? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 28, 2010

PERILAKU ORANG KAFIR



Bernama.com
Malaysian National News Agency

Kepala Babi Hutan Dijumpai Di Dua Masjid Di Petaling Jaya

January 27, 2010 15:02 PM
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Empat kepala babi hutan yang dibungkus dalam empat beg plastik beras ditemui di dua masjid di Petaling Jaya selepas solat Subuh awal pagi Rabu.

Dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron, manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.

Jarak kedua-dua masjid adalah kira-kira dua kilometer.

Timbalan Nazir Masjid Jumhuriyah, Rasbollah Zainal, berkata bungkusan itu ditemui oleh jemaah pada 6.30 pagi Rabu selepas selepas solat Subuh.

Mereka menyangka kedua-dua bungkusan itu mengandungi bayi yang mungkin dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, tetapi apabila siak masjid yang dikenali sebagai Redzuan, 55, membuka kedua-dua bungkusan itu, ia didapati berisi kepala babi hutan, katanya kepada pemberita semasa lawatan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan ke masjid itu pada Rabu.

Rasbollah berkata orang yang meletakkan bungkusan itu mungkin mengetahui selok belok masjid itu kerana pintu masuk belakangnya terlindung dan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

"Di hadapan pintu masuk masjid ini ada kamera CCTV tetapi di bekalang tidak ada, dan orang yang menghantar ini mungkin membuat kajian terlebih dahulu tentang masjid ini," katanya.

Musa pula berkata tindakan menghantar kepala babi itu adalah perbuatan tidak bermoral yang bersifat provokasi.

Beliau memberi amaran bahawa polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.

"Jangan sekali-kali bermain dengan api dengan menggunakan isu sensitiviti agama sesuatu kaum. Kita minta supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi, dan biarkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenai insiden ini," katanya.

Musa berkata beliau telah mengarahkan anggotanya memantau masjid-masjid di sekitar kawasan tersebut agar insiden yang serupa tidak berulang.

Katanya keempat-empat kepala babi hutan dihantar ke Jabatan Forensik untuk siasatan lanjut.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Dearah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed.

Khalid yang bercakap kepada pemberita di Kuala Selangor kemudiannya, berkata polis akan mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa penduduk dan masjid di sekitar Taman Datuk Harun dan Kampung Medan bagi memberi penerangan dan mententeramkan keadaan.

"Penduduk perlu diberi penerangan mengenai insiden itu dan berbincang sesama mereka supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku memandangkan Taman Datuk Harun dan Kampung Medan merupakan satu kawasan sensitif," katanya.

Beliau juga berkata polis telah mengambil wang kertas yang ditemui di situ bagi mengesan sama ada terdapat cap jari yang boleh membantu siasatan.

Khalid berkata mereka yang melakukan perkara itu sengaja memilih kawasan Taman Datuk Harun untuk mengapi-apikan penduduk di situ.

Beliau berkata Jabatan Perpaduan Negara akan juga mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua masyarakat di situ esok untuk membincangkan masalah itu dan mengenai rondaan Rukun Tetangga bersama anggota polis pada sebelah malam.



-- BERNAMA

0 comments: