? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, July 4, 2009

KEMELUT BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM DI MALAYSIA

SEJARAH DAN MASA DEPAN PERJUANGAN POLITIK ISLAM DI MALAYSIA

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

Muqaddimah
Adalah menjadi satu pekara yang tidak mungkin dapat disangkal akan kewajipan setiap muslim untuk menafkahkan dirinya dalam perjuangan Islam. Setiap yang ingin dirinya digelar sebagai pejuang sewajarnya menyoal dirinya sendiri setiap saat dan waktu “Apakah yang telah aku lakukan untuk Islam?”. Lalu adalah menjadi satu keperluan kepada setiap individu muslim terutama sekali pelajar-pelajar agama yang merupakan generasi tunas dalam gerakan Islam membuka minda dan meluangkan masa untuk sama-sama berfikir bagaimana untuk menjadikan agenda perjuangan Islam sebagai satu realiti.
Dari konteks Malaysia, untuk meihat masa depan perjuangan Islam maka sudah tentulah tidak dapat tidak harus disorot dari segi sejarah. Ini kerana sejarah sudah tentu menjadi cermin kepada masa yang akan mendatang. Dalam memperkatakan mengenai sejarah perjuangan Islam di Malaysia, saya akan lebih menumpukan perbincangan kepada perjuangan Islam melalui politik khususnya PAS. Bukan saya bermaksud untuk menafikan harakah atau jemaah Islam yang tidak melibatkan diri dengan politik, namun kaitan politik secara tidak langsung dengan aktiviti gerakan Islam khususnya di Malaysia sama sekali tidak boleh dinafikan. Tambahan pula, poltik adalah tumpuan utama setiap rakyat terbanyak pada masa lalu, kini dan akan datang. Bagi memudahkan perbahasan, saya membahagikan kronologi perjuangan politik Islam di Malaysia kepada 4 peringkat :

1. 1. Sebelum 1955
2. 2. 1955 – 1983
3. 3. 1983 – 1997
4. 4. 1998 – hari ini

Perjuangan Islam di Tanah Melayu Sebelum 1955
Fakta : Perjuangan Islam di Tanah Melayu bermula semenjak kedatangan Islam di Tanah Melayu yang masih merupakan polemik di kalangan ahli-ahli sejarah. Namun seara khususnya kebangkitan para ulama’ di beberapa buah negeri di Tanah Melayu untuk menentang penjajah adalah merupakan titik tolak kepada kemaraan golongan agama dalam arena politik. Dari sudut yang lain, kebangkitan perjuangan Islam adalah selari kalaupun tidak lebih awal dari kebangkitan nasionalisme. Sebelum gerakan kemerdekaan berlaku secara menyeluruh, Tanah Melayu sudah digegarkan dengan kebangkitan Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Janggut di Kelantan dan beberapa lagi penentangan yang dipelopori oleh golongan ulama’. Walaupun kebangkitan ini berlaku di merata-rata tempat, namun kesedaran menyeluruh untuk membebaskan diri dari penjajah masih belum berlaku.
Namun, penjajahan Jepun merubah senario ini. Pada tahun 1945, Dr. Burhanuddin Helmi memperkenalkan pemikiran politik Islam melalui penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Seterusnya ekoran dari gagasan Malayan Union pada tahun 1946, orang-orang Melayu mula bersatu melalui seruan “Hidup Melayu” di bawah kepimpinan seorang tokoh nasionalisme, Dato’ Onn bin Jaafar. Pada awalnya, tokoh-tokoh ulama berada di bawah payung UMNO bersama dengan Dato’ Onn untuk memperjuangkan kemerdekaan lebih-lebih lagi apabila Hizbul Muslimin diharamkan oleh British pada tahun 1948. Penyertaan golonagn ulama pada masa itu bukanlah menunjukkan persetujuan mereka dengan dasar nasionalis tetapi kerana mereka melihat adalah lebih penting untuk mewujudkan penyatuan terlebih dahulu.[1][2] Namun, akibat beberapa pertembungan pendapat dengan pimpinan UMNO yang secara rasminya beraliran nasionalis sekular, tokoh-tokoh ulama beramai-ramai keluar dari UMNO untuk menubuhkan Persatuan Ulama yang terpisah dari UMNO pada tahun 1951. Beberapa bulan kemudian, ia bertukar nama menjadi Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) di mana Tuan Haji Ahmad Fuad menjadi Yang diPertuanya yang pertama. PAS seterusnya menyertai pilihanraya pada tahun 1955 namun gagal untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Ulasan : Perjuangan Islam pada masa Tanah Melayu masih bergegar dengan tuntutan kemerdekaan tidak dapat meyakinkan rakyat bahawa perjuangan mereka adalah yang terbaik. Tambahan pula pada masa tersebut, rakyat masih dihantui dengan kekejaman Bintang Tiga dan masih terngiang-ngiang dengan penindasan oleh tentera Jepun. Oleh yang demikian, mereka memilih untuk mengambil jalan selamat iaitu dengan mengundi pihak yang boleh memerikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Pihak terdekat yang dimaksudkan ialah UMNO. Ini sama sekali tepat dengan kehendak penjajah British yang seboleh-bolehnya mahukan pihak yang akan memerintah bekas tanah jajahan mereka akan terus menjalankan dasar-dasar pro-penjajah. Kerana itulah, Hizbul-Muslimin telah diharamkan oleh pihak penjajah pada tahun 1948. Namun, dalam masa yang sama kegagalan pihak ulama’ untuk merebut peluang tampil ke hadapan juga merupakan satu faktor perjuangan Islam ditolak oleh kebanyakan rakyat pada masa itu. Tambahan pula, perjuangan yang dipelopori oelh golongan ini masih bercampur-gaul dengan ideologi kebangsaan. Seandainya pihak ulama’ mampu membentuk satu barisan alternatif bersama dengan barisan kepimpinan bangsa-bangsa yang lain, besar kemungkinan perjalanan sejarah politik di Malaysia akan berubah.

1955 - 1983
Fakta : Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tunku Abdul Rahman selaku pemimpin tertinggi UMNO yang kedua secara automatik memimpin kerajaan Perikatan bersama dengan barisan kepimpinan bangsa-bangsa yang lain. Selaku kerajaan yang baru sahaja dibentuk, maka sudah tentulah mereka menghadapi pelbagai masalah yang menggugat kerajaan mereka. Pelbagai pihak di dalam negara masih sukar untuk dikongkong agar menjadi penyokong kerajaan. Akhbar-akhbar masih berperanan dengan bebas mengkritik pelbagai dasar yang berakhir dengan proses ‘penelanjangan’ kebebasan akhbar pada tahun 1962.[2][3] Pada peringkat ini jugalah berlakunya proses peralihan perjuangan PAS sebagai sebuah parti politik nasionalis yang mempunyai nilai Islam kepada sebuah parti politik yang mempunyai konsep jemaah dan benar-benar menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Ini berlaku seriingan dengan pelbagai peristiwa-peristiwa yang berlaku di Malaysia. Kronologinya secara umum bolehlah dirumuskan seperti berikut :

1963 : Pembentukan Malaysia menyatukan Singapura, Sabah dan Sarawak. PAS yang masih merupakan parti politik nasionalis bercorak Islam mengambil sikap menentang yang sederhana.

1963 : Ideologi perjuangan Ikhwanul Muslimin mula meresap masuk ke dalam PAS. Di bawah pimpinan Prof Zulkifli Muhammad, PAS menghantar Haji Yusuf Rawa, AJK PAS Pusat ke Timur Tengah untuk memperkenalkan PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Dialog demi dialog diadakan khususnya dengan pimpinan Ikhwan.

1964 : PAS di bawah Prof Zulkifli menghantar sepuluh orang pelajar-pelajar Malaysia yang pertama untuk melanjutkan pelajaran ke Iraq. Secara sulitnya, ia adalah persediaan awal untuk melahirkan satu generasi perjuangan yang berlainan dengan generasi yang sedia ada.

1964 : Prof Zulkifli Muhammad meninggal dunia dalam satu kemalangan. Tidak lama selepas itu, PAS kehilangan pula Dr. Burhanuddin. Seterusnya, PAS dipimpin oleh Dato’ Asri. Kepimpinan beliau dikatakan semakin mengukuhkan lagi semangat ideologi kebangsaan Melayu dari dasar rasmi PAS iaitu Islam. Oleh yang demikian, PAS seterusnya benar-benar tidak dikenali sebagai gerakan Islam.

1968 : Al-Arqam ditubuhkan oleh Ashaari Muhammad. Dalam satu jangka masa yang panjang, ia mewujudkan satu senario yang benar-benar tidak disangka. Walau bagaimanapun, saya merasakan perbahasan mengenai Al-Arqam tidak wajar disentuh di peringkat ini.[3][4]

1969 : Perlantikan beberapa orang ustaz-ustaz muda ke jawatan penting khususnya Ustaz Hassan Shukri yang baru saja pulang dari Iraq. Beiau terus dilantik sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat. Beliau dan rakan-rakannya mula memerkenalkan konsep tarbiyyah ala Ikhwan. Pada masa tersebut, bermulalah secara rasmi apa yang dinamakan ‘pertembungan dalaman’ antara pimpinan yang sedia ada dengan ahli peringkat bawahan yang mehukan pembaharuan dalam halatuju perjuangan PAS.

1969 : Rusuhan kaum di Kuala Lumpur ekoran rasa tidak puas hati akibat jurang perbezaan ekonomi antara kaum. PAS khususnya tidak melihat ini sebagai peluang untuk menyerang habis-habisan pihak kerajaan ekoran kegagalan mereka membina perpaduan kaum. Adalah tidak dinafikan, pergolakan dalaman PAS merupakan penyebab kepada kegagalan mereka untuk berfungsi dengan sebaik mungkin.

1971 : Penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Ia sebenarnya ialah alternatif kepada golongan muda yang benar-benar mahu merealisasikan tuntutan perjuangan Islam ala Ikhwan. Pemikiran Sayyid Qiutb yang sebelum ini berkisar di kalangan ahli-ahli PAS mula diambil alih oleh ABIM. Penubuhan ABIM sebenarnya banyak dipelopori oleh bekas tokoh-tokoh pelajar yang radikal seperti Anwar Ibrahim, Kamaruddin Mohd Noor, Razali Nawawi, Sidiq Fadhil dan lain-lain. Ia juga turut menarik golongan ‘ustaz muda’ seperti Haji Abdul Hadi, Abdul Ghani Shamsuddin dan Fadhil Nor. Secara tidak langsung, ABIM sebenarnya dilihat sebagai wadah terbaik bagai meneruskan kesinambungan perjuangan Islam di Malaysia pada masa itu. Ini disebabkan oleh imej UMNO sebagai ultra-sekular dan imej PAS yang masih dilihat sebagai nasionalis sukar untuk diterima oleh golongan muda.

1973 : Penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional ekoran pelawaan yang dibuat oleh Presiden UMNO ketika itu, Tun Abdul Razak di atas nama perpaduan Melayu. Polemik yang dicetuskan oleh ‘langkah merbahaya’ PAS ini telah memperhebatkan lagi pergolakan dalaman yang telah sedia wujud sebelum ini. Walaupun PAS masih mengekalkan dasar rasminya iaitu Islam, namun ia tidak lebih sebagai retorik ekoran pengiktirafan PAS terhadap pendekatan UMNO/BN pada masa itu. Penyertaan PAS ke dalam BN juga secara tidak langsung juga menyebabkan ramai tenaga muda menjadikan ABIM sebagai pilihan utama.

1974 : Anwar Ibrahim memimpin demonstrasi besar-besaran pelajar di Baling bagi memperjuangkan isu kemiskinan. Beliau seterusnya mula muncul di persada politik Malaysia dengan imej Islamik dan radikal[4][5].

1977 : Majlis Syura Tertinggi ABIM memutuskan penyertaan tiga orang ahli mereka ke dalam PAS khusus bagi satu ‘misi khas’ iaitu memulakan kembali usaha-usaha tarbiyyah atau dalam erti kata lain ‘menyelamatkan’ PAS dari terus hanyut dalam lautan perjuangan kebangsaan. Tiga orang ahli tersebut ialah Haji Fadhil Noor selaku Timbalan Presiden Abim, Haji Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman yang kedua-duanya merupakan Exco ABIM Pusat.

1978 : Berlaku krisis dalaman yang hebat di dalam PAS antara Dato’ Asri selaku YDP PAS dengan Mohamad Nasir selaku MB Kelantan. PAS Kelantan khususnya benar-benar berpecah. Akibat kekacauan yang timbul, darurat akhirnya distiharkan di Kelantan dan PAS ditendang keluar dari BN. Dengan ‘tangan yang terikat’, PAS dipaksa untuk bertarung dalam pilihanraya di Kelantan yang akhirnya menyaksikan Kelantan jatuh ke tangan BN untuk kali pertama selepas kemerdekaan. Krisis dalaman PAS ini juga membawa kepada terbentuknya parti Berjasa sebagai parti serpihan PAS.

1979: Revolusi Syiah di Iran[5][6] berjaya meruntuhkan diktator Shah melalui kuasa rakyat. Ia mencetuskan kembali kebangkitan gerakan Islam di seluruh dunia. Dalam hal ini, Malaysia tidak terkecuali. Walaupun sebenarnya, pembaharuan di dalam PAS bermula lama sebelum itu, namun Revolusi di Iran mempercepatkan lagi langkah ke arah pembersihan PAS dari sebarang ideologi yang bercanggah dengan kehendak perjuangan Islam.

1981 : Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Hubungan peribadi yang rapat antara bekas Presiden Abim, Anwar Ibrahim dengan Dr. Mahathir sebelum ini secara tidak langsung menjadikan ABIM bersikap lebih lembut terhadap kerajaan yang sebelum ini telah dicop dengan pelbagai tuduhan.

1982 : Anwar Ibrahim mengumumkan penyertaannya ke dalam UMNO dengan misi untuk merubah UMNO daripada dalam. Secara rasminya, ABIM yang sebelum ini dianggap sebagai anti-kerajaan bertukar kepada pertubuhan Islam yang pro-kerajaan. Ini ditambah lagi dengan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan baru Dr. Mahathir yang dianggap ultra-nasionalis sebelum ini menjalankan dasar Islamisasi di dalam kerajaan.

1983 : Ekoran desakan yang begitu kuat dari ahli-ahli PAS khususnya Dewan Pemuda PAS Pusat yang benar-benar mahu mengalihkan hala tujua perjuangan PAS sebagai sebuah gerakan Islam, Dato’ Asri akhirnya melepaskan jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS untuk memberikan laluan kepada kepimpinan ulama’. Bermula dari situlah, PAS akhirnya didominasi oleh kepimpinan ulama’ sehinggalah hari ini.

Ulasan : Walaupun sebelum ini, PAS sebenarnya sudah meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan, namun sebenarnya PAS sebagai sebuah gerakan Islam hanya benar-benar lahir pada tahun 1983 iaitu selepas ideologi pemikiran Sayyid Qutb benar-benar mendasari perjuangan PAS. Sebelum daripada itu di bawah kepimpinan non-ulama’, PAS tidak lebih dari sebuah parti politik yang hanya mempunyai nama Islam tetapi tidak berbeza dengan UMNO dari segi pembawaan dan pelaksanaan dasar. Dan sejarah menyaksikan, proses pembersihan itu mengambil masa yang begitu panjang.
Pada peringkat inilah juga, lahirnya ABIM selaku penyebar pemikiran hakimiyyah ala-ikhwan. Peranannya dalam membantu kelahiran semula PAS sama sekali tidak boleh diperkecilkan. Namun, ‘ijtihad’ bekas pemimpinnya untuk menyertai UMNO telah merubah segala-galanya. Perlu disebut bahawa tidak seikit yang menitiskan air mata akibat tindakan Anwar Ibrahim[6][7]. Ekoran daripada itu, selepas tahun 1983, ABIM yang sebelum ini menjadi pendokong kuat pemikiran Sayyid Qutb mula bersikap lembut dengan kerajaan manakala PAS yang sebelum ini merupakan parti politik nasionalis Islamik berubah wajah menjadi gerakan Islam yang mendokong kuat cita-cita untuk menegakkan sebuah negara Islam yang sebenarnya. Saya mengira, di sinilah bermulanya pertarungan sebenar antara PAS sebagai sebuah gerakan atau jemaah Islam dengan pihak pemerintah.
Laluan PAS seterusnya di Malaysia pada masa ini sememangnya terlalu sukar ekoran kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam kerajaan. Akibatnya, masyarakat menerima proses Islamisasi sederhana dan beransur-ansur yang dibawa bersama penyertaannya ke dalam kerajaan. Kerana itulah, PAS sebenarnya menghadapi laluan yang benar-benar getir dan mencabar.

1983- 1997
PAS pasca kepimpinan ulama’ lebih banyak berusaha untuk memantapkan kepimpinan ulama seterusnya memperkenalkannnya kepada masyarakat umum. Usaha-usaha PAS lebih kepada untuk menyaingi proses Islamisasi yang dibawa oleh Anwar Ibrahim ke dalam UMNO. Ternyata, dalam banyak perkara, PAS lebih banyak ketinggalan. Faktor UMNO sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai segala-gala kemudahan adalah merupakan faktor yang terbesar. Oleh yang demikian, PAS khususnya hanya terpaksa menanti dan mengharap agar UMNO menghadapi krisis dalaman untuk diambil kesempatan daripada berusaha memberikan penerangan kepada rakyat tentang perjuangan PAS. Dan pembangkang khususnya PAS selalunya bernasib baik dalam penantian ini. Secara umumnya kronologi di peringkat ini adalah seperti berikut :

1985 : Peristiwa berdarah Memali di Kedah yang mengorbankan sejumlah penyokong PAS dan seorang anggota polis. PAS seterunya dilabel sebagai parti yang mahu menggulingkan kerajaan dengan kekerasan. Bagi saya, peristiwa Memali hanyalah sebagai satu langkah awal untuk melihat setakat manakah PAS boleh ditangani melalui kekerasan. Ia adalah cubaan yang benar-benar menguji tahap kematangan pimpinan PAS pada masa itu.

1986 : Pilihanraya Umum menyaksikan PAS kalah teruk dengan hanya memenangi satu kerusi parlimen. Namun, pada pilihanraya ini buat pertama kali gagasan pakatan antara pembangkang dilaksanakan walaupun ternyata ia maish lagi kabur dan tidak mempunyai kesepaduan yang jelas.

1987 : Ekoran pertandingan jawatan tertinggi di dalam UMNO, mereka berpecah kepada dua pasukan (team A dan team B). Tengku Razaleigh yang hanya kalah sebanyak 43 undi kepada Dr. Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO membawa pengkutnya yang tidak sedikit keluar daripada UMNO dan memberntuk Semangat 46. Krisis ini berakhir dengan pengharaman UMNO dan kelahiran semula UMNO Baru di bawah pimpinan Dr. Mahathir. Manakala Semangat 46 pula muncul sebagai pembangkang yang hebat dan mampu menggugat kerajaan Dr. Mahathir pada masa itu.

1989 : PAS sebagai sebuah gerakan Islam membentuk kerjasama politik dengan Semangat 46 untuk menghadapi UMNO/BN di dalam pilihanraya. Kerjasama yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah ini adalah merupakan gagasan pakatan pembangkang yang terbesar di dalam sejarah pilihanraya tanahair. Namun, kerjasama yang dibentuk oleh PAS ini ditentang oleh sebahagian ahli peringkat bawahan. Ini membawa peristiwa keluarnya sebahagian daripada ahli-ahli PAS membentuk parti Islah.

1990 : Pilihanraya Umum diadakan. UMNO/BN masih berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan. Pakatan APU pula berjaya menawan Kelantan dengan tidak memberikan sebarang kerusi kepada UMNO/BN. Ekoran daripada kejayaan inilah, Kelantan kembali dikuasai oleh pembangkang dengan PAS sebagai peneraju utamanya. Kejayaan menawan Kelantan juga adalah merupakan kejayaan pertama PAS di bawah kepimpinan ulama’. Seterusnya, PAS dilihat berjaya membina dan mengukuhkan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan ulama’.

1993 : Di dalam UMNO, Anwar Ibrahim dikatakan mencapai kemuncak kejayaannya apabila memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO. Seterusnya Anwar Ibrahim dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Hampir keseluruhan ramalan politik pada masa itu mengatakan Anwar Ibrahim adalah bakal Perdana Menteri Malaysia yang kelima.

1994 : Al-Arqam diharamkan oleh kerajaan. Para pemimpinnya dikenakan tahana ISA. Segala kegiatan ekonomi dan pendidikan Al-Arqam yang bergiat cergas sebelum ini dipantau dan ditamatkan dengan pukulan ‘maut’ oleh kerajaan yang diketuai oleh Pusat Islam. Dalam hal ini, PAS lebih kepada bersikap tunggu dan lihat. Manakala tuduhan sesat yang dilemparkan kepada Al-Arqam turut diperakui oleh pimpinan PAS.

1995 : Pilihanraya Umum sekali lagi menyaksikan UMNO/BN mengekalkan majoriti 2/3 untuk membentuk kerajaan. Manakala pakatan pembangkang pula tidak menunjukkan sebarang kemajuan selain daripada mengekalkan penguasaan di Pantai Timur khususnya di Kelantan. Masa depan pakatan pembangkang dan kemampuannya pada masa itu mula dicurigai oleh para pemerhati politik.

1996 : Tengku Razaleigh Hamzah akhirnya mengambil keputusan untuk membubarkan Semangat 46 dan membawa ahli-ahlinya kembali semula kepada UMNO. Sekali lagi PAS dilihat sebagai tergugat. Ini kerana dengan kemasukan Adun-adun dari Semangat 6 ke dalam UMNO, maka PAS gagal untuk membetuk majoriti 2/3 di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Walaupun demikian, kemenangan tipis PAS dalam pilihanraya kecil di Pulai Chondong sejurus selepas pembubaran Semangat 46 memberikan sedikit bukti bahawa rakyat Kelantan tetap bersama dengan kepimpinan ulama’.

Ulasan : Sebelum daripada kemenangan PAS di Kelantan, PAS dilihat gagal untuk meyakinkan rakyat bahawa kepimpinan ulama’ adalah yang terbaik untuk mereka. Malah untuk meyakinkan ahli-ahlinya sendiri juga merupakan satu cabaran yang besar bagi PAS. PAS juga dilihat masih tercari-cari arah yang sesuai untuk berhadapan dengan UMNO yang memperhebatkan proses Islamisasi. Selain daripada seruan Islam, maka tidak ada isu yang boleh digunakan untuk menyerang kekuatan UMNO/BN. Saya lebih suka untuk mengatakan, seandainya UMNO/BN tidak dilanda dengan perpecahan, maka adalah sukar sama sekali bagi PAS untuk meraih undi rakyat.
Namun, selepas percakaran sesama pemimpin UMNO, mereka dilanda perpecahan yang begitu hebat. Dalam peringkat ini, PAS sekali lagi bertindak bijak untuk mengambil kesempatan daripada keadaaan dengan menjalinkan kerjasama dengan Semangat 46. Walaupun berlaku kekeliruan di kalangan ahli-ahli PAS, namun ia tidak lebih dari kocakan air di kolam yang tenang. Sejarah seterusnya membuktikan bahawa langkah PAS adalah tepat. Faktor Semangat 46 dan Istana Kelantan adalah merupakan faktor penting yang membantu kemenangan PAS di Kelantan. Manakala di Pantai Barat, Gagasan Rakyat iaitu pakatan Semangat 46-DAP gagal untuk meraih kejayaan. Seandainya Gagasan Rakyat juga berjaya di Pantai Barat, maka sudah tentulah perjalanan politik tanahair akan berubah sama sekali. Dengan andaian bahawa dengan kemenangan Gagasan Rakyat, kerajaan UMNO/BN akan mengalami kejatuhan, Tengku Razaleigh Hamzah pasti akan dilantik mengetuai kerajaan baru. Dalam masa yang sama, PAS masih belum berjaya menyebarkan fikrahnya secara menyeluruh. Dalam masa itulah, pasti berlakunya pertembungan ideologi antara PAS dan DAP dalam kerajaan. Kedua-duanya terlalu kuat berpegang dengan ideologi masing-masing. Umpama minyak dan air, adalah menjadi kemustahilan untuk kedua-duanya melakukan kompromi. Adalah menjadi satu kemungkinan yang hampir pasti bahawa perpecahan akan berlaku seandainya barisan pembangkang berjaya membentuk kerajaan persekutuan pada tahun 1990. Namun, ketentuan Allah adalah sebaik-baik ketentuan. Allah hanya menghadiahkan Kelantan kepada PAS sebagai satu persediaan untuk satu kemenangan yang pasti akan diberikan satu hari nanti, Insya-Allah.
Walapun perkahwinan politik antara PAS dan Semangat 46 tidak dapat bertahan lama, namun sekurang-kurangnya pakatan itu memberikan hadiah berupa negeri Kelantan kepada PAS. Hadiah itulah yang menjadi pengkalan kepada PAS untuk melebarkan pengaruhnya ke seluruh tanahair. Walaupun demikian, kerajaan PAS dilihat masih gagal menjadi contoh kepada rakyat Malaysia ekoran kegagalannya untuk meningkatkan prestasi dalam pilihanraya 1995. Kerana itulah, sebenarnya PAS hanya menunggu agar UMNO dilanda krisis dalaman untuk meraih kemenangan. Tanpa krisis dalaman UMNO, sukar sekali untuk PAS memperolehi kejayaan. Antara faktor yang menyumbang ke arah berlakunya senario sebegini ialah kegagalan PAS untuk menyebarkanluaskan fikrah dan ideologinya kepada masyarakat umum. PAS masih disaluti imej kolot, kekampungan dan fanatik.

1997 – sekarang
Sebagaimana yang sudah dijelaskan, perkembangan dan perjuangan PAS dalam arena politk tanah air bersifat statik dan stereotaip semata-mata. Namun, untuk melihat perpecahan berlaku di dalam PAS khususnya dalam masa kepimpinan ulama’ ini adalah amat sukar tidak sebagaiman UMNO yang sering bergolak dengan politik terajangnya.
Kedudukan UMNO selepas kemasukan kembali Tengku Razaleigh bolehlah dikategorikan sebagai agak mantap. Malah tidak keterlaluan untuk menyatakan, kerajaan PAS di Kelantan mempunyai kemungkinan untuk dijatuhkan seandainya senario selepas kemasukan Tengku Razaleigh ke dalam UMNO berterusan sehingga pilihanraya yang berikutnya. Namun, tiada siapa dapat menghalang ketentuan dari Allah SWT. Kronologi seterusnya terus meletakkan PAS sebagai pihak yang sentiasa bernasib baik.

1997: Pada bulan Julai, Malaysia dan negara-negara sekitar mengalami kejatuhan nilai mata wang yang teruk. Pada masa itulah, timbulnya desas-desus akan mengenai percakaran yang berlaku di dalam UMNO khususnya antara Anwar Ibrahim (Timbalan Presiden) dengan Dr. Mahathir Mohamad (Presiden).

1998 : Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan Kerajaan di atas beberapa tuduhan yang sama sekali tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Sekali lagi senario politik di Malaysia menjadi panas. Demonstrasi jalanan menjadi popular dengan tiba-tiba. UMNO berada pada tahap yang paling teruk selepas kemerdekaan. Pemecatan Anwar bertepatan dengan era teknologi maklumat menjadikan UMNO tidak sempat untuk menangkis pelbagai tuduhan yang dilemparkan dari pelbagai sudut.
Ekoran dari pemecatan Anwar, secara imej Islamik yang selama ini membayangi UMNO walaupun tidak banyak hilang secara tiba-tiba. Ahli-ahli akademik dan tokoh-tokoh masyarakat yang selama ini merupaka penyokong UMNO keluar beramai-ramai ke barisan pembangkang. UMNO kembali kepada imej ultra sekular nasionalisnya seperti era 70-an.
Hasil daripada pemecatan Anwar, PAS tidak gagal untuk memanipulasi keadaan sebaik mungkin. Dengan diketuai oleh PAS, barisan pembangkang digabungkan sebaik mungkin untuk menjatuhkan UMNO/BN dalam pilihanraya. Apa yang menarik, kali pertama dalam sejarah politik tanah air, PAS berjaya menjalinkan kerjasama rasmi dengan DAP di samping penyokong-penyokong Anwar berada di dalam parti Keadilan Nasional. Kerana itulah, gabungan pembangkang kali ini boleh disifatkan sebagai yang terbaik di dalam sejarah politik tanahahir. Namun tidak dapat dinafikan bahawa ia masih mempunyai banyak kelemahan. Halatuju yang ingin dibawa masih kabur dan tidak jelas.

1999 : PAS berjaya menawan Terengganu dalam pilihanraya umum. Manakala sokongan orang-orang Melayu kepada UMNO/BN merosot dengan begitu teruk. Di beberapa buah negeri, majoriti kekalahan PAS hanyalah tipis. Para pemerhati politik ramai yang berpendapat bahawa seandainya hak lebih 600,000 orang pengundi baru tidak dinafikan dalm pilihanraya kali ini, maka sudah pasti kerajaan UMNO/BN sudah ditalkinkan. Namun, perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

2000 : Pilihanraya kecil di Lunas pada akhir tahun 2000 menyaksikan kemenangan calon Keadilan, Saifuddin Nasution dengam majoriti yang agak selesa. Oleh kerana pengundi Lunas kebanyakannya bukan terdiri dari orang Melayu, maka senario ini harus dilihat sebagai sokongan orang bukan Melayu kepada pembangkang. Oleh yang demikian, seharusnya PAS melihat ini sebagai peluang terbaik untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN pada pilihanraya yang akan datang.
Ulasan :Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa pemecatan Anwar Ibrahim adalah merupakan pencetus kepada kebangkitan rakyat di Malaysia. Walapun pemecatan itu bukanlah satu-satunya faktor, tetapi ia tetap merupakan faktor utama. Rakyat kembali memperkatakan soal keadilan, ketelusan dan kejujuran pemimpin. Isu rasuah, kronisme dan lain-lain diperkatakan dengan hebatnya oleh pembangkang termasuklah PAS.
Melihat dari konteks PAS, jika sebelum ini, isu yang diutarakan ialah soal perjuangan dan negara Islam, maka pada hari ini, PAS lebih banyak memperkatakan isu-isu nasional dan cuba untuk tidak memperlihatkan perbezaan ideologi dengan rakan-rakan pembangkang yang lain. Ini tidak sukar bagi PAS kerana sedikit demi sedikit PAS sudah mula dikenali sebagai parti intelektual ekoran penyertaan beramai-ramai ahli akademik ke dalam PAS. Imej kampung, kolot dan konservatif sebelum ini boleh dikatakan telah tiada dalam PAS.
Namun, adakah dalam masa yang sama, PAS sudah mula melupakan aliran pemikiran Sayyid Qutb yang dijunjungnya dengan begitu kuat sebelum ini? Tentu sekali tidak Melihat kepada corak kepimpinan dan organisasi PAS, maka sama sekali tidak boleh dikatakan bahawa PAS sudah mula meninggalkan ideologinya sebagai sebuah jemaah Islam. Namun, usia setengah abad telah mematangkan PAS agar sentiasa berhati-hati.
Sesungguhnya hari ini, PAS berada dalam kedudukannya yang paling selesa untuk membentuk kerajaan selepas ini. Namun, satu persoalan yag harus dijawab. Adakah sokongan rakyat kepada pembangkang khususnya PAS ialah kerana rakyat menerima konsep perjuangan Islam atau hanya sekadar sebagai satu alternatif kepada UMNO/BN? Bagi saya, PAS sebenarnya masih gagal untuk menyajikan ideologi perjuangan Islamnya dengan baik. Oleh yang demikian, sokongan rakyat yang meningkat pada hari ini bukanlah satu bukti bahawa ideologi PAS mula diterima. Ia sebenarnya tidak lebih dari manifestasi kebencian rakyat kepada UMNO/BN. Kebencian rakyat ini diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada pembangkang khususnya PAS. Dalam erti kata lain, jika hanya kerana ideologi Islam yang ada pada PAS, sebenarnya PAS masih tidak berjaya sekalipun tidak gagal seratus peratus.
Ya, kedudukan UMNO/BN sudah tidak selamat, namun adakah itu secara automatik merupakan janji selesa kepada perjuangan Islam? Bersediakah sebenarnya PAS khususnya menangani kemenangan dengan sebaik mungkin?

Peranan seterusnya generasi tunas bagi memastikan kemenangan sebenar Islam
Sesungguhnya perjuangan Islam pasti akan memperolehi kemenangan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah para muslimin memerangi orang Yahudi. Para muslimin memerangi mereka menyebabkan orang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka batu atau pokok berkata: Wahai para muslimin! Wahai hamba Allah! Ada Yahudi di belakangku. Datanglah ke sini dan bunuhlah dia melainkan pokok yang berduri, kerana pokok itu adalah di atara pokok kaum Yahudi . (Hadis riwayat Bukhari, Muslim & Ahmad)

Namun, adakah kemenangan Islam itu akan diberikan seperti mana turunnya hujan? Adakah Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada perjuangan Islam secara percuma? Tentu sekali tidak.[7][8] Allah SWT berfirman yang bermaksud :
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?[8][9]

Dalam konteks Malaysia, generasi tunas khususnya mereka yang mempunyai kesedaran agama yang tinggi seharusnya memainkan peranan yang penting bagi memastikan kemenangan kepada Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Ini kerana seandainya kita menerima tanggapan bahawa kemenangan Islam sudah semakin hampir di Malaysia, maka tidak dapat tidak yang akan menangani dan mengisi kemenangan tersebut ialah generasi muda yang ada pada hari ini. Adalah menjadi satu kepincangan yang maha hebat seandainya kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah hanya menyebabkan pejuang-pejuang Islam lalai untuk terus berjuang. Sesungguhnya kita tidak mahu saat-saat kemenangan yang paling berharga dicemari dengan ‘tragedi Uhud yang kedua’. Akhirnya, kemenangan yang diberikan tidak lebih hanyalah merupakan penghinaan daripada Allah SWT.
Hari ini, generasi pemuda harus bersedia dengan seribu kemungkinan. Cabaran di hadapan terlalu hebat untuk dihadapi. Dunia tanpa pesempadanan menguji sejauh mana kekentalan semangat generasi tunas megharungi dugaan hidup untuk muncul sebagai tentera Allah. Generasi tunas hari ini seharusnya :

? ? Mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang[9][10].

? ? Mengasuh dan mendidik jiwa agar boleh beristiqomah dengan perjuangan Islam.
Sesungguhnya sudah ramai bersemangat untuk berjuang sebelum ini akhirnya gagal di tengah jalan apabila bertemu dengan dugaan dan cabaran yang berupa penderitaan. Seandainya generasi tunas hanya mampu bersemangat untuk waktu yang sementara dan layu di tengah jalan, maka kita akan melihat perjuangan Islam akan terus berada dalam perjalanan yang sukar. Memetik kata Said Zahari (tahanan poltik tanpa bicara selama 17 tahun) dalam bukunya, Meniti Lautan Gelora : “Saya tidak pernah menangis dan tidak akan menangis hanya kerana saya ditahan”.[10][11]

? ? Mempelajari teknik-teknik dakwah yang terbaik. Segala macam bentuk dakwah Islam perlu didalami sebaik mungkin. Konsep tarhib wa targhib dan dakwah bilhikmah perlulah sentiasa dijadikan panduan kepada para pejuang khususnya generasi tunas. Ini penting bagi memastikan masyarakat memahami konsep penjuangan Islam yang sebenar. Seterusnya, masyarakat akan memilih Islam kerana merasakan bahawa Islam adalah merupakan plihan yang terbaik bukan didorong oleh kebencian terhadap sistem yang ada paad hari ini.

? ? Generasi tunas haruslah sentiasa menyedari bahawa hidup dan mati mereka hanyalah untuk Islam. Setiap langkah yang dibuat haruslah disertakan bersama keikhlasan kepada Allah. Ini kerana merupakan aib yang terlalu besar seandainya mereka yang mengaku sebagai pejuang Islam namun perjuangan yang didokong masih terpalit dengan niat duniawi.

