KISAH SUAMI ISTERI DI BULAN PUASA..
Ada sepasang suami isteri, baru jua berkahwin, menjalani puasa firsttime as a couple. Hendak dijadikan cerita, mereka ni pun bergaduh entah pasal apa.
Si suami pun dengan merajuk nya bagi cold shoulder pada si isteri tak mahu bercakap dengan isterinya. Jadi malam harinya ia pun menulis nota untuk si isteri: ~"Sahur nanti bangunkan abang"~ dan diletak / simpan dekat dengan tempat tidur isterinya.
Apabila si suami ni bangun, hari sudah pun siang dan dia mendapati ada sekeping nota dengan tulisan isterinya: ~"Bang, bangun bang, makan sahur." ~
IMAM & 3 ORANG SAHABAT...
Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yg suka melepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar 3 orang sahabat tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah 3 orang sahabat tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah lah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jugak lagi.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..." Tok imam pun terkedu dan terpana...
SOLAT MAGHRIB.
Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat.
setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. “yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni” “takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan..
seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir…lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. “bismillahirrahmanirrahim…” seman pun turut membaca bismillah dengan lantang… “bismillahirrahmanirrahim…” aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik..
lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. “ish! gila ke menantu aku ni??” pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim.
pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. “seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?” “ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari..”
lawak pendek: AWEK ORANG BUTA
Dikisahkan..seorang buta bertanya kepada.. aweknya yang sedang memimpin tangannya. " Sayang..betul ker sayang nie ikhlas..!!? " Lantas..aweknya menjawab.. "Tentulah..saya sayang awak tau..!!" Kemudian, aweknya pula bertanya.. " Awak rasalah.. saya nie..cantik tak?" Kemudian, si buta menjawab.. " Saya tahu..kalau awak nie cantik tentulah awak takkan pilih saya yang buta nie sabagai pasangan..ehehe!!"
Monday, September 7, 2009
LAWAK BULAN PUASA
Posted by ~yatie~ at 9:14 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment