? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, August 28, 2009

BULAN UMAT ISLAM MELAKUKAN IBADAH PUASA


APA ADA PADA PUASA ?

Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam. Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim.

Apa yang ada pada puasa hingga dipilih ALLAH untuk masuk senarai rukun Islam? Mula-mula orang yang ingin pada Islam disuruh buat pengakuan dan kesaksian keyakinannya pada ALLAH dan Rasul:

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."

Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan melalui sembahyang. Berbagai ikrar, janji dan harapan kita bisikkan kepada ALLAH sewaktu sembahyang demi membuktikan kita taat tunduk (rukuk dan sujud) kepada-Nya. Menyatakan kerelaan fizikal dan mental kita menyerah diri kepada ALLAH. Menajamkan rasa kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa berTuhan di dalam jiwa.

Ibadah puasa jatuh nombor ketiga iaitu selepas ibadah sembahyang. Maksudnya, selepas membuat pengakuan taat setia, maka kita diuji dengan suatu perintah aneh iaitu puasa. Kita tidak dibenarkan makan disiang hari selama sebulan sekalipun lapar dan makanan ada di hadapan mata. Ertinya ALLAH mahu mendidik kita untuk susah, berletih lesu, menahan keinginan pada sesuatu sekalipun ia ada di hadapan mata. Bukankah itu aneh? Orang yang jahil dan kurang faham akan menganggap ia sebagai suatu penyiksaan dan bebanan lantaran itu berlalunya Ramadhan disambut dengan riang. Apa sebenarnya yang ALLAH kehendaki dari puasa?

Menahan keinginan terhadap sesuatu yang kita ingini adalah sesuatu yang perlu dan penting. Istilah kecewa atau frust lahir dari seseorang yang tidak dapat menahan hati dari keinginan yang tidak tercapai. Dan kecewa adalah penyakit lumrah dalam masyarakat kini . Terkadang penyakit kecewa boleh membawa manusia kepada pelbagai lagi penyakit-penyakit jiwa yang lain.

Dan ini akan terus berlaku sebab kehidupan manusia selalunya terlalu banyak Keinginan-keinginan yang tidak tercapai. Walau betapa bijak, kaya dan berkuasa seseorang itu, dia tentu tidak dapat menolak taqdir ALLAH. ALLAH sudah tentukan bahawa tiap manusia itu akan diuji.

Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan yang merbahaya. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan yang meminta agar kita dapat berlaku sabar. Di dalam menunaikan perintah-perintah ALLAH, di dalam menghadapi musibah dan kesabaran yang paling utama
adalah bersabar di dalam meninggalkan larangan-larangan ALLAH lahir dan bathin. Imam Bukhari
ketika bermunajat dengan ALLAH berbisik-bisik:-
"Bukan aku tidak sabar dengan ujian-Mu ya ALLAH, cuma hendak mengadu pada Mu, tempat aku kembali nanti. Memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah."

Begitulah seharusnya hati orang Mukmin tatkala berhadapan dengan persoalan hidup. Mereka tunduk dan patuh kepada kehendak ALLAH kerana merasakan segala-gala yang berlaku adalah dengan keizinan dan kemahuan ALLAH. Malah mereka memuji-muji ALLAH kerana Maha Bijaksana dan Maha Adil-Nya melakukan kejadian itu. Kalau ujian berupa nikmat, mereka bersyukur bersama airmata kesyukuran dan kalau berupa kesusahan,
mereka bersabar dan redha bersama airmata kesabaran.

UNTUK TUJUAN INILAH PUASA ITU DIPERINTAHKAN. ALLAH
TENTUKAN KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH PERGILIRAN NIKMAT
DAN UJIAN. DAN KEBAHAGIAAN SEBENAR IALAH PADA MEREKA
YANG BOLEH BERSYUKUR DAN BERSABAR. SEBAB ITU ALLAH
MAHU DIDIK MANUSIA KE ARAH ITU.

Bila kita berpuasa bererti kita mengajak diri kita
bersabar terhadap keinginan kerana ALLAH, bukan kerana
lain-lain. Dan kalau ini dilatih, dibiasakan selama
sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa untuk
bersabar, untuk patuh menanggung kesusahan kerana
ALLAH.

Jiwa yang apabila berhadapan dengan kejadian yang malang, kecewa, hampa, susah dan kegagalan akan tunduk dan sabar dengan ALLAH, kerana ALLAH. Kita boleh berikhtiar untuk elakkan kemalangan itu tapi bukan dengan hati yang panas, marah-marah dan memberontak. Sebaliknya kesabaran menghadapi ujian semakin meningkatkan rasa kehambaan di dalam hati kerana merasakan lemahnya dia untuk menolak taqdir dan kuasa
ALLAH. Inilah jiwa yang tenang.

Seseorang yang merasakan puasanya selama ini tidak membuatkan jiwanya mahu bersabar dengan keinginan yang tidak tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah dengan orang yang tidak berpuasa. Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan ALLAH dan sesama manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana sabda Rasulullah;

"Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga."
Kita berlindung dengan ALLAH daripada kerugian demikian.

Wassalam.
ORANG2 YANG BENAR2 BERPUASA
akan terlatah oleh perbuatannya seperti

Penyabar mudah tersenyum
Pemurah
Hilang sifat dengki dan iri hati
Hilang sifat cemburu
Hilang sifat sombong
Rajin, badan sihat, terhapus sifat malas
segala anggota tubuhnya akan memberi isyarat2 yang baik2

SELAMAT BERPUASA




Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan
berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan
tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu
lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah
Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau,
ini sudah dikira beramal Al Qadar

2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang

- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

CARA SAMBUT HARI RAYA

Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.
Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka . Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.

Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya

Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....

Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan.

Wallahua'llam.

SELAMAT BERPUASA

Thursday, August 27, 2009

BULAN KEMERDEKAAN


MERDEKA!!! MERDEKA!!!MERDEKA!!!

PEJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN

Konsep kemerdekaan membawa pelbagai pengertian begantung kepada pendekatan yang di gunakan untuk mentafsirkannya. Secara umumnya kemerdekaan membawa maksud BEBAS. Bebas daripada konkongan atau cengkaman sesuatu. Apabila seseorang itu dikatakan merdeka, beliau bebas untuk memilih cara gaya sendiri dan tidak lagi dikuasai orang lain dalam tindak tanduknya. Bagaimanapun, pada hakikatnya kemerdekaan sebenar bukanlah bermaksud sedemikian. Seseorang yang merdeka semestinya juga tertakluk kepada peraturan2 yang telah di tetapkan oleh masyarakat.

Sementara kemerdekaan sesebuah negara itu biasanya dikaitkan dengan kebebasan daripada cengkaman penjajah. Rakyat sebuah negara merdeka mengatur dan memilih corak kehidupan yang mereka suka dan membangun tanpa terikat kepada negara lain. Khasnya kepada negara yang pernah menjajahnya. Negara tersebut mempunyai pemerintahan dan perlembagaan sendiri tanpa bergantung kepada negara lain. Secara khususnya Malaysia yang merdeka telah memilih corak dan sistem pemerintahan yang berdasarkan demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan dan sistem ini didasarkan kepada konsep federalisme.

Pada kebiasaanya, kemerdekaan dicapai berlandaskan kepada semangat kebangsaan. Semangat kebangsaan merujuk kepada taat setia dan perasaan cintakan tanah air (negara) keinginan melihat kemajuan, keamanan dan kemakmuran negara, dan kerelaan untuk berkorban demi mempertahankan negara. Dengan adanya semangat tersebut, rakyat sanggup berjuang untuk mempertahankan tanah air mereka daripada dijajah. Semangat kebangsaan merupakan penggerak dan daya tahan untuk rakyat berjuang menghalau penjajah.

PERJUANGAN BERDARAH UNTUK KEMERDEKAAN
Sejarah menunjukkan bahawa rakyat negara ini sanggup berjuang dan berkorban nyawa dalam usaha menghalau penjajah dari tanah air. Setiap penjajah yang cuba menguasai tanah dan kehidupan rakyat negara ini telah ditentang.

Penentangan terhadap penjajah Siam
Penentangan terhadap penjajah Portugis
Penentangan terhadap penjajah Belanda
Penentangan terhadap penjajah Inggeris


Tentangan daripada Penduduk Tempatan

Penentangan di Naning
Penentangan di Selangor
Penentangan di Perak
Penentangan di Negeri Sembilan
Penentangan di Pahang
Penentangan di Sarawak
Penentangan di Sabah
Penentangan di Kelantan
Penentangan di Terengganu
Penentangan terhadap penjajah Jepun


PERJUANGAN KEMERDEKAAN MELALUI SEMANGAT KEBANGSAAN

Pengaruh Luar
Perjuangan melalui karya

ANTARA AKHBAR2 TERAWAL

1906 Al-Imam – Syed Syeikh al-Hadi
1928 Saudara – Syed Syieikh al-Hadi
1935 Majlis – Abdul Rahim Kajai
Warta Malaya
1938 Utusan Melayu
Warta Sarawak

PERJUANGAN MELALUI PERSATUAN

1926 Kesatuan Melayu Singapura – Eunot bin Abdullah
1938 Kesatuan Melayu Selangor – Tengku Ismail Tengku Mohd. Yassin
1937 Kesatuan Melayu Perak – Wan Mohd. Nor Wan Nasir
Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Kelantan
1930 Persatuan Melayu Semenanjung
1938 Kesatuan Melayu Muda (KMM) – Ibrahim Yaacob
Dikalangan orang Cina, semangan kebangsaan mereka di dasarkan kepada pergolakan yang berlaku di Negeri Cina.
Bagi orang India, mereka menumpukan kepada perkembangan politik di India.
1949 - Tan Cheng Lock. Bagi orang cina yang di lahirkan di Tanah Melayu dan negari2 selat, mereka menubuhkan Strait Born Chinese British Association untuk menunjukkan kesetiaan mereka pada tanah melayu.
1937 – Dr. Soosay, CIAM menubuhkan persatuan belia India untuk menjaga kepentingan masyarakat keturunan India.

PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN SELEPAS PERANG DUNIA KE 2

1945 Kesatuan Malaya (Malayan Union)
Tentangan terhadap Malayan Union
1. Kedaulatan raja2 Melayu tergugat
2. hak keistimewaan orang melayu akan terhapus
3. orang2 melayu tidak suka dengan cara peras ugut yang digunakan oleh Harold Mac Michael ketika mendapatkan persetujuan raja2 melayu.

4 Mac 1946 Kongres Se Malaya yang di pengerusikan oleh Datuk Onn telah mengadakan mesyuarat tergempar di Kuala Lumpur yang di hadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu dan menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

PERJUANGAN KEMERDEKAAN MELALUI PERUNDINGAN

Tentangan oleh PUTERA AMCJA – Tan Cheng Lock
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) – Dr. Burhanuddin Helmi
1946 - Angkatan Wanita Sedar (AWAS) – Shamsiah Fakeh
1930 Parti Komunis Malaya
1946 - Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
1946 - Malayan Indian Congress (MIC)
1949 - Malayan Chinese Association (MCA)
1951 - Parti Malaya Merdeka – Onn Jaafar
1951 – Parti Islam Se Malaya (PAS)
1952 – Parti Perikatan

RUNDINGAN KEMERDEKAAN

Januari 1956 Tuanku Abdul Rahman mengetuai satu rombongan ke London.

PENGISYTIHARAAN KEMERDEKAAN

Tarikh kemerdekaan Tanah Melayu di tetapkan pada 31hb Ogos 1957 dan di Istiharkan di Padang Bandar Hilir Melaka sekembalinya Tuanku dari London.
Penurunan bendera Union Jack di Padang Kelab Selangor.
Yang di Pertuan Negeri Sembilan dilantik sebagai Yang di Pertuan Agong Pertama

GENERASI SEKARANG SEMESTINYA DAPAT MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL DAN TIDAK MENGUNGKIT APA YANG TELAH DI PERSETUJUAI BERSAMA DEMI KEAMANAN BERSAMA. HANYA DENGAN USAHA2 YANG GIGIH SAHAJA RAKYATNYA DAPAT MELETAKKAN NEGARA INI SEBAGAI NEGARA YANG BENAR2 MERDEKA DAN BERDAULAT SERTA DI SEGANI DAN DI HORMATI DI MATA DUNIA.



Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah. Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita.

Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha)

Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM)

KMM ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Antara pemimpinnya adalah; Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy

Semasa perang dunia ke-2, (1942 – 1945) Jepun telah menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941 dan KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA).

Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM kerana perjuangan kemerdekaan Malaya.

Selepas tamat peperangan dunia pertama dan berundurnya Jepun dari tanah Melayu satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

PKMM Ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA dan benderanya ialah MERAH-PUTIH.

Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.

Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir

PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya

1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.

2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.

4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.

5.Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.

6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.

7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.

8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8.Kesatuan Opera Melayu.

9.Persatuan Pemandu Teksi.

10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya(MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA.

Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL.

HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.

Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai Umno), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, telah menolak perlembagaan rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.

Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar.

British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.

SEKIRANYA VIDEO KLIP INI TIDAK DAPAT DI AKSES SEPENUHNYA SILA LAYARI 10 TAHUN SEBELUM MERDEKA - http://10tahun.blogspot.com/

-BuletinOnline-


KENAPA KENA SAMBUT MERDEKA?

1. Untuk mengingatkan manusia pasca sekarang tentang perihal soldadu yang putus kaki, putus tangan, putus badan dan putus nyawa demi menuntut kemerdekaan.

2. Mengingatkan tentang berapa ramai rakyat Tanah Melayu yang dipancung, dibunuh, dirogol, dibakar dan dinyahkan haknya di atas bumi sendiri.

3. Mengingatkan tentang payahnya menyambung nyawa dengan sedikit bekalan ubi sebagai alas perut.

4. Mengingatkan tentang peritnya bila hasil bumi kita sendiri digali dan dibawa balik ke tempat asing sedangkan kita sendiri dibayar dengan harga sepuluh sen sehari suntuk.

5. Mengingatkan tentang betapa ramai peribumi yang sanggup khianat pada tanahairnya dan menjadi tali barut bangsa asing demi untuk hidup selesa.

6. Mengingatkan tentang gelisahnya ibubapa menyembunyikan anak gadisnya di dalam tempayan dan menyapu mukanya dengan arang hitam semata-mata untuk mengelakkan dari bangsa asing bernafsu padanya.

7. Mengingatkan tentang perwira-perwira yang telah dinafikan keperwiraannya kerana manusia pasca kini lebih suka dan damba pada perwira khayalan bangsa luar.

8. Mengingatkan tentang manusia pasca kini yang senyap-senyap telah dijajah semula tanpa sedar melalui perkara yang lagho dan melalaikan.

9. Mengingatkan tentang berapa banyak harta kita yang telah dilaburkan demi menjana ekonomi negara luar yang sememangnya ralit mengintai kelemahan kita sehingga kini.

10. Mengingatkan kita tentang betapa tulinya pengikut-pengikut setia parti yang lebih suka berpecah-belah dan berpuak-puak hanya kerana fahaman yang berlainan dan tidak mahu bersatu-padu menyembunyikan kelemahan kita sendiri.


LAGU RAKYAT

Den dapek den pogang terigo
Den tembak seekor ayam donak
Den bori kepada sajan mejo
Den dapek pangkat last kopral

Duo taun tigo boleh ari jopun datang memorintah negori
Ramai Rakyat yang bongkak kaki
kerano makan robus ubi....

Monday, August 17, 2009

POLIGAMI SUATU KEHARUSAN BERSYARAT


Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan Undang-undang

Pendahuluan

Fitrah untuk hidup secara berpasangan merupakan satu lumrah kehidupan manusia. Bagi memenuhi dorongan biologi ini umat Islam terikat dengan peraturan perkahwinan yang berteraskan syariat. Perkahwinan bahagia berteraskan kasih sayang dan kemesraan menjadi motivasi dan penggerak ke arah kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat. Sebaliknya perkahwinan yang retak akan menghasilkan simpton-simpton ketidakteguhan peribadi yang membawa kesan negatif bukan sahaja kepada diri bahkan juga masyarakat.

Perkahwinan secara mudahnya boleh diklafikasikan kepada dua bentuk yang utama iaitu monogami dan poligami. Monogami ialah perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan, manakala poligami merupakan perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa orang wanita pada satu-satu masa.

Artikel ini akan memfokuskan kepada isu poligami kerana ia sering menimbulkan pro dan kontra di dalam masyarakat termasuk di kalangan umat Islam. Kaum lelaki mendabik dada mendakwa poligami sebagai hak mereka, manakala kaum wanita pula berkeras enggan dimadu dengan berbagai-bagai alasan. Lantaran itu topik ini cuba digarap dengan melihat konsep poligami mengikut hukum syarak dan perlaksanaannya mengikut undang-undang syariah di Malaysia.

Poligami Menurut Islam Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan kehendak manusia dalam hidup berpasangan. Berasaskan kepada keadaan inilah Islam membenarkan poligami yang merupakan amalan masyarakat turun temurun sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Bagi memastikan amalan poligami secara yang lebih adil dan dapat menjamin kesejahteraan hidup ummah seluruhnya, Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu yang menghadkan amalan yang bebas sebelum ini dan mengambil jalan pertengahan yang lebih wajar. Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin dengan lebih dari seorang perempuan tetapi tidak melebihi empat orang.

Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3 :



Mafhumnya :

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hambahamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.



Menurut Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988), poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. poligami hanya merupakan perkara harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat. Jelasnya di sini walaupun bahasa yang digunakan di dalam ayat di atas berunsur perintah, ia bukanlah membawa kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini.

Syarat Poligami

1. Berkemampuan Untuk Menanggung Nafkah Isteri-isteri Suami berkewajipan menanggung nafkah isteri zahir dan batin tidak kira sama ada dia mempunyai seorang isteri atau lebih. Nafkah zahir yang dimaksudkan di sini ialah dari aspek makan-minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah batin pula ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks kepada isteri. Di dalam Mazhab Syafi’e, terdapat dua pendapat mengenai kadar pemberian nafkah kepada isteri iaitu :

i. Melihat keadaan suami sahaja tanpa mengambil kira keadaan isteri,
ii. Melihat keadaan kedua-dua suami dan isteri iaitu dinilai menurut kesanggupan suami dan perlu diberi menurut keadaan isteri.

Dalam hal ini pendapat kedua adalah lebih sesuai dan menepati konsep keadilan memandangkan dalam banyak keadaan seseorang suami itu mempunyai isteri yang datang dari berbagai-bagai status kedudukan yang berbeza. Abu al‘Aynayn dalam buku al-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam berpandangan bahawa sebarang penambahan boleh diberikan kepada salah satu isteri dalam soal pemberian nafkah. Walaupun begitu ia tidak boleh diamalkan jika boleh membawa kepada perselisihan dan tidak puas hati di antara isteri.

2. Berlaku Adil Kepada Isteri-isteri
Menurut Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini wajib dijelmakan di dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah yang melibatkan beberapa aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir. Perasaan dan kasih sayang pula tidak termasuk di dalam tuntutan keadilan kerana ianya di luar kawalan manusia dan bersifat relatif. Walaupun begitu suami tetap dilarang daripada menzahirkan secara jelas tentang perbezaan ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’, ayat 129 :



Mafhumnya :

“ Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Oleh itu janganlah kamu cenderung (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti tergantung (di awang-awangan). Jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

2.1. Adil Dalam Menyediakan Kediaman Sebagaimana pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal isteri baik dalam keadaan monogami atau poligami. Apabila berpoligami, kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di kalangan isteri. Menurut ‘Abd al-Nasir Tawfiq al-‘Attar dalam bukunya Ta’addud al-Zawjat min al-Nawahi al-Diniyyah wa al-Ijtima’iyyah wa al-Qanuniyyah, pengasingan ini bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang mana tidak semestinya disediakan sebuah rumah untuk setiap isteri bahkan dibolehkan juga disediakan bilik-bilik berasingan dalam satu rumah yang sama.
Walaubagaimanapun dari segi psikologi, menempatkan ister-isteri dalam rumah
yang sama akan memudahkan mereka berselisih faham yang boleh melukakan
perasaan.

2.2. Adil Dalam Giliran Bermalam

Suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil di antara isteriisterinya tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda, isteri tua dan sebagainya. Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain. Walaubagaimanapun ‘Abd al-Nasir Tawfiq al-‘Attar berpandangan kelonggaran boleh diberikan pada malam-malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diqadha balik kepada isteri tua. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Anas r.a. dengan katanya :



Mafhumnya :

“ Di antara sunnah ialah apabila seorang lelaki berkahwin dengan anak dara lalu dia bermalam dengannya selama tujuh malam. Sekiranya janda, selama tiga malam ”.

(Riwayat Muslim)


Di samping itu keadilan dalam giliran malam ini masih juga relatif sifatnya dan perlu dinilai mengikut situasi seseorang isteri. Ia boleh dilonggarkan apabila ada kerelaan daripada mana-mana isteri tersebut. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang diriwayatkan dari al-Bukhari :



Mafhumnya :

“ Sawdah telah memberikan giliran beliau kepada Aisyah dan Rasulullah telah bermalam bersama Aisyah dengan giliran beliau dan Sawdah ”.

2.3. Adil Dalam Musafir
Munurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteriisteri sekiranya beliau menginginkan salah seorang dari mereka menemaninya bermusafir. Dengan itu suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Berbeza keadaannya jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri, suami wajib mengqadha giliran bermalam kepada isteri yang tidak memperolehi haknya pada masa musafir tersebut. Perkara berkenaan undian ini disebut oleh Aishah r.a. menerusi hadis riwayat al-Bukhari



Mafhumnya :

“ Nabi SAW apabila keluar bermusafir, baginda akan menjalankan undian di antara isteri-isterinya ”.

Bagaimanapun mazhab Hanafi berbeza pandangan dalam hal ini dengan mengatakan suami tidak wajib membuat undian untuk memilih isteri yang menemaninya ketika musafir.

Poligami Dalam Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia

Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984. Menurut seksyen 23(3) AUKI 1984, permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan. Akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa perkahwinan poligami ini patut dan perlu, keadaan kewangan suami dengan memberi butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan serta bilangan tanggungan termasuk orang yang akan ditanggungnya berikutan dengan perkahwinan baru yang dicadangkan. Selain dari itu pemohon juga kena menyatakan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isteri telah diperolehi mengenai perkara tersebut.

Mahkamah dalam memberi pertimbangan akan mengambil kira empat syarat
kebenaran untuk berpoligami sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen
23(4) AUKI 1984, iaitu :

1. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.

2. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.

3. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri
mengikut kehendak hukum syarak.

4. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie
kepada isteri.

Persoalan sama ada keempat-empat syarat di atas perlu dipenuhi kesemuanya dalam satu-satu permohonan telah diputuskan dalam kes Aishah lwn Wan Mohd Yusof, [1990] 3 MLJ 1x dan [1991] JH VII, yang dibicarakan dalam Jawatan Kuasa Rayuan Mahkamah Syariah Selangor. Hakim membuat keputusan bahawa keempat-empat syarat yang disebut di bawah Sek. 23(4) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor adalah sama pentingnya dan hendaklah dibuktikan berasingan oleh pihak suami.

Perkara sama juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Ulang Bicara Selangor dalam kes Rajamah lwn Abd Wahab, [1990] JH 171. Oleh sebab suami gagal membuktikan bahawa dia dapat memenuhi kesemua syarat dan keperluan dalam Sek 23(4) tersebut, Mahkamah menolak permohonan suami untuk berpoligami.

Hakikatnya syarat yang dikenakan dalam undang-undang bukan bertujuan untuk mengharamkan poligami kerana mengharamkannya bertentangan dengan hukum syarak. Namun ia dijadikan sebagai satu mekanisme untuk mengawal kaum lelaki daripada menyalahgunakan keharusan berpoligami sesuka hati mereka. Sebagai pengiktibaran yang paling baik dapat dilihat dalam kes Ruzaini lwn Nurhafizah, [2002] JH 79 memperlihatkan bagaimana adilnya hakim dalam membicarakan kes permohonan berpoligami. Walaupun mendapat keizinan dari isteri untuk berkahwin lagi satu, mahkamah tetap tidak meluluskannya kerana sangsi dengan kemampuan suami untuk berlaku adil dengan kedua-dua isteri dan tanggungan.

Seterusnya bagi mengelakkan penganiayaan terhadap wanita, AUKI 1984 juga memperuntukkan penalti bagi lelaki yang tidak memperolehi kebenaran Mahkamah tetapi tetap juga berkahwin lagi secara poligami. Seksyen 123 menyebut bahawa lelaki yang berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah adalah melakukan kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Namun begitu, bilangan lelaki yang berkahwin poligami tanpa kebenaran mahkamah terus berlaku dan lebih banyak berbanding yang dilakukan mengikut prosedur mahkamah syariah. Contoh terbaru ialah perkahwinan di antara Datuk Noridan Spee Yee dan Siti Insiah Abdul Wahab yang dilakukan di Thailand seperti yang dilaporkan dalam Harian Metro bertarikh 20 Mac 2006. Pasangan tersebut asalnya dijadual bernikah di Padang Serai, Kedah tetapi gagal mendapat kebenaran Pegawai Agama Daerah Kulim akibat tidak menyerahkan dokumen yang diperlukan dalam permohonan poligami. Persoalannya ialah banyak masalah yang akan timbul kelak apabila pernikahan dibuat tetapi tidak didaftar dan disahkan oleh mahkamah. Antara masalah yang akan berlaku ialah status isteri muda dan juga anak-anaknya yang akan tergantung. Keadaan menjadi lebih teruk apabila suami meninggal dunia yang mengakibatkan mereka tidak dapat menuntut harta pusaka disebabkan tidak ada bukti pernikahan.

Selain itu, masalah yang mungkin berlaku ialah suami tidak boleh menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Sebagai contoh isteri muda hanya dapat berjumpa suami secara sembunyi-sembunyi seminggu ataupun sebulan sekali.

Akhirnya ini juga akan mempengaruhi perkembangan emosi isteri dan anak kerana merasakan kehidupannya tidak sama dengan orang lain dan ini akan mendatangkan pula masalah sosial.

Bagi menjaga dan memelihara hak isteri daripada menjadi mangsa ketidak adilan oleh suami, undang-undang juga menerusi Seksyen 128 AUKI 1984 memperuntukkan bahawa seorang suami yang tidak memberi keadilan yang sewajamya kepada isteri telah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Peruntukan ini selaras dengan ajaran Islam yang menekankan pentingnya kaum wanita itu dilindungi dari penyalahgunaan amalan poligami yang sememangnya dihalalkan ini. Penekanan perlu dibuat supaya suami memberikan keadilan yang secukupnya kepada isteri.



Kesimpulan
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, beberapa kesimpulan dapat dirumuskan iaitu :

1.
Poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita. Namun begitu poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalui amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah zahir dan batin, makan-minum, pakaian, jaminan keselamatan dan tempat tinggal. Justeru itu, haram berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat memenuhi tuntutan tersebut.
2.
Poligami bukanlah dipelopori oleh agama Islam sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah masyarakat Islam dan bukan Islam. Ia sebenarnya telah diamalkan zaman berzaman oleh masyarakat China, Yunani, Kristian dan Yahudi.