Penutup
Sesungguhnya perjuangan Islam di Malaysia khususnya melalui politik telah melalui ranjau-ranjaunya yang tidak sedikit. Walaupun sering mengalami kekalahan, namun kekentalan para pendokong menjadikan PAS semakin matang menghadapi pelbagai cabaran. Oleh kerana kita melihat bahawa tahun-tahun kebelakangan ini, sokongan rakyat begitu mendadak meningkat, maka seharusnya langkah-langkah bagaimana untuk menangani kemenangan dibincangkan sejak daripada awal lagi. Perlu diingatkan, kemenangan kadang kala merupakan satu anugerah namun kebanyakannya lebih kepada ujian.
Manakala generasi tunas pua harus sentiasa bersiap sedia untuk tampil ke hadapan mendepani cabaran-cabaran yang akan mendatang. Islam pasti akan bangkit semula sebelum berlakunya kiamat dan sudah pasti generasi tunas pada hari ini perlu bersiap sedia ke arah itu.
Semoga Allah memberkati setiap usaha kita dalam memperjuangkan kalimahNya di muka bumi ini. Amin Ya rabbal ‘alamin.


AHMAD FADHLI SHAARI adalah siswa tahun 1, Jabatan Dakwah Wal Qiadah, KIAS.
Untuk dibentangkan dalam Kursus Pimpinan Pelajar YIK Zon 3
pada : 24 Mei 2001
[5][1] Surah Fusilat, ayat 33.
[6][2] Mohamad Fauzi Zakaria, Aqidah Yang Menggoncang Dunia : Pemikiran Sayyid Qutb. Hal. 197
[7][3] Said Zahari, Meniti Lautan Gelora
[8][4] Zabidi Mohammad, Al-Arqam : Tersungkur Di Pintu Syurga. Hal : 18
[9][5] Ahmad Lutfi Othman, Wajah Baru Politik Malaysia, hal. 18
[10][6] Saya berpendapat gelaran ini lebih sesuai sekalipun kebanyakan penulis lebih gemar menggunakan gelaran Revolusi Islam Iran.
[11][7] Sayuti Omar, Siapa Pencabar Anwar? Hal. 50.
[12][8] Persoalan yang sama ditimbulkan dan dikupas dengan lebih lanjut oleh Abdullah Al-Qari Haji Salleh, Kemenangan Islam dan Para Wali Allah.
[13][9] Surah Ali-Imran, ayat 142
[14][10] Ini ialah sifat pendakwah yang pertama sekali digariskan oleh Dr. Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah.
[15][11] halaman 231















Thursday, July 2, 2009

PERGERAKAN POLITIK ISLAM(KEBANGKITAN ISLAM)

Politik bermaksud ;
1) Ilmu pengtahuan berkenaan cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dan lain-lain) ilmu siasah, ilmu kenegaraan. 2) Segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain. 3) Kelicikan dan muslihat. Maksud politik ini diselongkar dari Kamus Dewan Edisi Baru. Manakala Dr. Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya Fatawi Mu’a sirah (Fatwa Masa Kini) jilid tujuh dan lapan telah menerangkan bahawa, politik mengikut teorinya ialah suatu ilmu yang mempunyai kepentingan dan kedudukan yang tersendiri. Dari sudut pratikalnya pula ia adalah kerja yang mempunyai kemulian dan faedahnya yang tersendiri, Ini kerana ia bergantung keupayaan mentadbir urusan makhluk dengan sebaik mungkin. Imam Ibn Qaiyim telah meriwayatkan daripada Imam Abu Al-Wafa’ Ibnu ‘Aqil al-Hanbali telah menyatakan bahawa Politik ialah perbuatan menjadikan manusia yang menggunakannya lebih dekat dengan kebaikan and jauh daripada kerosakan selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Manakala Ibnu Qaiyim menyebut; Politik yang adil tidak bertentangan dengan nas syarak, tetapi selari dengannya bahkan ia merupakan sebahagian daripadanya. Kami menamakannya sebagai politik kerana mengikut apa yang kamu namakan. Sesungguhnya ia sebenarnya adalah keadilan Allah dan Rasul-Nya. Ulama terdahulu telah menyebutkan tentang kepentingan politik dan kelebihannya. Imam al-Ghazali telah berkata; Dunia merupakan ladang untuk akhirat. Agama tidak akan sempurna tanpa dunia. Kerajaan dan agama adalah saudara kembar. Agama adalah asas dan pemerintahan adalah pengawalnya. Perkara yang tiada asas akan runtuh dan perkara yang tidak mempunyai pengawal adalah sia-sia. Rasullah merupakan poitikus dan disampai penyampai ajaran, guru dan khadi. Begitu juga dengan khlifah-khalifah selepasnya yang mengikut Sunnah dan jalannya. Mereka mentadbir umat dengan adil dan ihsan, dan memimpin mereka dengan ilmu dangan iman. Politik dengan maksud mentadbir urusan seluruh manusia dengan menjaga kepentingan mereka dan menghilangkan keburukan serta menegakkan keadilan di kalangan mereka, maka ia adalah selari dengan agama, Bahkan ia adalah selari dengan agama. Kerana Islam itu adalah aqidah ,ibadat, akhlak dan sistem hidup yang lengkap. Politik yang di tolak ialah politik ‘Micheavelli’ yang menyatakan matlamat yang menghalalkan cara, tidak beriltizam dengan akhlak serta nilai-nilai kebaikan dan mengenepikan halal dan haram. Tetapi manusia kini apabila disebutkan tentang politik seolah-olah ia merupakan satu kehinaan dan suatu jenayah. Sedangkan ilmu politik itu adalah satu cabang limu yang paling mulia dan yang berkecimpung dalam bidang politik adalah mereka yang memikul tugas yang mulia. Politik itu sendiri bukanlah perkara yang kotor dan mungkar, apabila ia mengikut garisan-garisan yang yang telah ditetapkan oleh prinsip-prisip Islam dan berada dalam lengkaran hukum dan nilai-nilainya. Disebabkan kesusahan yang menimpa manusia kerana politik dan orang politik, sama ada politik penjajah atau pemerintahan yang zalim mereka akan membenci politik dan setiap apa yang berkaitan dengannya terutamanya ketika falsafah Michaevelli menguasai arena politik. Ini berlaku sehinggalah diceritakan bahawa Syeikh Muhammad Abduh telah berkata selepas dia merasai tipudaya politik dan permainannya : ”Aku berlindung dengan Allah daripada politik, perbuatan politik dan orang yang berpolitik dan orang yang dipolitikkan!”

