Sultan Selangor mengenakan syarat yang lebih ketat termasuk menetapkan usia minimum 45 tahun sebelum seseorang layak menerima anugerah Datuk di negeri itu.
Syarat tersebut diperkenalkan sebagai langkah untuk mengehadkan bilangan penerima gelaran Datuk selain melindungi imej serta maruah darjah kebesaran itu.
Peraturan baru itu akan dikuatkuasakan dalam pemilihan penerima bintang kebesaran dan pingat sempena sambutan hari jadi baginda yang ke-61 pada 11 Disember ini, menurut laporan akhbar The Star hari ini.
Akhbar itu melaporkan Sultan Sharafuddin Idris Shah akan hanya mengurniakan 27 anugerah Datuk pada hari keputeraan baginda kali ini walaupun perlembagaan negeri membenarkan had maksimum 40 anugerah Datuk diberikan dalam setahun.
Baginda dipercayai menjadi Sultan pertama di Malaysia yang mengenakan kriteria umur minimum dan beberapa peraturan lain sebelum menganugerahkan darjah kebesaran yang membawa anugerah Datuk.
Menurut The Star, Sultan Sharafuddin juga dijangka hanya mengurniakan dua anugerah Datuk Seri dan satu anugerah Datuk Setia walaupun setiap kategori itu membenarkan maksimum dua anugerah.
Baginda juga memperkenalkan beberapa syarat lain penganugerahan darjah kebesaran.
Untuk ahli politik, mulai tahun ini hanya Exco kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri, atau ahli-ahli Parlimen layak untuk diberi anugerah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) atau Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang membawa gelaran Datuk.
Untuk pegawai kerajaan mereka mestilah berada dalam Kategori A, B atau C manakala mereka yang berkhidmat dalam badan kehakiman perlu bertugas di Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan.
Untuk calon tentera, penama mesti sekurang-kurangnya berpangkat Leftenan Jeneral manakala untuk polis, calon mestilah sekurang-kurangnya Pesuruhjaya Polis.
Ketika ini terdapat hanya tujuh orang pegawai polis berpangkat Pesuruhjaya di negara ini dan semuanya bergelar Datuk.
Bagaimanapun, pengecualian akan diberi ke atas bekas wakil-wakil rakyat, para usahawan yang berkaliber atau pemimpin-pemimpin masyarakat yang terpilih.
‘‘Untuk sektor swasta, penerima mesti sekurang-kurangnya pengarah urusan atau jawatan yang setaraf dan perlu datang daripada sebuah syarikat yang mempunyai reputasi baik.
‘‘Bagi ahli akademik, penerima perlu seorang profesor penuh. Profesor madya tidak lagi layak untuk mendapat anugerah Datuk,’’ kata seorang pegawai istana Selangor kepada akhbar The Star.
Sultan Selangor menetapkan kuota 40 anugerah Datuk setahun, dipercayai satu-satunya negeri yang menetapkan had seperti itu tetapi setiap tahun baginda hanya menganugerahkan antara 25 hingga 35 anugerah Datuk walaupun lebih 1,000 pencalonan dihantar setiap tahun.
Sejak dimahkotakan sebagai Sultan pada 2003, jumlah anugerah yang diberi pada sambutan hari keputeraan Sultan Sharafuddin telah menunjukkan penurunan.
Daripada 209 anugerah pada 2002 baginda mengurangkannya kepada 185 pada 2003, 127 pada tahun 2004 dan 110 pada tahun lepas.
Satu sumber memberitahu akhbar itu, bilangan 33 anugerah Datuk yang diberi pada tahun 2005 adalah berbeza kerana ia dibuat sempena memperingati ulang tahun keputeraan baginda yang ke-60.
Tahun lepas, penerima anugerah Datuk di Selangor terpaksa membuat pengisytiharan sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah bahawa mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Selain itu, mereka juga perlu bersumpah bahawa tidak dikehendaki oleh polis, tidak diisytiharkan bankrap atau menghadapi tindakan undang-undang di mana-mana mahkamah.
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Zakat dijadikan hutang.
Suami memperturutkan kehendak isteri.
Anak derhaka terhadap ibunya,
Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
(H.R Termizi)
Monday, September 28, 2009
Alaaahai!!! VIRUS H1N1 ada lagi ka...
Posted by ~yatie~ at 10:22 PM 0 comments
Thursday, September 24, 2009
Yuhuuuu!! SHOPPING LEPAS RAYA
Orang bandar dah habis menabur duit pada orang kampung kerana nak pahala dan berkat. Balik raya poket dah kontang kerana bayar tol, minyak, service kete, baju baru, berus gigi baru itu dan ini semua baru. Kesian orang Bandar hempas tulang merantau cari duit, tapi makan roti lepas raya (diet kot). Lapuran terkini berita / persatuan roti melapurkan…..jualan roti meningkat secara mendadak dengan pantas selepas raya hik hik hik
Dan saper yg ada ramai anak tu....haaaaaaaaaa.......Mak Bapak duk kecek2 duit raya mereka...mintak duit skit nak bayo tol...bayo duit minyak..