3.
Kecacatan poligami sebenarnya bukanlah dari segi prinsip tetapi lebih kepada perlaksanaannya oleh sesetengah lelaki yang menyimpang dari landasan syariat. Ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu masalah rumah tangga terdiri daripada kaum wanita. Ia secara tidak langsung memberi pengertian bahawa krisis rumah tangga berpunca daripada kelalaian pihak suami (Utusan
Malaysia, 16 September 2005).
4.
Syarat yang ketat ditetapkan dalam undang-undang keluarga Islam bukanlah bertujuan mengharamkan poligami. Ia dirangka bagi menjaga ketenteraman rumah tangga dan mengelak dari penindasan serta kezaliman suami terhadap isteri. Ia juga bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan polemik dalam masyarakat yang akan merendahkan martabat agama Islam. Kaedah fiqh ada menyebut : Maksudnya :

“ Pemerintah hendaklah bertanggungjawab meletakkan maslahah Negara dan kepentingan rakyat dalam dasar pentadbiran dan pemerintahannya ”.

Thursday, August 6, 2009

MALAYSIA KITA (884 mukasurat)





Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN) 1991
Cetakan Pertama 1991
Cetakan Kedua 1994

Hak Cipta Terpelihara
Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh di terbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh di pergunakan lagi ataupun di pindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang caa baik dengan cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Mengkatalog-dalam-Penerbitan Malaysia Kita.

Mengandungi bibliografi
ISBN 967-9933-12-1
1. Malaysia - History
2. Malaysia - Politics and government
3. Malaysia - Economic conditions
4. Malaysia - Social conditions
Institut Tabdiran Awam Negara
959.5


PENGHARGAAN
Bagi pihak INTAN, saya ingin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan buku ini. Pertamanya, INTAN ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara yang telah sudi membeikan prakata kepada buku ini. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada semua penyumbang buku ini, kepada Tuan Hj. Shafie bin Mohd. Salleh (Sehingga bulan Ogos 1990) Encik Zakaria b. Ahmad Penerbitan dan Konsultansi (dari September 1990 sehingga Oktober 1991) dan Tuan Haji Mohd. Affandi Hassan (mulai November 1991) selaku ketua-ketua Biro da kakitangannya yang telah bertungkus lumus menyelenggarakan buku ini, terutama kepada Tuan Syen Zulfilda b. Syed Mohd. Noor dan Encik Shuib b. Md. Yusop yang telah berusaha gigih sehingga buku ini dapat di terbitkan, kepada Encik Jelani b. Pardi yang turut membantu dan juga kepada Jurutrengkas dan jurutaip di Biro iaitu Puan Norpidah bte Bibin, Cik Latifah bte Abdullah. Cik Khor Beoh Leng dan Puan Siti Habibah bte. Ali Emla yang dengan penuh tekun dan sabar menaip transkrip buku ini, di ucapkan ribuan terima kasih. Budi tuan-tuan dan puan-puan adalah sangat besar dan tetap di hargai dan di kenang.

Terima Kasih.

Dr. Mohd. Rais b. Abdul Karim
Pengarah
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Malaysia
1 Disember 1991


MALAYSIA KITA ini disajikan kepada umum bukan saja bagi tujuan rujukan asmi kakitangan kerajaan tetapi di harapkan juga akan manjadi bahan rujukan dan perbincangan di kalangan pemimpin dan pentadbir negara yang dipertanggungjawab untuk mencoak dan mewarnakan masa depan masyarakat pimpinan mereka. Buku ini disediakan khas oleh sekumpulan penulis yang tediri daripada pegawai-pegawai kerajaan dan para academia, yang mengemukakan bahan-bahan yang sesuai dan kemaskini selaras dengan wawasan Malaysia untuk menghadapi masa depan yang mencabar. Buku ini juga waja di jadikan sumber rujukan kepada para pendidik dan pelajar yang ingin mengetahui secara mendalam tentang dua aspek penting yang menjadi pendekatan buku Malaysia Kita ini, iaitu sejaah silam negara dan pentadbiran masa kini.

Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid
Ketua Setiausaha Negara
Malaysia


KANDUNGAN
Sejarah dan Latar Belakang Masyarakat Malaysia
Prasejarah Malaysia
Dari Malayan Union Menuju Kemerdekaa
Penubuhan Malaysia
Integrasi Nasional
Pengenalan kepada Sistem dan Struktur Pentadbiran Negara
Struktur Kerajaan Persekutuan
Agensi agensi Kerajaan
Stuktur dan Jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri
Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan2 Negeri
Struktur Pentadbiran Pejabat Daerah
Sistem dan Struktur Kerajaan Tempatan
Sistem Belanjawan Negara
Proses Perancangan, Perlaksanaan dan Penilaian Sesuatu Projek Pembangunan Negara
Rancangan2 pembangunan Negara
Dasar pembangunan Nasional dan dasar2 utama kerajaan
Sejarah dan Sistem Pendidikan Negara
Dasar Luar Malaysia
Keselamatan Negara
Pembaharuan dalam Perkhidmatan Awam
Tatatertib dalam Perkhidmatan Awam

PenasihatDr. Johari bin Mat
Dr. Mohd. Rais bin Abdul Karim

Panel Pakar Rujuk
Haji Amrin bin Buang
INTAN

Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Yusof bin Hashim
Jabatan Sejarah
Universiti Malaya

Dr. Haji Mohd. Shahar bin Sidek
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Dr. Nik Hashim bin Ibrahim
INTAN

Dr. Mohd. Yahya bin Nordin
Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya
Jabatan Perkhidmatan Awam

Mahathir bin Mohamad Khir
Jabatan Sejarah
Universiti Malaya

Pakar rujuk bahasaAwang bin Sariyan
Program Diploma Pendidikan
Universiti Islam Antarabangsa


Urusetia
Dr. Hj. Mohd. Shafie bin Hj. Mohd. Salleh
Zakaria bin Ahmad
Hj. Mohd. Affandi bin Hassan
Shuib bin Md. Yusop
Syed Zulfilda S.M. Noor


KUMPULAN PENULIS

Abdul Halim bin Saad
Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri
Jabatan Perdana Menteri

Hj. Abdul Halim bin Ab. Rahman
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah

Abdul Rahman al-Ahmadi
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan

Abdullah Sani bin Yahya
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Kementerian Pendidikan

Ali bin Hamsa
INTAN

Halim bin Man
INTAN

Kaswuri bin Keman
Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya
Jabatan Perkhidmatan Awam

Mahmod bin Hj. Morsidi
INTAN

Mohd. Jamal bin Kamdi
INTAN

Mohd. Sufian bin Omar
INTAN

Dr. Mohd. Yahya bin Nordin
Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya
Jabatan Perkhidmatan Awam

Mohd. Zin bin Mohamed
INTAN

Prof. Madya Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman
Jabatan Sejarah
Universiti Kebangsaan Malaysia

Rahmat Bivi bt. Yusoff
Unit Perancangan Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri

Hj. Rosli bin Hj. Ishak
INTAN

Shuib bin Md. Yusop
INTAN

Syed Zulfilda S.M. Noor
INTAN

Yahya bin Hj. Awang
INTAN

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.