Pengertian Islam dan Hukum Politik.
Dr. Yusuf al-Qardawi menyatakan dalam bukunya Fatawi Mu’asirat (Fatwa Masa Kini) jilid tujuh dan lapan pada tajuk siasah dan pemerintahan bahawa Islam yang pertama iaitu Islam yang verdasarkan al-Quran dan Sunnah, Islam yang difahami oleh generasi terbaik pada kurun yang terbaik yang terdiri daripada para sahabat dan tabien iaitu mereka yang telah dipuji oleh Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Inilah Pengolahan yang ringkas dalam kamus Dewan Edisi Baru, Islam dierti sebagai agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Islam yang sebenarnya sebelum kesuciannya dicemari dengan eksterimis yang diadakan oleh agama ciptaan manusia, juga khayalan pujangga, nukilan yang mengengkari hakikat dan juga kedegilan orang yang jahil dalam menegakkan benang yang basahnya. Islam adalah tiadk lengkap tanpa politik . Apabila dipisahkan Islam daripada politik, maka ia akan menjadi agama yang lain seperti agama Budha atau Kristian dan lain-lain, bukan Islam lagi. Ini disebabkan oleh dua faktor besar iaitu: Pertama: Islam mempunyai pendirian yang jelas dan hukum yang terang dalam kebanyakan perkara yang bersangkutan dengan politik. Islam bukanlah agama paderi dan syiar semata-mata. Apa yang maksudkan di sini Islam bukanlah semata-mata hubungan diantara hamba dengan Allah sahaja dan tiada hubungan dengan penyusunan kehidupan dan juga ‘fine hunting’ kepada masyarakat dan negara. Hakikatnya bukanlah begitu. Islam adalah agama yang mengandungi akidah dan ibadat, akhlak dan syariat yang sempurna. Dengan kata lain Islam adalah sistem yang sempurna dengan sebab ia mengandungi dasar-dasar dan kaedah-kaedah, hukum-hukum syarak dan petunjuk-petunjuk yang semuanya ada kaitan dengan kehidupan individu, keluarga, realiti masyarakat, asas-asas sebuah negara dan juga hubungan antArabangsa. Sesiapa yang membaca al-Quran dan as-Sunnah serta kitab-kitab fikah Islam tanpa mengira mazhabnya, Pasti akan mendapati bahawa hakikat ini telah jelas dengan sejelas-jelasnya. Islam mempunyai kaedah, hukum dan petunjuknya yang tersendiri dalam politik pentadbiran pelajaran dan pembelajaran, penerangan, penggubalan dan penetapan hukum, pentadbiran kerajaan, harta dasar perdamaian, peperangan dan lain-lain lagi yang memberi kesan kepada kehidupan manusia. Islam tidak menerima untuk tidak berperanan di Timur atau pun memjadi khadam kepada ideologi dan falsafah lain bahkan Islam adalah tuan dan pemimpin. Bahkan Islam tidak membenarkan kita membahagikan kehidupan ini dengan orang lain; membahagikan hak arahan dan menggubal undang-undang. Islam tidak menerima kata-kata yang sengaja disandarkan kepada al-Masih (a.s): Maksudnya: “berikanlah perkara yang bersangkutan dengan pemerintahan kepada pemerintah dan perkara yang berkaitan dengan Allah kepada Allah”. Tetapi pemerintahan Islam dibina di atas pemerintah dan pemerintahan adalah kepunyaan Allah S.W.T yang esa yang memiliki dan memerintah apa yang ada di langit dan di bumi. Kedua: Peribadi muslim yang dibentuk oleh Islam dan dicanai oleh akidah dan syariatnya serta tarbiah dan ibadatnya tiadak akan sempurna melainkan dia menjadi ahli politik kecualilah peribadi yang silap memahami Islam atau silap mempraktikkan Islam itu sendiri. Islam telah mewajibkan kepada muslimin menunaikan kewajipan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Kadang-kala ia juga disebut dengan nasihat kepada pemerintah Islam dan orang awam. Inilah yang disebut dalam hadis nabi yang sahih dan dianggap merangkumi keseluruhan agama. Ia juga dipanggil berpesan-peasn dengan kebaikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran yang menjadi syarat penyelamat daripada kerugian di dunia dan akhirat. Perkara ini telah dijelaskan dalam surah al-Asr. Rasulullah menggalakkan muslim supaya menentang kerosakan dalaman dan menganggapnya lebih utama dari menentang kerosakan luaran. Baginda ditanya tentang jihad yang paling utama: Maksudnya: “ Jihad yang paling utama ialah perkataan yang benar terhadap pemerintah yang zalim.” Ini kerana kerosakan dalaman adalah pembuka jalan kepada terkaman kepada musuh dari luar. Rasulullah telah menanam dalam hati setiap muslim perasaan menolak kezaliman serta mengengkari orang-orang yang melakukan kezaliman. Islam menggalakkan muslimin agar berperang untuk menyelamatkan orang yang lemahan diburu dibumi ini dengan ungkapan yang sangat mendalam maksudnya seperti firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa’ ayat 75 yang bermaksud: “Dan apakah yang menghalang kamu untuk tidak mahu berperangpada jalan Allah dan untuk menyelamatkan orang- orang yang lemah dari kaum lelaki dan permpuan serta kanak-kanak, iaitu mereka selalu berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah Kami dari negeri mekah ini, yang penduduknya zalim and jadikanlah bagi kami dari pihakmu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu pemimpin yang membela kami”. Islam memurkai orang yang berdiam diri dan mengingkari orang berpeluk tubuh menerima kehinaan serta rela tinggal di tempat di mana mereka dihina dan dizalimi tanpa ada keberanian untuk berhijrah ke tempat lain sedangkan mereka mempunyai kemampuan untuk itu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melihat kemungkaran maka dia hendaklah mengubahnya dengan tangan (kekuasaan). Jika dia tidak mampu hendaklah dengan lidahnya dan jika tidak mampu juga maka hendaklah dengan hatinya. Itu selemah-lemah iman”. Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnyan daripada Abu Sa’id al-Khudri. Sabdanya lagi maksudnya: “Jika sekiranya kamu melihat umatku susah untuk menyatakan kepada orang yang zalim ; “Wahai si zalim” maka diucapkan selamt tinggal kepada mereka (iaitu tidak layak untuk hidup). “Dalam riwayat lain disebut: “Perut bumi adalah menjadi tempat yang lebih baik untuk mereka daripada permukaannya”. Islam menjadikan setiap muslim mempunyai tanggungjawab politik. Mereka hendaklah hidup dalam negara yang dipimpin oleh pemimpin Islam yang berhukum dengan hukuman al-Quran dan semua penduduk memberikan taat setia (Baiah) kepadanya. Jika tidak, beliau menjadi sekutu kepada puak jahiliah sepertimana yang dinyatakan oleh hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesipa yang mati tanpa memberi baiah kepada imam kematiannya adalah kematian jahiliah”. Penjajahan Pemikiran Dalam Pembentukan Budaya Masyarakat. Walaupun Negara Islam telah berjaya membebaskan diri dari belenggu penjajahan secara fizikalnya, tetapi dari segi pemikiran, perwatakan masyarakat masih lagi terkongkong dengan cengkaman penjajahan Barat. Sebenarnya pertembungan Islam dengan Barat di medan salib pada penghujung abad ke 11 M adalah merupakan titik tolak baru dalam penjajahan sejarah perhubungan Islam-Barat. Pertembungan berdarah itu rupanya terus menerus mempengaruhi hampir setiap tahap perhubungan antara kedua pihak itu. Penjajahan Barat ke atas dunia Islam yang bermula pada abad ke 16 M itu adalah lanjutan pada pertembungan Salibiyah. Satu demi satu negara Islam terjebak dalam perangnkap penjajahan sehingga abad ke19 M, selaesailah perlaksanaan rencana penjajahan Barat seperti yang disebut oleh Arnold J. Tonybee. “Sesungguhnya oleh kerana Barat berjaya menakluki lautan, maka sebelum akhir abad 16 Barat telah berhasil melemparkan jerat ke leher Islam; tetapi hanya telah beberapa abad 19 M barulah sahaja Barat memberanikan diri menarik jerat tersebut dengan kuatnya”. Sebelum berakhir abad ke 19, kuasa-kuasa Barat telah membahagi-bahagikan dunia Islam ikalangan mereka. Misalnya pada tahun 1857 M Kerajaan Inggeris telah mengambil sepenuhnya kuasa politik India. Perancis menguasai Algeria, Belanda menguasai Kepulauan Indonesia dan Malaysia. Selama berabad-abad lamanya umat Islam diperas, dihemPAS dan dipulau oleh penjajah sehingga pertengahan abad ke 20 M ini, barulah negara Islam dapat melepaskan diri dari belenggu penjajahan. Sebenarnyapenjajahan tidak hanya terbatas dari segi politik atau ekonimi sahaja, tetapi termasuk juga penjajahan pemikiran dan kebudayaan, dan inilah masalah pokok yang dihadapi oleh umat Islam. Penjajahan pemikiran bukan hal yang terjadi secara kebetulan akibat sampingan dari penjajahan politik, tetapi merupakan suatu proses yang disengajakan dan direncanakan dengan teliti serta sistematis sekali. Khusus untuk tujuan membuat perencanaan ini telah ditubuhkan sebagai institusi seperti sekolah dan sebagainya. Seperkara yang tidak boleh dinafikan ialah penjajah politik Barat terhadap dunia Islam sebenarnya tidak terpisah adri gerakan perkristianan, malah pengkristianan merupakan tujuasn utama penjajahan itu sendiri; Memang benar 3 faktor yang menjadi penarik pentingbagi penjajahan Barat terhadap dunia Islam iaitu; “God, Gold and Glory”. Gerakan pengkristianan telah dilaksanakan secara besar-besaran dimana sahaja pihak penjajah berkuasa samada kuasa-kuasa pentadbiran ataupun lembaga misi kristian (missionary). Tokoh-tokoh penting berakan seperti gerakan missionary seperti Samuel M.Zweme. Alfred le Chatelier dan Martin Hartman umumnya menyetujui gagasan bahawa 2 proses meruntuh membangun kan dunia Islam harus dijalankan serentak. Meruntuh ialah dengan menghancurkan Islam dan memisahkan kaum muslimin dari agamanya dan membangunkan dengan agama kristian. Walaupun pada akhirnya hampir keseluruhan negara-negara Islam berjaya membebaskan diri dari belenggu Barat, tetapi penjajahan pemikiran tetap berlaku kini. Keadaan ini berlaku kerana penjajahan itu dilakukan secara halus, rapi dan teliti. Benar serta tepat dan berjayalah apa yang dirancangkan dan diperkatakan oleh seorang tokoh perancang ‘mastermind’dasar Imperialisme British di Mesir iaitu Lord Cromer. “It is nothing less than this; that the new generation of Egyptions has to be persuaded or forced into imbiling the true spirit of Western Civilization”. Jelasnya orang Mesir bukan sahaja akan dipujuk malah harus dipaksa agar mengikut semangat Tamadun Barat yang sebenarnya. Bagi mereka jika perencanaan ini dapat dilaksanakan, maka phak British tiadklah keberatan menyerahkan kemerdekaannya kepada anak jajahan. Tetapi kalau mereka orang Mesir masih ingin memperjuangkan Idealisme Negara Islam, pihak Inggeris sama sekali tidak akan bertolak ansur dengannya. Ujar Lord Cromer lagi: “England was prepered to grand political freedom to all her colonial possession as soo as generation of intelectuals and politicion imbued thourgh englisheducation wi th ideal of english culture were ready to take over, but under the curcumtances wuld the British government for a single momen tolerate and independent Islamic state”. Proses pemBaratan dan penjajahan pemikiran juga berlaku di India Memang sejarah India purba dan moden bukannya sejarah orang Islam, tetapi sejarah pertengahannya sehingga zaman penjajahan Barat adalah sejarah pemerintahan Islam. Dengan itu program pmBaratan yang dilaksanakan oleh British itu banyak menjadikan Islam sebagai sasarannya. Mengenai hal ini Lord Macauly mengatakan; “Kita harus berusaha sedapat mungkin untuk membentuk satu golongan yang boleh menjadi perantaraan antara kita dan jutaan rakyat peribumi yang kita perintah iaitu segolongan orang yang masih India kulit dan daraahnyatetapi sudah diInggeriskan citarasanya, pemikirannya, moral dan inteleknya”. Usaha melahirkan golongan Inggeris tiruan, Belanda tiruan dan seumpamanya dijalankan dengan giat sekali diselruh tanah jajahan. Di Indonesia usaha begini telah dijalankan atas saranan Snauck Hurgronje supaya supaya peradaban Barat segera ditanam terutama dikalangan golongan atasan kerana mereka yang diharapkan dapat mempengaruhi seluruh lapisan lapisan bangsa. Program Penjajahan Pemikiran Barat. ? Melalui sistem politik ? Melalui sistem pendidikan ? Melalui sistem ekonomi ? Melalui sistem perundangan ? Melalui sistem sistem komunikasi dan media massa ? Melalui perencanaan sosial dan kebudayaan

Gerakan-gerakan Anti-Islam
Umat Islam disepanjang zaman akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai ancaman and tipu helah bagi menghancurkan umat Islam sekaligus, Islam itu sendiri. Antara gerakan serta penubuhan yang paling jelas ialah Modenisma, Zionesme, Orintalisme dan Kristianisasi. Gerakan-gerakan ini keselurhanhya adalah saling berkait. Malah saluran dan teknik yang digunakan hampir menyamai di antara satu sama lain. Untuk lebih jelas, dinyatakan secara berasingan gerakan atau pertubuhan-pertubuhan tersebut. Kepekaan umat Islam terhadap persoalan dan permasaalan semasa amat penting. Ini membolehkan kita memahami da menyedari kegiatan-kegiatan yang cuba menyeleweng umat Islam dan landasan yang sebenar. Justeru itu pengetahuan tanpa tindakan tidak akan dapat menghadapi ancaman-ancaman tersebut yang sememangmya begitu rapi disusun. Gerakan Islah, Dakwah dan Jihad di Persada AntArabangsa (Kebangkitan Islam). Dalam Konteks sejarah, zaman kebangkitan Islam itu dapatlah dibahagikan kepada beberapa bahagian:
1. Zaman kebangkitan Islam yang pertama.
2. Zaman kebangkitan Islam untuk membebaskan negeri dari belenggu penjajahan.
3. Zaman kebangkitan Islam untuk membebaskan diri dari ideologi-ideologi bukan Islam. Zaman Kebangkitan Islam yang pertama itu adalah zaman Rasulullah dan Khulafa’ al-Rashidin yang diikuti oleh zaman Bani Umayyah dan Abbasiah. Di dalam peringkat ini Islam memainkan peranan penting dalam pergolakan dunia. Zaman Kebangkitan Islam kedua pula ialah zaman umat Islam berusaha membebaskan diri dari belenggu penjajahan Barat.Zaman kenbangkitan itu bermula dari lahirnya gerakan al-Muwahhidun yang dipelopori oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (1703-1791 M) yan berusaha membebaskan umat Islam dari bid’ah dan khurafat. Syeikh Jamaluddin al-Afghani (1848-1879 M) dan lain-lain. Pada peringkat ketiga ini dalan kebangkitan Islam itu ialah zaman sekarang ini sebagai lanjutan dari perjuangan Mujahiddin Islam yang dahulu. Kebangkitan Islam pada masa sekarang ini adalah beerti kebangkitan kerana kesedaran umat Islam untuk menjadikan Islam sebagai dasar dan panduan hidup baik dalam kehidupan peribadi mahupun dalam bidang kenegaraan dan kemasyarakatan, sehingga Islam dapat dapat diletakkan pada tempat yan sebenar sebagai Addin. Pada masa akhir-akhir ini, kecenderungan ke arah Islam adalah amat menggalakkan, tumbuhnya organisasi dakwah dengan banyaknya, kegiatan-kegiatan dakwah di pusat-pusat pengajian semakin ketara. Begitu juga kecenderungan ke arah Islam ini berlaku baik secara individu mahupun berkelompok. Kecenderungan kepada Islam yang melup-luap itu adalah disebabkan oleh cita-cita untuk mengisi kemerdekaan yang diperolihi dengan ajaran Islam kerana selama ini di negara Islam telah berjalannya sistem-sistemyang bukan Islam atau lebih tepat lagi sistem Sekular baik kapitalisme, komunisme, pragmatisme. Sistem tersebut tidak adpat menyelesaikan masalah terutamanya dalam masalah pembangunan manusia yang seutuhnya. Oleh kerana itu semakin pesat pembangunan- pembangunan meterial dalam negeri kaum muslimin maka semakin pesat pula perkembangan openyakit-penyakit masyarakat dan semakin rendah pula martabat umat manusia.

Kelahiran Gerakan-Gerakan Islah di Abad 19 dan 20.
Setelah jatuhnya kerajaan Abbasiyah ke tangan tentera Moghul pada tahun 1258 M, maka berakhirlah kewujuadn khilafah Islamiah yang berwibawa yang menguasai semua daerah-daerah Islam. Walaupun sesudah itu berdiri sebuah kerajaan Islam yang besar, iaitu Khilafah Othmaniah, namun ia tidak dapat menundukkan hati penduduk daerah-daerah Islam yang telah dikuasai. Bangsa Arab selamannya tidak menerima kenyataan berlakunya perpindahan institusi kekhalifahan kepada bangsa lain selain dari bangsa Arab. Keadaan tidak menentu ini lebih teruk apabila Khilafah Othmaniah mengalami masa kelemahannya. Di kala ini umat Islam berhadapan dengan kuasa-kuasa Barat Kristian yang menyebarkan fahaman sekular ke atas dunia Islam. Ini membuatkan umat Islam kehilangan pedoman dan tempat berteduh. Pada tahun 1924 Khilafah Othmaniah ysng berpyusat di Turki telah dugulingkan oleh Mustaffa Kamal Attartuk dengan menukarkannya dengan pemerintahan sekular. Dalam keadaan yang demikian, lahirlah kebangkitan dikalangan umat Islam dengan lahirnya tokoh kebangkitan Islam . Tokoh-tokoh ini membawa obor kebangkitan Islam dan pembaharuan dikalangan umat Islam. Diantara tokoh-tokoh itu ialah Muhammad Bin Abdul Wahab, Syed Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Syed Abdul Rahman al-Kawakibi.

