita semata-mata untuk mencari "MARDHAATILLAH" yakni "KEREDHAAN Allah" atau sebaliknya? Suluh-suluhlah diri kita selalu, sering-sering kalilah bertafakkur mengenangkan dosa-dosa kita dan mengenangkan apakah tugas kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini sudah selesai atau belum. Rasulullah pernah bersabda maksudnya:

"Orang yang bertafakkur (berfikir) sejanak lebih baik daripada orang yang mengerjakan sembahyang sunat 1000 rakaat dalam keadaan lalai."

Kalau belum, mulailah dari sekarang jalankanlah peranan kita yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki Allah dan Rasulullah saw.

Jika kita mahu menjadi seorang lelaki atau suami yang benar-benar soleh serta diredhai Allah maka jalankanlah tanggungjawab kita sebagai seorang mukmin.

Seorang lelaki yang sempurna ialah dia yang tidak mempermudahkan dalam kewajipan-kewajipan kepada Allah. Dan seorang lelaki yang kurang ialah dia bersifat sebaliknya. Maksud dari penjelasan ini ialah seorang
suami yang sudi memaafkan jika isterinya tidak menghias dirinya dan tidak melayaninya dengan sempurna dan lain-lain lagi tetapi ia bersikap keras jika isterinya tidak melakukan solat atau puasa dan
lain-lain kewajipan itulah suami yang sempurna. Dan seorang suami yang bersifat keras jika isterinya tidak menghias dirinya atau tidak melayaninya dengan sempurna dan lain-lain tetapi dia bersikap ach tidak acuh jika isterinya meninggalkan kewajipan-kewajipan kepada Allah seperti meninggalkan solat, puasa dan lain-lain, maka dia adalah seorang suami yang kurang.

Rasulullah saw bersabda:

"Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas yang dipimpinnya, seorang imam yang memimpin manusia adalah pemimpin, dan ia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin dalam mengurusi ahlinya, ia bertanggunjawab atas yang dipimpinnya, seorang isteri adalah pemimpin di dalam rumahtangga dan bertanggunjawab atas yang dipimpinnya dan seorang pelayan adalah pemimpin dalam mengurusi harta tuannya ia bertanggungjawab atas
pemeliharaannya, seorang lelaki itu adalah pemimpin dalam mengurusi harta ayahnya, ia bertanggungjawab atas peliharaannya. Jadi setiap kau sekelian adalah pemimpin dan setiap kamu harus bertanggunjawab atas
yang dipimpinnya."

Jika kita mahu menjadi isteri atau wanita yang benar-benar solahah serta diredhai Allah, maka sahutlah seruan Rasulullah saw yang bermaksud:

"Apabila perempuan itu mengerjakan sembahyang lima waktu dan mengerjakan puasa di bulan Ramadhan dan menjaga farajnya (maruahnya) dan mentaati suaminya, dikatakan padanya masuklah olehmu akan syurga daripada mana-mana pintu yang kamu kehendaki."

Tidak gembirakah kita (kaum wanita) di atas jaminan syurga dari Allah dan Rasulullah ke atas kita yang memenuhi syarat-syarat tersebut? Yakinlah, empat syarat di atas adalah tiket untuk melayakkan kita
menduduki syurga Allah di akhirat kelak yakni menyempurnakan sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah diri (menutup aurat) dan sebagainya dan mentaati segala
perintah suami walaupun kita dimadukan.

Sekiranya empat syarat tersebut diabaikan, bermakna kaum wanita menempah neraka, bermakna kita telah merelakan diri kita dicampak ke dalam tempat yang paling hina dan celaka. tahukah kita bahawa neraka itu adalah seburuk-buruk tempat dan tempat yang paling panas, paling pedih seksanya, di mana bahan-bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, manakala makanannya pula terdiri daripada buah yang berduri dan pahit. Minumannya pula terdiri daripada air-air danur (nanah) dan darah yang hanyir dan busuk baunya. Sanggupkah mencampakkan diri kita ke tempat yang paling ngeri dan menggerunkan itu?