SETIAP GERAKAN DALAM SOLAT ADA NILAI TERAPEUTIK

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok telah menjadi manusia perintis di Malaysia mengkaji kesan solat ke atas kesihatan manusia secara saintifik. Kajian dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Profesor Wan Abu Bakar mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat dan Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh

Dapatan Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas -
AktivitiOtot· Otot Menjadi Lebih Kuat: Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh.

Dapatan Ng SiewChok - Isyarat Otak

· Orang Mendirikan Solat Berfikiran Tenang : Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

· Tama抧inah Aktiviti paling Tenang: "Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,?katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

· Solat Mampu Meningkatkan Daya Fokus: Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dapatan Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Perlu Lakukan 5 aktiviti Untuk Kekalkan Tubuh Yang Baik:
Untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

· Solat Jamaah Lebih Baik: "kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif. Ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang?katanya.

· Solat Tarawih & Puasa: Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

· Pengubat Sakit Pinggang:"Posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,?katanya.

· Pengubat Mati Pucuk: "Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,?katanya. Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

· Denyutan Jantung Paling Baik Ketika Sujud: Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,?katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. 揔ajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,?katanya.Ubah suai dan sumber : Berita Harian


TERAPI SOLAT
Wednesday, 22 October 2008
Oleh Ziauddin Sharuddin

Kajian saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. Solat sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir. Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia. Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok. Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot. Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bio-perubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan menta lmanusia ketika melakukan solat. 揔ajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apayang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,?katanya. Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solatdan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains?/strong> terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris. Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik dinegara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM. Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah. Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang. Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. 揔ajian itu akan mengkaj iisyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,?katanya. Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu. Berbanding kajian awal yang mengesahkan sola tmemberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit. Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED,tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu. Sumber : Berita Harian


SEMBAHYANG TANDA BERSYUKUR
Oleh RAMLI ABDULHALIM


SEMBAHYANG lima waktu yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad SAW yang merupakan penghulu bagi segala anbia yang juga merupakan nabi dan rasul akhir zaman pada hakikatnya mempunyai nilai yang cukup tinggi kerana proses penerimaan perintah sembahyang oleh Rasulullah itu sendiri bukannya satu kerja mudah.Berbanding dengan nabi-nabi lain yang mula melakukan sembahyang atas beberapa faktor, tetapi ibadat sembahyang yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad SAW diterima perintah oleh baginda secara terus dari Allah dengan baginda dibawa ke Sidratul Muntaha yang letaknya melepasi lapisan langit ketujuh. Sidratul Muntaha itu sendiri adalah tempat yang tidak boleh didatangi oleh manusia lain, kecuali Nabi Muhammad, malah para malaikat juga tidak boleh ke sana.Pemergian baginda SAW pada malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan baginda (yakni dalam tahun 622 Masihi) dinamakan Israk Mikraj yang mana selain daripada menerima perintah kewajipan sembahyang, baginda juga berpeluang berjumpa dengan para nabi dan rasul, malah berkesempatan beramahmesra.Rasulullah juga dipertontonkan dengan manusia yang menanggung seksa kerana memusuhi Allah dan Rasul-Nya serta mereka yang menikmati nikmat kerana bertakwa kepada Allah.Pada mulanya sembahyang yang diperintahkan adalah sebanyak 50 waktu. Macam mana pun atas cadangan dan desakan Nabi Musa a.s. yang menyebabkan Rasulullah SAW berulang alik naik turun Sidratul Muntaha, maka jumlah waktu sembahyang hanya tinggal lima waktu sehari semalam sahaja. Nabi Musa yang merasakan jumlah sembahyang lima waktu sehari semalam itu akan malas dilakukan oleh umat Nabi Muhammad meminta baginda membuat rayuan pengurangan jumlah waktu sembahyang tetap baginda enggan kerana malu kepada Allah.Sebenarnya sembahyang lima waktu itu adalah himpunan sembahyang-sembahyang yang telah dilakukan oleh lima orang nabi dan rasul kerana ada sebab dan peristiwanya sebagaimana berikut;SUBUH: Manusia pertama yang mengerjakan sembahyang subuh adalah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurgalalu diturunkan ke dunia. Semasa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan kedunia kerana kesalahan memakan buah khuldi yang dilarang, yang pertama yang dilihat oleh baginda ialah kegelapan. Baginda berasa sangat takut. Macam mana pun apabila fajar menjelang Subuh dunia mulai terang dan kerana bersyukur apabila dunia mula menampakkan akan terang dan tidak gelap lagi, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.Rakaat pertama sembahyang baginda adalah sebagai tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam manakala rakaat kedua adalah bersyukur kerana siang telah menjelma.Zuhur:Manusia pertama yang mengerjakan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT memerintahkan baginda agar menyembelih anak baginda Nabi Ismail a.s. sebagai melepas nazar baginda. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari (bertepatan dengan waktu Zohor), lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat. Rakaat pertama kerana bersyukur bagi penebusan, rakaat kedua tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya, rakaat ketiga: tanda bersyukur dan memohon keredaan Allah SWT manakala rakaat keempat tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.Asar: Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWTdari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tep ipantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Sebagai tanda syukur kerana dikeluarkan dari perut ikan Nun, maka Nabi Yunus a.s. bersembahyang empatrakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:Rakaat pertama tanda syukur dari bebas dari kelam dengan kesalahan, rakaat kedua bersyukur kerana kelam dengan air laut, rakaat ketiga kerana kelam malam dan rakaat keempat kerana kelam perut ikan Nun.Maghrib: Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, yang di kala itu telah terbenamnya matahari. Kerana tanda bersyukur bagi sembahyang tiga rakaat dengan rakaat pertama tanda bersyukur kerana baginda berjaya menafikan ketuhanan selain dari Allah yang Esa, rakaat kedua tanda bersyukur kerana berjaya menafikan tohmahan ke atas bonda baginda Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang manakala rakaat ketiga tanda bersyukur kerana berjaya menyatakan kepada kaum baginda bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT,tiada dua atau tiganya.Isyak: Manusia pertama yang mengerjakansolat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat untuk mencari jalan keluar dari negeri Madyan. Sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita kerana sesat ekoran doa seorang alim yang diupah oleh Firaun agar mendoakan supaya Nabi Musa a.s. Orang alim dan doanya sangat mustajab itu pada mulanya enggan akur kepada arahan Firaun dan enggan menerima upahan dalam bentuk jongkong emas kerana diketahuinya bahawa Nabi Musa a.s. adalah nabi dan rasul. Hasil siasatan oleh pegawai-pegawai perisikan Firaun mendapati orang alim itu sangat sayangkan isteri dan dia adalah seorangs uami yang sering mengalah kepada isteri. Kelemahan itu diambil kesempatan oleh Firaun dengan memberi upah emas kepada isteri orang alim itu supaya meminta suaminy aberdoa supaya Nabi Musa a.s. sesat di padang pasir negeri Madyan.Bila diminta dan dirayu dan direngek oleh isterinya, orang alim itu tidak dapat menolak. Bagaimanapun, dia memberi syarat akan berdoa dalam kandang kuda. Orang alim itu menyangka bila berdoa pada tempat yang kotor, doanya tidak akan mustajab. Macam mana pun doanya tetap mustajab dan Nabi Musa a.s. tersesat manakala orang alim itu mati dalam keadaan berdosa kerana mengikut kemahuan Firaun.Bagaimana Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya Nabi Musa a.s. apabila beliau akhirnya tidak lagi sesat dan ketika itu adalah waktu Isyak yang akhir. Sebagai tanda syukurnya, Nabi Musa bersembahyang empat rakaat dengan rakaat pertama tanda syukur kerana baginda akan dapat kembali ke pangkuan isteri dan kampung halaman. Rakaat kedua tanda bersyukur kerana dapat bersua kembali dan berganding bahu dengan saudara Nabi Harun a.s. bagi menyampaikan seruan Allah. Rakaat ketiga pula kerana selamat daripada tindakan Firaun manakala rakaat keempat tanda bersyukur selamat daripada pengkhianatan anak Firaun terhadap baginda dan umat baginda yang bertakwa.Ertinya kesemua waktu sembahyang yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad adalah merupakan amalan-amalan tanda ketakwaan terhadap Allah oleh para nabi dan rasul dan nilainya tidak boleh disamakan dengan apa jua bentuk kebendaan. Kalau nabi dan rasul pun bersembahyang sebagai tanda syukur dan untuk melayakkan diri masuk ke syurga, siapa kita yang bukan nabi dan rasul untuk tidak sembahyang di samping melakukan pelbagai kemungkaran dengan bila mati kita mahukan syurga!RAMLI ABDULHALIM adalah murid tua (bekas pelajar) Madrasah Al-Balaghulmubin Rong Chenak,Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan.Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