Pertumbuhan Gerakan Islah Di Nusantara.
Sebelum bertapaknya gerakan reformasi Islam di Nusantara, aliran pemikiran yang lebih dahulu berkembang dan seterusnya mendominasi masyarakat ialah aliran tradisional (Mazhabiyyah) yang bertaqlid kepada tokoh-tokoh ulama Safiiyah, baik dari segi akidah, syariat dan dari segi tasaufnya. Ertinya ajaran yang diikuti bukanlah terus kepada kitab-kitab asal Imam al-Shafii umpamanya Al-Umm atau Al-Risalah, melainkan kepada karya ulama-ulama yang bermazhab Shafii sahaja. Bagaimanapun mulai abad ke 18 timbullah tokoh-tokoh yang cuba mencabar aliran tradisional ini. Diantara tokoh-tokoh awalnya ialah Shihabuddin Palembang iaitu melalui kitabnya Risalah yang berdasarkan Risalah fi Tawhid oleh Wali Raslan al-Dimasbqi dan kitab Fath al-Rahman oleh Zakaria al-Ansari, diserangnya ajaran Martabat tujuh (Maratib al-Saba’ah) yang merupakan suatu penyelewengan dari ajaran tasauf Sunni. Kemudian kira-kira 20 tahun selepas itu muncul Kemas Fakruddin dari palembang juga yangmenulis kitab Mukhtasar yang juga berasakan Wali Raslan tersebut.Sezaman dengan terdapat juga seorang ulama Pahang yang bernama Toh Shihabuddin Bin Zainal Abidin (1729-1797). Sungguhpun beliau termasuk tokoh yang berfahaman tradisional, namun beliau sanggup menghadapi Tok Mengkarak di Pahang secara terbuka kerana membangkitkan ajaran Martabat Tujuh itu. Selepas itu muncul pula anak Tuan The Muhammad yang lebih keras sikapntya dengan ayahnya. Dalam kitabnya Kitab Ilmu Tawhid beliau telah menghukum kufur lagi sesat Ajaran Martabat Tujuh , a’yan thabitah, rijal al-ghaib dan sebagainya. Pada tahun1790 pula tibalah untuk pertama kalinya ulama Arab tyang berfahaman Wahabi ke Surakarta yang ketika itu diperintah oleh Sri Susuhunan Pakubowono IV. Di sana mereka menyeru kearah pembersihan aqidah dan ibadat daripada khurafat dan bida’ah. Sungguhpun gerakan menampakkan tanda-tanda kejayaan memandangkan sambutan baik dari Sri Sunan sendiri, namun ia segera dipatahkan oleh fitnah Belanda sehingga memaksa mereka diusir adri Surakarta. Jika pada akhir ke 18 itu gerakan wahabiyah (Muwahidin) masih diperingkat permulaan di Nusantara, pada awal abad ke 19 gerakannya menjadi lebih aggresif dengan tercetusnya perang paderi (1803-1938) di Minangkabau, Sumatera. Sebenarnya peperangan ini bermula dengan kepulangan tiga orang putera tempatan itu sendiri yang pernah bermastautin di Mekah, iaitu Haji Miskin di Pandai Sikat (Luhak Agam), Haji Abdul Rahman di Piobang (Luhak Lima Puluh Kota) dan Haji Muhammad Arif di Sumanik (Luhak Tanah Datar). Oleh kerana gerakan Kaum Paderi ini mengancam kaum adat, lalu para pemimpin adat pergi menghadapi pihak Inggeris di Padang untuk meminta bantuan. Tetapi apabila dilihat oleh mereka yang pihak Inggeris tidak boleh dipercayai, lalu mereka meminta bantuan Belanda pula yang sejak 1819 lagi sudah berkuasa di pesisir. Malangnya apabila pihak Belanda cuba mengambil kesempatan untuk menjajah Minangkabau melalui bentuan yang diberikan itu, lalu Kaum Adat berpihak kepada kaum Paderi semula untuk menghadapi ancaman Belanda. Jadi perang paderi yang mulanya adalah perang saudara yang disebabkan oleh faktor agama lalu menjadi perang menentang penjajahan yang bersifat nasional.Jika pada abad ke18 timbul tentangan terhadap ajaran ‘Martabat Tujuh’ yang di anggap ajaran tasauf yang menyeleweng, maka pada abad ke 19 ini muncul pula tentangan terhadap tareqat Naqshabandiah di Minangkabau juga. Tentangan ini dilakukan pada tahun 1850 oleh Salim Bin Sami, seorang Sayid Alawiyah dari Hadramaut yang mana telah menulis sebuah risalah untuk menyanggah tariqat ini di Minangkabau yang dibawa oleh Ismail al-Khalidi. Kemudian apabila muncul Sulaiman Effendi daripada syeikh tareqat ini, tampil pula Sayyid Uthman bin Yahya menentangnya, dengan membuat saduran dalam bahasa melayu risalah Salim bin Samir tersebut. Inilah kegitan atau gerakan-gerakan awal di kalangan para ulama dalam usaha memulihkan semula ajaran Islam yang murni. Baru pada akhir abad ke 19 atau lebih tepat pada awl abad ke 20 muncul seorang ulama dari minangkabau yang berani kagi gigih dalam penentangannya kepada ajaran-ajaran yang yang dianggap menyesatkan umat Islam, khasnya dari segi aqidah dan tasauf. Beliau adalah Shaykh Ahmad Khatib Bin Abdul Latif (1855-1916) yang mempunyai hubungan tokoh perang paderi tersebut, Bagaimanapun beliau tidaklah berjuang di tanahairnya sendiri, sebaliknya beliau berjuang dari jauh di Mekah melalui surat atau karya-karyanya yang banyak dan berani. Dari segi peranannya, pertama sekali perjuangannya dalam menegakkan ajaran tawhid yang murni terbukti melalui kitab-kitabnya yang mengecam penyelewengan dan kesesatan yang dalam tasauf falsafah dan tariqat. Mengenai tasauf falsafah, beliau juga seperti Tok Shihabuddin telah menyerang ajaran Martabat Tujuh yang menyesatkan itu. Dalam masalah tariqat beliau mengecam tariqat Naqshabandiah khususnya yang mengandungi ajaran-ajaran yang menyesatkan umpamanya rabitah, zikir yang menyalahi syariat dan sebaginya. Beliau juga dalam menegakkan syariat Islam yang betul beliau telah menyerang adat Minangkabau yang lebih mengistimewakan kaum wanita khususnya dalam persoalan harta pusaka. Adapun tentang peranannya yang kedua. Iaitu pengajaran-pengajaran di mekah atas sifatnya sebagai Imam Mazhab Shafii di Masjid al-Haram di Mekah. Beliau juga berhasil melahirkan murid-murid nanti yang memainkan peranan utama dalam gerakan reformasi di Indonesia. Diantara mereka itu terdapatlah tokoh-tokoh seperti Shyakh Muhammad Jamil Jambek, Haji Ahmad Dahlan, Shyakh Tahir Jalaluddin, Haji Abdul Karim Amrullah, Haji Abdullah Ahmad, Haji Agoes Salim dan sebagainya. Diantara mereka ini yang mempunyai hubungan saudara dengan Ahmad Khatib ialah Tahir Jalaluddin dan Haji Agoes Salim di Jawa. Apa yang menariknya ialah sungguhpun mereka adalah putera Minangkabau, namun masing-masing bergerak di luar negeri dan daerah masing-masing. Shyakh Ahmad Khatib misalnya bergerak di Mekah, Shyakh Tahir Jalaluddin bergerak di Tanah Melayu dan Haji Agoes Salim di Jawa.Inilah tiga serangkai kedua selepas tiga serangkai pertama semasa perang paderi dulu.

Pergerakan Politik Islam Sebelum Merdeka di Tanah Melayu
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Pendidikan awal adalah bercorak Islam. Di Melaka kitab agama berjudul Darul-Manzum menjadi panduan.Tok Guru berperanan penting dalam proses ini. Asas rujukan utama ialah Muqaddam dan Al-Quran. Pusat pergerakannya adalah dikawasan surau atau madrasah ,masjid, dan pondok. Pada sebelum kedatangan Inggeris ini, pendidikan, undang -undang juga pentadbiran adalah di dasarkan kepada Al-Quran dan Hadith setelah kedatangan Islam. Ketika era penjajahan Inggeris, sistem pentadbiran dan undang-undang berteraskan Islam telah dimansuhkan oleh penjajah kecuali sistem pendidikan Islam "Sekolah Pondok" yang amat popular dikalangan umat Islam ketika itu. Sekolah pondok adalah institusi pendidikan tertinggi dalam sistem pendidikan di negeri-negeri Melayu pada pertengahan abad ke-19. Setelah mereka lulus, mereka boleh di lantik menjadi guru agama pula. Kegiatan sekolah pondok banyak terdapat di Kelantan, Perak, Kedah, Seberang Perai, juga di Melaka dan Negeri Sembilan tetapi bilangannya kecil. Antara ajaran atau subjek yang diajar ialah Al-Quran, dan Hadith, Tafsir, Fiqah, Saraf dan Nahu Arab, Tauhid, Akhlak, Mantiq, dan Tawarikh Islam. Peringkat yang lebih tinggi diajarkan pula Tassawuf dan Wujudiah. Oleh yang demikian, kegiatan masyarakat Melayu awal abad ke-20 sering diklasifikasikan kepada kegiatan awal bersifat keagamaan, diikuti oleh kegiatan bersifat sosio ekonomi dan politik. Kegiatan politiknya adalah diteraskan kepada penentangan terhadap penjajah melalui ideologinya yag membangkitkan kesedaran kaum Melayu. Awal abad ke-20, berlaku perubahan pemikiran masyarakat Melayu yang dipengaruhi oleh pemikiran masyarakat Islam di Timur Tengah. Pelajar tempatan yang berlajar disitu, kembali sebagai pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu. Islah ialah gerakan pemulihan yang berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadith yang bertujuan membawa kemajuan kepada umat Islam. Mereka yang berpendidikan Arab dan terpengaruh dengan Islah Islamiyah digelar Kaum Muda. Mereka menyatakan bahawa segala kegiatan yang tidak selari dengan ajaran Islam sebenarnya menyebabkan kemunduran terhadap orang melayu. Antara tokohnya, Sheikh Tahir Jalaludin dan Mohd Yunus bin Abdul Hamid. Akhbar Melayu telah diterbitkan di Singapura 1906, berjudul al-Imam. Tokoh terlibat dalam penerbitan ialah Syed Syeikh al-Hadi, Haji Abas bin Mohd Taha, Sheikh Mohd. Salimal-Khalili, dan Sheikh Tahir Jalaludin. Tujuan adalah untuk memperbetulkan yang salah, lalai, dan terpesong dari kebenaran melalui peringatan- peringatan dan menyeru kebajikan. Menyeru orang Islam kembali kepada al-Quran dan Hadith dan terima ilmu Barat yang memberi kebaikan. Penerbitan ini jelas menunjukan perjuangan Kaum Muda. Ia menyuarakan bahawa kemunduran orang Melayu disebabkan mereka tidak mengikut ajaran Islam sebenar, yang kebanyakan dipengaruhi unsur dan kepercayaan agama lain. Al-Imam menyeru golongan pemerintah agar menubuhkan persatuan bagi menyedarkan orang Melayu meningkatkan pelajaran dan ekonomi. Menggalakkan orang Melayu melanjutkan pelajaran ke luar negeri, mengguna akal dalam menentukan kebenaran terutamanya dalam penafsiran ajaran Islam dan kaum wanita diberi kebebasan pendidikan juga kegiatan masyarakat. Selain itu, terdapat penerbitan akhbar yang lain seperti Neracha, Utusan Melayu, dan Lembaga Melayu. Banyak pandangan dan kritikan Kaum Muda ditentang oleh golongan yang dikenali Kaum Tua. Kaum Muda banyak membahaskan mengenai isu-isu sosial dan agama. Juga memberi pendapat bahawa kelemahan dalam pentadbiran agama Islam menyebabkan pegawai British campur tangan dalam pentadbiran tersebut. Juga mengkritik bahawa kaedah tokoh-tokoh agama dalam pendidikannya ketika itu ketinggalan zaman. Penerbitan akhbar saudara, Pulau Pinang -1928, Semangat Islam, dan Idaran Zaman, memuatkan berita dan rencana tentang gerakan Islah Islamiyah yang disuarakan oleh Kaum Muda tadi. Penyanggahan pendapat yang diutarakan oleh Kaum Tua adalah melalui terbitan akhbarnya seperti Lidah Benar - Klang, Suara Benar - Melaka, dan majalah Panduan - Kuala Kangsar. Percanggahan ini menarik akhbar lain seperti Seruan al-Azhar yang diterbitkan oleh Ahmat Lutfi ketika menjadi pelajar di Mesir. Tulisan menyindir ulama bahawa mereka hormati orang besar kerana mengharap sesuat, serta menggunakan ayat al-Quran dan Hadith untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Pergerakan Kaum Muda disekat oleh kerajaan British kerana menganggap pergerakan mereka akan memusnahkan sistem sosial dan politik. Kerajaan British membuat peraturan di Selangor dan Negeri Sembilan 1925, Perak 1926, untuk mengenakan hukuman bagi pencetakan atau penerbitan berhubung dengan agama Islam tanpa kebenaran Sultan Dalam Majlis. Gesaan dibuat supaya Mufti atau pegawai yang dilantik, menapis segala tulisan yang berhubung dengan agama. Cadangan ini dianggap oleh Kaum Muda sebagai langkah yang menguntungkan pihak British. Oleh yang demikian, kita dapat membuat pemerhatian bahawa gerakan politik Islam sebelum merdeka adalah berkisarkan kepada peneguran dan pengkritikan terhadap terhadap aktiviti-aktiviti agama yang banyak terpesong dari ajaran sebenar yang berlandaskan kepada al-Quran dan Hadith. Gerakan politik Islam ini, telah memberi perubahan terhadap pemikiran Kaum Melayu terhadap politik negara, sosial, dan ekonomi, dan juga pemikiran terhadap semangat nasionalis dalam penentangan terhadap Kerajaan British Malaya.