Cuba kita bayangkan betapa panasnya api neraka, 70 kali ganda panasnya dengan api yang ada di dunia ini. mengikut riwayat yang mengatakan seringan-ringan seksa dalam neraka ialah seksaan yang dikenakan kepada Abu Talib (bapa saudara Nabi saw) di mana beliau diseksa dengan memakai selipar dari api neraka sehingga menggelegak otak kerana kepanasan selipar tersebut. Bayangkanlah, mampukah kita yang kerdil-kerdil lagi dhaif ini menerima azab yang sedemikian rupa di akhirat kelak? Tanyalah diri masing-masing, "mampukah aku menanggung azab yang sangat pedih itu," Jika rasa-rasanya tidak mampu, marilah kita sama-sama berjanji pada diri sendiri mahu tunduk dan patuh pada segala perintah Allah.

Yakinlah bahawa hari kiamat pasti datang walaupun ada yang tidak mahu menyahut kedatangannya. Beruntunglah bagi orang-orang yang tahu matlamat dan tujuan ia dihidupkan di muka bumi Allah ini? Beruntunglah bagi mereka yang memenuhi usia muda dan tuanya dengan beramal ibadah kepada yang Maha Esa kerana mereka mendapat kasih sayang Allah di dunia lagi apatah lagi di akhirat kelak, pasti mereka ini memperolehi keuntungan dan kemenangan yang paling besar nilinya di sisi Allah swt.

Wednesday, November 4, 2009

CERITA LAWAK HUJUNG TAHUN





(Surat cinta seorang Rockers)

Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain. Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!


Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!


Yang Benar,
Razak (Bukan nama sebenar)


- KELAKAR MELAKAR FIKIRAN MEKAR, HATI TAK TERBAKAR KEPALA TAK BERAKAR -








WHAT IS THE DIFFERENCE BETWEEN WOMAN AGED?
What is the difference between woman Aged: 8, 18, 28, 38, 48, 58.68, and 78 ?

Mau tau bezanya di mana?

At 8 -- You take her to bed and tell her a story.

At 18 -- You tell her a story and take her to bed.

At 28 -- You don't need to tell her a story to take her to bed.

At 38 -- She tells you a story and takes you to bed.

At 48 -- You tell her a Long story to avoid going to bed.

At 58 --You stay in bed to avoid her story.

At 68 -- If you take her to bed, that'll be a story!

At 78 -- What story??? What bed??? Who the hell are you???
At 88 -- You tell her a Long story and she goes to bed....

At 98 -- You take her to bed and it will be looooooooooooooong story.......

BERITA SENSASI MUSIM HAJI






Bekas Mufti Perlis didakwa mengajar tanpa tauliah

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi kerana disyaki mengajar tanpa tauliah.

Beliau ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut.

Apabila pasukan Jais memasuki premis berkenaan sekumpulan lelaki cuba menghalang anggota penguat kuasa menahannya.

Turut berada dalam banglo berkenaan ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib yang turut mempertikaikan kesahihan tindakan Jais untuk menahan Dr Mohd Asri.

Anggota Jais dikatakan memasuki banglo berkenaan kira-kira jam 9 malam dan kelihatan membawa Dr Mohd Asri keluar pada jam 12.10 ke Balai Polis Hulu Klang.

Polis yang memantau operasi turut berdepan masalah kerana tidak mempunyai waran tangkap dan hanya menjadi perantara bagi urusan membawa Dr Mohd Asri dan beberapa pengikutnya ke balai polis untuk diambil keterangan.

Turut mengiringi beliau ke balai polis ialah Zuraida, Saari dan beberapa pengikutnya menaiki kenderaan Jais.

Menurut sumber, Jais menyiasat kegiatan Dr Mohd Asri sejak beberapa bulan lalu kerana dipercayai cuba menghidupkan fahaman yang berlawanan dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kelompok tertentu, terutama kumpulan elit dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sejak beberapa tahun kebelakangan ini di sekitar Selangor.

Sebelum ini beliau dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Fahaman itu diperkenalkan Muhammad bin Abdul Wahab pada abad ke-18 di Semenanjung Arab. Muhammad dilahirkan pada 1703 di Najd.

Antara ajaran Wahabi ialah menolak doa qunut, amalan membaca Yasin, bertahlil di kuburan dan zikir selepas sembahyang yang menjadi amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ajaran itu dikatakan menimbulkan keraguan serta kontroversi sehingga menyebabkan ia dikatakan punca perpecahan umat Islam di negara ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (Jappis) dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan difahamkan menolak serta menyekat ajaran itu disebarkan di negara ini.

Ia tidak bersesuaian dengan pendekatan Islam di negara ini dan dikhuatiri akan menggugat perpaduan umat.