MANFAAT SOLAT DALAM SUDUT PANDANGAN ILMIAH

Solat adalah amalan ibadah yang amat sesuai bagi nisbah anatomi tubuh manusia. Gerakan-gerakannya sudah amat sebatit dengan gerakan khas tubuh seorang muslim. Namun, pernahkah terfikirkah manfaat di sebalik gerakan tubuh ini? Sudut pandangan ilmiah menjadikan solat gudang ubat bagi berbagai jenis penyakit!Saat seorang hamba telah cukup syarat untuk mendirikan solat, sejak itulah ia mulai merisik makna dan manfaatnya. Sebab solat diturunkan untuk menyempurnakan kemudahan-Nya bagi kehidupan manusia. Setelah sekian tahun menjalankan solat, sampai di mana pemahaman kitamengenainya?

TAKBIRATUL IHRAM
Postur: berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bhg bawah.Manfaat: Gerakan ini melancarkan aliran darah, limpa dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Disaat mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang kaya dgn oksigen menjadi lancar.Kemudian kedua tangan didekapkan di depan perut atau dada bhg bawah. Sikap ini menghindarkan dari berbagai gangguan pada sendi, khususnya pada tubuh bhg atas.

RUKUK
Postur: Rukuk yang sempurna ditandakan dengan tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang.Manfaat: Postur ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. Posisi jantung sejajar dengan otak, maka aliran darah maksimum pada tubuh bhg tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi bagi otot-otot bahu hingga ke bawah menjadi relaks. Selain itu, rukuk adalah latihan kemih untuk mencegah gangguan prostat.

I'TIDAL
Postur: Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah mengangkat kedua tangan setinggi telinga.Manfaat: I'tidal adalah variasi postur setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bungkuk berdiri sujud merupakan latihan penghadaman yang baik. Organ organ penghadaman di dalam perut mengalami pengecutan dan pelonggaran secara berganti. Kesannya, penghadaman menjadi lebih lancar.

SUJUD
Postur: Menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut,hujung kaki, dan dahi pada lantai.Manfaat: Aliran limpa dipamkan ke bhg leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah yang kaya dgn oksigen mampu mengalir semaksimum mungkin ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Kerana itu, lakukan sujud dengan tuma鈔inah, jangan tergesa gesa agar darah mencukupi kapasitinya di otak. Postur ini juga menghindarkan gangguan wasir (buasir?). Khusus bagi wanita, baik rukuk maupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.

DUDUK
Postur: Duduk ada dua macam, yaitu iftirosy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir). Perbezaan terletak pada posisi telapak kaki.Manfaat: Saat iftirosy, kita bertumpu pada pangkal paha yang terhubung dengan saraf 'nervuos Ischiadius'. Posisi ini menghindarkan kengiluan pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik bagi pemuda sebab tumit menekan aliran urethra, kelenjar prostat dan saluran vas deferens. Jika dilakukan dengan betul, posturini mencegah impoten / mati pucuk. Variasi posisi telapak kaki pada iffirosy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot tungkai turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmoni inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.

SALAM
Gerakan: Memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksimal.Manfaat: Relaksasi otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga ketegangan kulit wajah.BERIBADAH secara berterusan bukan saja menyuburkan iman, tetapi mencantikkan diri wanita luar & dalam.

PACU KECERDASAN
Gerakan sujud dalam solat tergolong unik. Falsafahnya adalah manusia menundukkan diri serendah-rendahnya, bahkan lebih rendah dari pinggulnya sendiri. Dari sudut pandang ilmu pyscho-imuneurology (ilmu mengenai ketahanan tubuh dari sudut pandang psikologi) yang didalami Prof Sholeh, gerakan ini mengangkat manusia pada darjat setinggi-tingginya. Mengapa?Dengan melakukan gerakan sujud secara rutin, pembuluh darah di otak terlatih untuk menerima banyakkemasukan darah. Pada saat sujud, posisi jantung berada di atas kepala memungkinkan darah mengalir semaksimumnya ke otak. Ertinya, otak mendapatkan kemasukan darah yang kaya dgn oksigen yang memacu kemampuan sel-selnya. Dengan kata lain, sujud yang tumakninah dan berterusan dapat memacu kecerdasan.Penyelidikannya telah mendapat pengiktirafan dari Harvard Universitry, AS. Bahkan seorang doktor berbangsa Amerika yang tak dikenali menyatakan masuk Islam setelah secara diam-diam melakukan penyelidikan pengembangan khusus mengenai gerakan sujud.

PERINDAH POSTUR
Gerakan-gerakan dalam salat mirip yoga atau regangan (stretching). Intinya untuk melenturkan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Keunggulan solat dibandingkan gerakan lainnya adalah oalat menggerakan anggota tubuh lebih kerap, termasuk jari kaki dan tangan.Sujud adalah latihan kekuatan untuk otot tertentu, termasuk otot dada. Saat sujud, beban tubuh bhg atas ditumpukan pada lengan hingga telapak tangan. Saat inilah kontraksi terjadi pada otot dada, bhg tubuh yang menjadi kebanggaan wanita. Payudara tak hanya menjadi lebih indah bentuknya tetapi juga memperbaiki fungsi kelenjar air susu di dalamnya.