Sejarah Kelahiran Parti Islam SeMalaya (PAS)
Kehadiran PAS adalah kesan daripada pengharman Hizb al-Muslim yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan Mahmud Daud Jamil pada 14hb Mac 1948, hasil dapada Kongres Majlis Agama Tertinggi malaya (MATA) di Gunung Semanggol, Perak. Matlamat Hizb al-Muslim ialah untuk memerdekakan dan kedaulatan bangsa melayu melalui pembetukan sebuah masyarakat dan negara Isalam di Malaysia. Ianya telah diharamkan oleh penjajah Inggeris pada 16hb Jun 1948. Idea-idea yang wujud dalam Hizb al-Muslim telah dibawa ke dalam PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951 hasil daripada Persidangan alim Ulama di Kuala Lumpur, Julai 1951 Di bawah pimpinan Tuan Haji Ahamad Fuad. Dasar perjuangan PAS ialah membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan British dan mengembalikan hak tersebut kepada Bangsa Melayu. Hasrat perjuangan PAS selepas mencapai kemerdekaan ialah untuk mewujudkan sebuah pemerintahan Isalam berlandaskan al-Quran dan Hadith. Oleh kerana itu PAS bekerjasama dengan parti-parti lain di Persekutuan Tanah Melayu untuk mendesak British memberikan hak pemerintahan sendiri dan merdeka. Pada bulan Ogos dan September 1953, PAS menyertai Persidangan Kebangsaan tajaan Perikatan UMNO-MCA bagi membahaskan cadangan untuk mendesak British mengadakan pilihanraya Persekutuan pada tahun 1954, iaitu sebagai langkah awal kearah pemerintahan sendiri dan merdeka. PAS telah menghantar tiga wakil iaitu Mohd Asri Haji Muda,Tn Haji Ahmad Tuan Hussien dan Ustaz Othman Abdullah. Dalam persidangan itu PAS mempertahankan pendirian politiknya iaitu Persekutuan Tanah Melayu adalah milik bangsa Melayu. Oleh kerana itu PAS membawa usul iaitu apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan Kedudukan orang melayu sebagai pemilik negeri ini yang sah tidak harus dilupakan . PAS juga meminta supaya bahasa melayu dijadikan bahasa rasmi negara secepat mungkin sebagai pengganti bahasa Inggeris. PAS juga maminta Agama Islam mestilah ditempat yang paling penting di Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka nanti. PAS juga tidak menyokong cadangan UMNO-MCA untuk menjadikan prisip Jus Soli sebagai syarat kelayakan mengundi bagi orang-orang asing. Bagi PAS orng-orng asing tidak mempunyai hak untuk mengundi kerana mereka bukan rakyat negara ini . PAS juga menolak cadangan Perikatan UMNO-MCA yang ingin kan sebuah suruhanjaya Bebas dilantik untuk mengubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Sungguhpun berbeza pemdapat berhubung dengan dengan corak kemerdekaan Tanah Melayu, PAS tidak menghianati atau penghalang usaha-usaha parti perikatan tersebut, seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu. Sehubungan dengan tuntutan kemerdekaan, Prof. Ustaz Zulkifli Muhammad, Timbalan Yang Di Pertua PAS pernah menegaskan bahawa: “Salah besar hukumnya orang Islam duduk dibawah penjajahan asing oleh orang yang tidak seagama dengannya. Sebab itu umat Islam adalah diwajibkan oleh tuhannya untuk memperjuangkan kemerdekaan bagi melepaskan dirinya dari ikatan penjajahan oleh orang-orang yang tidak seyakin dengannya. Jadi nyatalah bahawa memperjuangkan kenmerdekaan itu bagi umat Islam dan PAS sebagai parti Islam bukan sahaja merupakan satu kewajipan politik semata-mata tetapi lebih daripada itu merupakan perintah agama, perintah Tuhan yang mesti dijunjung dan dilaksanakan”. Dengan penjelasan itu juga, ternafi segala tuduhan yang pernah dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak perneh berniat baik terhadap Islam, bahawa PAS adalah parti yang menghalang kemerdekaan, sebuah parti yang tidak ingin kepada kemerdekaan dan sebagainya. Dengan tegas disini kita boleh berkata, jika parti lain juga mahu merdeka, kita sebagai parti Islam sepuluh kali mahu merdeka, kerana begitulah kehendak yang diperintahkan oleh agama kepada kita muslim. Mempunyai beberapa tujuan: i. Diwujudkan satu perikatan persaudaraan Islam membentuk suatu tenaga bersama bagi menyelenggrakan segala tuntutan-tuntutan agama Islam. ii. Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga bagi menyatukan perlembagaan dan pentadbiran agama seluruh Malaysia. iii. Memperkenalkan kepada umum bahawa Agama Islam ialah sebuah agama pergaulan dan siasah. Dalam perlembagaan PAS Pindaan 1987 menjelaskan Dasar PAS ialah Islam dan seruan PAS ialah Allah Akhbar begitu juga Tujuan dan Hukum. Di mana tujuan PAS dlam fasal 5 ialah :- i. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksanan di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah. ii. Mendukung dan mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negra.

PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)
BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SE-MALAYSIA". BAB YANG PERTAMA NAMA DAN PEJABAT YANG DIDAFTARKAN FASAL 1. Nama pertubuhan ini ialah 'parti Islam Se Malaysia' ringkasnya 'PAS' sahaja FASAL 2. Pejabat Agung PAS yang didaftarkan ketika ini ; Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Lot 2549/3, Lorong Haji Hassan, Off Jalan Batu Geliga, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. BAB YANG KEDUA DASAR DAN SERUAN FASAL 3. Dasar PAS ialah ISLAM. FASAL 2. Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR BAB YANG KETIGA TUJUAN, USAHA, HUKUM DAN KEKUASAAN FASAL 5.
Tujuan PAS ialah;
(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai hidup Islam dan hukumnya menuju keredhaan ALLAH.
(2) Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan serta kedaulatan negara. FASAL 6.
Usaha-usaha;
(1) Menyeru umat manusia kepada syari'at Allah dan Sunnah Rasulnya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
(2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
(3) Memupuk dan memperkuat ukhwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan dikalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
(4) Mengajak dan menggalak badan, pertubuhan, dan orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
(5) Menyediakan remcana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi masyarakat, bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.
(6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan, persatuan, atau pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana danselama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
(7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping nerusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
(8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
(9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan kehamornian antara kaum di dalam negara ini.
(10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa- Bangsa Bersatu dan Badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan, dan penindasan dikalangan umat manusia. (11) Melakukan ap-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan keluar.

ABIM: ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA
Latarbelakang Kelahiran ABIM Kelahiran ABIM merupakan ekoran daripada wujudnya bekas-bekas dalam PKPIM iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Di mana dari segi fungsi dan keanggotaan dalam PKPIM adalah terhad kepad peringkat pelajar dan siswa siswi Islam tanah air sahaja. Kelahiran PKPIM adalah dalam lingkungan tahun 70-an. PKPIM merupakan cabang daripada MBM iaitu Majlis Belia Malaysia dan juga sebagai pertubuhan yang mengangotai MPBM iaitu Majlis Perunding Belia Malaysia yang memainkan peranan sebagai penasihat kepda Menteri Belia. Ramai pemimpin PKPIM yang telah tamat pengajiannya di Universiti secara automatik keanggotaannya dalam PKPIM selesai. Di antaranya saudara Anwar Ibrahim, Ramli Ibrahim Kamaruddin Mohd Noor. Mereka ini mersakan mereka perlu berada dlam satu Jamaah dengan tujuan untuk memimpin mereka-mereka yang tidak dapat terlibat secara lansung dengan pertubuhan-pertubuhan Politik Tanah Air seperti kalangan pegawai-pegawai kerajaan, guru-guru dan sebagainya ke arah Islam. Maka pada tahun 1970 ABIM ditubuhkan di mana Presidenya ialah Ustaz Ghazali Nawawi dan Setiasaha Agongnya ialah saudara Anwar Ibrahim. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 1972. Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di Kuala Lumpur, dan Razali Nawawi telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang pertama bersama-sama sepuluh orang Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat. Pada tahun 1974 Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua. Siddiq Fadhil telah dilantik untuk memangku dan seterusnya menjadi Presiden ABIM selepas penyertaan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982. Muhammad Nur Manuty telah dilantik sebagai Presiden pada tahun 1991. Pada september 1997 di Alor Setar, Kedah, Ahmad Azam Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang kelima. Dalam era 70-an semasa di bawah kepemimpinan Razali Nawawi dan kemudiannya Anwar Ibrahim, ABIM lebih kepada pendekatan 'confrontational' dan 'vocal' terhadap kerajaan sesuai dengan situasi dan keperluan masa itu. Dekad kedua, di tahun-tahun 80-an semasa di bawah kepemimpinan Siddiq Fadil, merupakan era pendewasaan ABIM yang ditandai oleh perubahan orientasi dari aksi kerkonfrontasi kepada pendekatan menangani dan menyelesaikan masalah ataupun pendekatan dakwah yang lebih berhikmah. Dekad ketiga, di era 90-an di bawah pimpinan Muhammad Nur Manuty, ABIM berperanan lebih proaktif dan menjadi sebagai rakan dalam membina negara. Dalam menuju alaf baru di bawah kepemimpinan AhmadAzam Abdul Rahman, ABIM membawa tema 'Memugar Idealisme dan Menggilap Dinamika Perjuangan'.

Peranan ABIM
Di samping tugas-tugas tarbiyah terhadap anggota dan masyarakat luar menerusi usrah dan ceramah ABIM juga bergerak dalam bidang-bidang kebajikan ahlinya sehingga KBI iaitu Koperasi Belia Islam. ABIM juga berperanan Counter balance kepada MBM (Majlis Belia Islam) Hubungan Dengan Ikhwan PKPIM ada hubungan dengan IIFSO yang berpusat di Kuwait dan juga dengan WAY iaitu World Assembly of Youth. Secara tidak langsungnya kebanyakan bekas kepimpinan PKPIM apabila tamat belajar mereka terus melibatkan diri dengan ABIM. Pada tahun 1973 berlakulah hubungan terus antara ABIM dengan Gerakan Ikhwan al-Muslimin yang berpusat di Mesir. Perhubungan dalam bentuk idea dan uslub perjuangan.