MUDAHKAN SAAT BERSALIN
Masih dalam pose sujud, manfaat lain mampu dinikmati kaum hawa. Saat pinggul dan pinggang terangkat melampaui kepala dan dada, otot-otot perut (rectus abdominis dan obliquus abdominis externuus) berkontraksi penuh. Keadaan ini melatih organ di sekitar perut untuk mengejan lebih dalam dan lama. Ini menguntungkan wanita kerana ketika bersalin diperlukan pernafasan yang baik dan kemampuan mengejan yang mencukupi. Bila, otot perut telah berkembang menjadi lebih besar dan kuat, maka secara semulajadi ia justru lebih elastik & melonggar. Kebiasaan sujud menyebabkan tubuh dapat mengembalikan serta mempertahankan organ-抩rgan perut pada tempatnya kembali.

PERBAIKI KESUBURAN
Setelah sujud adalah gerakan duduk. Dalam salat ada dua macam sikap duduk, yaitu duduk iftirosy (tahiyyat awal) dan duduk tawarruk (tahiyyat akhir). Yang terpenting adalah turut berkontraksinya otot-otot daerah perineum. Bagi wanita, inilah daerah paling terlindung kerana terdapat tiga lubang, yaitu liang persenggamaan (faraj), dubur untuk melepas najis, dan saluran kencing.Saat duduk tawarruk, tumit kaki kiri harus menekan daerah perineum. Hujung kaki harus diletakkan di atas telapak kaki kiri dan tumit kaki kanan harus menekan pangkal paha kanan. Pada posisi ini tumit kaki kiri akan memijit dan menekan daerah perineum. Tekanan lembut inilah yang memperbaiki organ pembiakan di daerah perineum.

AWET MUDA
Pada dasarnya, seluruh gerakan solat bertujuan meremajakan tubuh. Jika tubuh lentur, kerosakan sel dan kulit terjadi amat kurang. Apalagi jika dilakukan secara rutin, maka sel-sel yang rosak dapat dihasikan semula dgn segera. Regenerasi sel pun berjalan lancar. Alhasil, tubuh senantiasa segar-bugar.Gerakan terakhir, yaitu salam dan menengok ke kiri dan kanan mempunyai pengaruh besar pada ketegangan kulit wajah. Gerakan ini tak ubahnya relaksasi wajah dan leher. Yang tak kalah pentingnya, gerakan ini menghindarkan wanita dari serangan migrain dan sakit kepala lainnya.Olahan dari Bahasa Indonesia.


BERSOLAT GANTI BERYOGA UNTUK JAGA KESIHATAN

SAMA ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh-kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman berkenaan. Kalau masih ada pihak yang mempertikaikan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa amalan senaman berkenaan haram, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa yang mempertikainya sedang terlena dalam kejahilan yang teramat sangat.Cuba perhatikan kenapa alim ulama kebanyakannya lebih lanjut usianya. Jarang benar guru-guru sekolah pondok umpamanya mati pada usia masih muda gara-gara diserang sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan penyakit-penyakit kronik yang lain. Kebanyakan mereka mati kerana sakit tua.Antara rahsianya adalah kerana mereka banyak sembahyang sunat selain daripada sembahyang wajib lima waktu sehari semalam. Alim ulama akan tidur selepas Isyak dan akan bangun selepas pukul 12.00 tengah malam melakukan sembahyang malam.Mereka akan tidur sekejap sebelum masuk waktu Subuh.Sebaik-baik sahaja bangun dari tidur, mereka akan sembahyang sunat Fajar, sunat Subuh dan tidur sekejap untuk kemudiannya akan bangun dan menunaikan sembahyangsunat Dhuha. Rukun sembahyang yang rata-rata melibatkan kegunaan anggota badan itu sendiri lebih bersifat kepada gerakan senaman sama ada rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, bersimpuh ketika membaca tahyat, malah ketika berpaling kanan kiri ketika memberi salam.Semalas-malas umat Islam menunaikan sembahyang yakni dengan hanya menunaikan sembahyang fardu sahaja pun,
mereka akan melakukan 17 rukuk,
17 iktidal,
68 kali sujud,
32 bersimpuh dan
10 paling muka ke kanan dan
10 paling muka ke kiri.

Kebanyakan alim ulama akan memastikan jumlah sembahyang yang dilakukan adalah 50 rakaat sehari semalam bila dicampur jumlah sembahyang sunat dan fardu. Lazimnya sembahyang sunat dilakukan sebanyak dua rakaat.Maknanya setiap hari mereka melakukan
50 rukuk,
50 iktidal,
318 sujud,
164 kali bersimpuh,
76 memalingkan muka ke kanan dan
76 lagi memalingkan muka ke kiri.
Dengan sebanyak itu pergerakan anggota badan dilakukan, maka ia sudah lebih daripada cukup bagi tujuan senaman untuk kesihatan badan.Lagi pun dengan memperbanyakan sembahyang, bukan sahaja badan akan sihat tetapi akan mendapat pahala berganda di samping otak dan dada akan menjadi lapang. Antara tujuan direnggangkan waktu-waktu sembahyang juga adalah untuk mengingatkan kita bahawa pemikiran dan badan perlukan rehat.Kebanyakan alim ulama juga suka berkebun, memancing dan pelbagai aktiviti berbentuk riadah, seperti menunggang kuda,menembak dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sedemikian juga ada kaitan dengan penjagaan kesihatan, kerehatan mental dan fizikal serta kawalan perbelanjaan harian.Kenapa kita mesti ikut tatacara untuk kesihatan badan yang bertentangan dengan Islam? Kenapa kita tidak 'fotostat' kehidupan alim ulama ke dalam kehidupan kita. Bukankah alim ulama juga mencontohi kehidupan Rasulullah SAW ke dalam kehidupan mereka. Memilih kehidupan yang bercanggah dengan sunnah bermakna kita memilih kecelakaan.

RAMLI ABDUL HALIM Kota Bharu, KelantanSumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


Ada berbagai adab2 didalam kita hendak menunaikan solat. Solat adalah merupakan arash, benda yg hidup dan solat juga merupakan pesanan nabi yang terakhir, yg terpenting didalam segala amalan.

Jika diterima amalan solat, maka diterima juga amalan yg lainnya, jika tidak, maka seluruh amalan akan ditolak. Ada beberapa tingkat2 didalam solat seorang mujahid didalam perjalanan menuju Allah.Benarlah firman Allah, "Sesungguhnya solat itu mencegah dari melakukan perbuatan keji dan mungkar". Diberikan contoh dari segi falsafahnya - Api - Setiap yg membakar itu pasti api. Jika ditakrifkan Solat itu mencegah dari melakukan perbuatan yg keji dan mungkar, maka sekiranya kita masih lagi melakukan perbuatan keji dan mungkar yg bertentangan dengan ayat tersebut, sesungghnya kita tidak melakukan solat, kerna solat itu pasti mencegah kita dari perbuatan yg disebutkan, sama seperti api tadi. maka apa yg dilakukan kita hanyalah gerakan-gerakan yg seakan-akan menyerupai solat. Wallhualam