Dasar Non Partism
ABIM mengmbil sikap berkecuali dari menyertai pertubuhan poitik tanah air secara tidak langung. Namun begitu pada dasarnya setiap anggotanya mesti arif dengan pergolakan dan kegiatan politik semasa. Pada tahun 1975 dalam Muktamar ABIM Kedua satu resolusi telah di buat iaitu mana-mana pemimpin ABIM yang terlibat secara tidak langsung dengan politik hendaklah meletakkan jawatannya, walau bagaimana pun dalam tahun-tahun 70-an ABIM ada membuat hubungan secara tidak langsung dengan PAS, misalnya membantu PAS dalam pilihanraya. Percantuman PAS dan Perikatan pada awal tahun 1973 yang kemudiannya menjelang pilihanraya 1974 terbentuknya Barisan Nasional adalah di tentang oleh ABIM. Menjelang pilihanraya Umum 1982 Presiden ABIM saudara Anwar Ibrahim telah melepaskan jawatannya sebagai Presiden dan mengistiharkan kemasukannya ke dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Strategi ABIM
1. Menjauhkan dari bertembung secara keras dan bermusuh dengan pihak lain.
2. Terlibat secara tidak langsung dengan dasar pendididkan Negara.
3. Menyokong dasar penerapan nilai-nilai Islam yang dibuat oleh kerajaan
4. Terlibat dengan proses pengIslaman pegawai-pegawai kerajaan.
Kesimpulan: Inilah gambaran secara sepintas lalu aktiviti ABIM dalam mengembalikan identiti umat Islam di Malaysia.

Komentar
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengesahani, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.Firman Allah Azza Wajallayang bermaksud; “ Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah S.W.T, maka tiada sesiapa yang dapat menyesatkan dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah S.W.T maka tiada siapa yang dapt memberi petunjuk”. Diruangan yang sempit dan keterbukaan kesempatan yang terbentang ini saya telah sempat mencoretkan sedikit komentar terhadap sistem pemerintahan kerajaan masa kini yang dipilih secara demokrasi tetapi memerintah secara autokratik lagi diktator, menggunakan pentas yang tak tergapai oleh mahasiswa-mahasiswa dengan menutup dan membelenggu segala keterbukaan yang sepatutnya dikecapi oleh mahasiswa di gedung yang bebas untuk meluahkan pendapat-pendapat dan kritikan, yang sebenarnya begitu ikhlas untuk memperbaiki dan memperbetulkan kecatatan dan kesilapan. Berbagai dasar yang sememangnya tidak munasabah dilemparkan kepada mahasiswa untuk kepentingan mereka yang tidak ikhlas untuk mentadbir negara. AUKU menjadi fobia dan trauma bagi mahasiswa yang lantang meluahkan pandangan. Mahasiswa kini dicop sebagai jumud oleh mereka-mereka pengecut dan bangga dengan sejarah masa silam sebelum pertabalan dasar AUKU yang mencengkam. Mahasiswa perlu diberi kebebasan bersuara kerana universiti adalah halaman yang bebas. Tulisan-tulisan mahasiswa di media masa ditapis dan dipesongkan, kononnya mahasiswa juga menyokong kerajaan sekarang. Gerakan-gerakan mahasiswa yang pro Islam dipandang negetif dianggap bersengkngkol dengan parti pembangkang. Dasar pendidikan yang lebih kepada sekulerisme yang sangat halus perancangannya tanpa langsung disedari oleh mahasiswa. Mahasiswa dibebani oleh sistem yang lebih berkiblatkan Barat bertopengkan Islam kononnya, sebenarnya menjadikan pemikiran mahasiswa sempit. Apalagi dasar-dasr itu lebih menyempitkan minda yang sememangnya sempit. Mahasiswa diasuh dari awal bahawa datang ke universiti hanya untuk mendapatkan segulung ijazah dan keluar hanya untuk bekerja. Ini lebih bersifat meterialistik. Dasar pendidikan negara sebenarnya banyak mengabaikan pendidikan rohani. Tidak menghairankan gejala-gejala yang tidak bermaruah dan masalah sosial menjalar dengan rakusnya dikalangan mahasiswa. Sudah terlalu tipis semangat keIslaman mahasiswa. Padahal inilah yang diperlukan oleh bakal-bakal intelek. Sebagai cendiakawan beriman yang berpegang kepada al-Quaran dan sunah sebagai pegangan. Dasar pendidikan seharusnya digubal bagi memantapkan keimanan. Peristiwa-peristiwa yang tercetus di Nusantara tahun 1998 dan sedang berlarutan kini sebenarnya memberi impak yang besar tehadap pergerakan mahasiswa. Pergerakan mahasiswa di Indonesia lebih berani, dan di Malaysia keadaannya berbeza, walaupun tidak selantang seperti rakan di sana semangat mahasiswa di sini telah kembali dan lebih bercirikan Islam. Pemerintahan sekarang sudah seharusnya ditukar kepada pemerintahan Islam. Sebagai seorang muslim saya lebih percaya bahawa pemerintahan Islam akan dapat memulihkan segala permasaalahan negara. Daripada sistem ekonomi kapitalis kepada sistem ekonomi 100% Islam, pemerintahan sekular kepada sistem pemerintahan persis Dizaman kegemilangan Umat Islam, zaman Rasulullah dan para sahabat yang berasaskan al-Quran dan as-Sunah. Undang-undang yang berasaskan hukum ciptaan manusia yang terlalu banyak kelemahannya kepada hukum Allah S.W.T yang Maha adil dan Maha Bijaksana yang telah termaktub dalam al-Quran. Keadilan Islam telah jelas diperaktikkan dan diaplikasikan oleh pemerintah-pemerintah Islam yang mahsyur dalam sejarah Islam. Berhentilah daripada mengkagumi tokoh-tokoh Barat yang tidak beriman dan banyak mencabar Allah S.W.T. Oleh itu, Parti Islam Se Malaysia merupakan alternatif terbaik bagi rakyat Malaysia untuk menukar sejarah dan membuang khurafat orang melayu seperti mana yang telah diungkapkan oleh Presiden PAS iaitu Ustaz Fadzil Mohd Nor dimana kata-kata berbunyai : “ Khurafat (kepercayaan karut) terbesar yang berada dalam pemikiran orang melayu adalah UMNO sajalah yang mampu menyelamat dan memimoin bangsa Melayu, maka sudah sampai waktunya khurafat ini mesti di hakis melalui proses pilihanraya yang akan datang”. Melihat kepada senario kini, peralihan tampuk pemerintahan akan bertukar kepada PAS. Hampir kesemua rakyat dipelosok negara dapat melihat ketidakadilan yang terserlah diperlihatkan oleh pihak pemerintah negara sekarang. Bersatunya kesemua NGO lebih kepada memantapkan reformasi peralihan kerusi pemerintahan. Sistem perundangan tercemar akibat kerakusan pemimpin yang mementingkan kepentingan puak yang terlibat. Reformasi terhadap pemerintahan haruslah digarap dari semua warganegara Malaysia. Pihak belia, remaja dan kanak-kanak harus disedarkan betapa pentingnya islah tampok pemerintahan. Berbalik kepada tajuk “pergerakan politik Islam selepas merdeka” . Apabila dikatakan Islam mereka yang jiwanya telah selaputi noda, Pasti resah dengan kebangkitan Islam. Islam Pasti akan bangkit, mereka yang memperjuangkan Islam Pasti akan menerima pelbagai cabaran dan dugaan yang maha dahsyat dari musuh-musuh Islam samada secara tersembunyi atau terang-terangan. Renungilah ayat 71 surah an-Nisa’ yang bermaksud: “Pada hari khiamat kami (Allah) akan memanggil seluruh manusia bersama pemimpin-pemimpin mereka”. Ayat menyatakan bahawa pemimpin dan rakyat atau orang yang dibawah jagaannya sangat memerlukan antara satu sama lain hatta di hari penghisaban kelak. Pemerintah yang terbaik adalah mereka yang dapat membawa orang yang dibawahnya untuk masuk ke syurga. Pemimpin itu adalah pemimpin yang bertakwa kepada Allah dan dalam Islam pemimpin yang tertinggi adalah pemimpin yang tinggi takanya disisi Allah. PAS adalah parti yang diketuai oleh ulamak dan saf kepimpinannya adalah terdiri daripada ulamak. Jika diteliti hadith nabi yang bermaksud: “ Ulama adalah pewaris nabi” dan “ Ulama’ memegang amanah rasul” bahawa PAS telah membawa dasar kepimpinan yang sebenar disisi Allah dan mengikut jejak nabi, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang kamu, sehingga ia merasa cenderung (setuju) kepada apa yang telah aku sampaikan” (HR Tarmizi) oleh sebab itu tanpa ragu-ragu PAS harus di tabalkan sebagai teraju tampok pemerintahan. Tiada ubat yang mujArab untuk mengubati penyakit diktator ini melainkan kembali kepada perauran syura dan nasihat-menasihati yang dibawa oleh Islam di samping beberapa peraturan lain yang wujud dalam sistem demokrasi moden. Sheikh Khalid Muhammad Khalid, seorang yang memperjuangkan demokrasi dan kebebasan pernah menulis sebuah rencana di khbar Al-Ahram pada 24 Jun 1985. Rencana itu berkisar tentang amalan syura dimana beliau berpendapat bahawa sistem syura ialah demokrasi yang dilaungkan hari ini. Tulisan ini menolak dakwaan Dr. Yusuf Idris yang berpendapat sebaliknya. Pada tahun 1986 pula beliau menulis dalam akbar Al-Wafd sebuah rencana yang mengajak golongan ala Islam yang mengiktiraf sistem demokrasi. Beliau turut menggariskan beberapa asas dan unsur penting bagi konsep ini. Antaranya beliau menyebut:
1. Ummah adalah sumber kuasa.
2. Ummah berhak menghukum pemerintah.
3. Ummah mempunyai hak menentukan ketua atau presiden.
4. Ummah juga menentukan barisan perwakilan.
5. Wujudnya barisan pembangkang yang kukuh dan berani serta berupaya menjatuhkan kerajaan yang menyeleweng
6. Kepelbagaian parti-parti iaitu bukan sistem satu parti.
7. Wujudnya kebebasan akhbar dan tarafnya perlulah ditingkatkan. Maka kesedaran dan tarbiyah dikalangan rakyat, pemahaman bahawa sesungguh pilihanraya dalah satu bentuk penyaksian. Penyaksian tidak harus disembunyikan dan dicuaikan. Allah berfirman, maksudnya: “…dan jangan pula para saksi engan memberi keterangan bila dipanggil…” al-Baqarah:282. Firmannya lagi maksudnya “Jangan kamu menyembunyikan penyaksian. Berdosalah hati sesiapa yang menyembunyikannya. (al-Baqarah:283). Orang ramai perlu peka bahawa seseorang yang memberi undi kepada calon yang tidak soleh atau mengudi seseorang sedangkan pada masa yang sama terdapat calom yang lebih baik, amanah dan berilmu, maka ia juga dianggap pengkhianatan kepada Allah, Rasul dan seluruh orang-orang beriman.

Rujukan
1. Kamus dewan Edisi Baru,1992, DBPKPM Kuala Lumpur m/s 977
2. Fatwa Masa Kini, Jilid 7 dan 8, Dr Yusuf Al-Qardawi, Pustaka Slam Sdn Bhd.
3. Erakan Islah di Perlis, Sejarah dan Pemikiran, Abdul Rahman Haji Abdullah, Penerbitan Pena Sdn Bhd.
4. Politik Islam dan Pemerintahan, Dr. Abu Al-Maati Abu Al-Futuh (Terjemah oleh Mohd Akhir Yaacob) Penerbitan Hizbi.
5. Perlembagaan Parti Islam Se Malaysia, (Pindaan 1993). Pejabat Agung PAS.
6. Majalah Tamadun: Julai 1997, Januari 1999. Penerbitan Muttaqin.
7. Budi Luhur: 125 hadis dan kata-kata hikmah. Jasmine Enterprise.
8. Harakah.
9. Pemikiran Islam Semasa. Zulkarnain Yusuff: Kordinator Tamadun Islam, Pusat Pendidikan Islam ITM, Shah Alam
members.fortunecity.com