Orang2 kg terutama warga emas yang datang tak kan nak bagi RM2 je cam budak2 kan ? mentaliti kita cakap org kg idup susah….padahal org bandar lagi hidup susah sebenarnye...Masalah paling utama..huhuhuhu......dapat gaji dah la Awal....abih awal...nak kene tunggu sebulan lagi ni wehhhhhhhh....adessssssssssss
sebenarnya orang kampung kalau tak orang bandar bagi duit memang mereka berduit pun.... orang kampung yang sempoi pun ada ASB berkepuk kepuk... tapi low profile ... orang bandar duit tak da pun nak menabur juga... itu lah jadinya. Bila nak menabur tu pandang pandang la poket .... jeling jeling dompet... tak la habis duit.. org bandar bailik kampung dgn kete baru..kete besar....walhal....derang tak tahu....duit minyak...duit tol tu main pakai swipe ngan kad kredit je...cukup bulan bayor....ada plak yg amik cash advance dr CC tuk peruntukan duit raya tuk bebudak...alahai.........
bagi yg beraya kat Kampung....anak2 dia ramai yg dah sponsor belikan itu ini....duit tuk beli daging ayam dan sebagainya....tuk dibuat juadah di pagi Raya nanti.....yg lain2 buat ala kadar je....lg satu peruntukan tambahan tuk duit raya kan....itu yg plaing byk kita peruntukkan....bebudak skang ni pun mana main singgit 2 hengget je letak dalam sampul raya tu...plg koman pun duit RM5....kebanyakannya RM10.......
Posted by ~yatie~ at 11:35 AM 0 comments
Monday, September 14, 2009
Saturday, September 12, 2009
AURAT??? Renungan Sejenak
June 26th, 2007 by tongkatkalimah07
Mari sama-sama kita fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin seseorang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja.
Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mungkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.
ANTARA LAWAK & HUKUM
Sering kali lelaki apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. “tak pe kan, pandangan pertama tak berdosakan?”. Sedih kita melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.
Sebuah hadith :
“Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!“
(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
- Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.
Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-
ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Ertinya : ” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.
Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan lain-lain.
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.
Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.
Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri (memakai purdah), demi menjaga meluasnya kerosakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.
“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)
Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu’minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (paha, betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk tubuh dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut kerana rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini.
Larangan Nipis
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
يرحم الله المتسرولات
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikianlah menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :
“Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)
TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh . Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati’e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
“ Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..” Al-A’raf : 20)
Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-
a) Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman :
” Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” ( Al-A’raf : 26)
Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.
b) Agar kaum wanita tidak disakiti
Ia berdasarkan ulasan yang telah dibuat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.
c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »
d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam.
Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend’ sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code’ tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard’ berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.
Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard’ pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.
e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.
Maka hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya” (Al-Mulk : 2)
BAKAL PEMENANG ANUGERAH PENYANYI NASYID POPULAR TANAHAIR
DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini sering kita dengari. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.
“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal bila kita mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.
“Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu”
Lalu jawab si pekerja : ” Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang”
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah atau selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.
Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.
Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :
إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار
Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )
Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.
Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW
من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً
Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya..” ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.
Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?
BERPURDAH KERANA TAKUT SAKIT/MATI HEHEHE
Posted by ~yatie~ at 3:31 PM 0 comments
Friday, September 11, 2009
MALAM AL-QADAR
Beberapa Info Berguna
Berkenaan Malam Al-Qadar
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :-
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Waktunya
Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.
Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )
Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )
Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)
Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.
Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.
Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.
Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )
Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 )
Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
Posted by ~yatie~ at 9:48 AM 0 comments
Tuesday, September 8, 2009
APA PUNYA UNDANG2 DAAAA!!!!!
WANTED TUKANG SEBAT
SIAPA-SIAPA YANG BERBAKAT DALAM BAB MENYEBAT SILA DAFTAR DENGAN SEGERA
PERHATIAN
Nama Jawatan: Tukang Sebat Syariah
Tempat Kerja: Penjara Kajang
Sila Hubungi: Hishammuddin (terus call menteri jek)
: "jika kita boleh adakan (tukang sebat) dalam masa sehari, esok saya bersedia (untuk melaksanakannya hukuman sebat).
Baca kenyataan penuh Hishammuddin di sini: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=435599
Hukuman Sebat Kartika Ditangguh Hingga Ada Tukang Sebat Cara Syariah
PUTRAJAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan minum arak akan ditangguhkan sehingga Kementerian Dalam Negeri mempunyai kepakaran untuk melaksanakan hukuman itu mengikut undang-undang syariah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah.
"Saya kena akui kita tak ada pengalaman dalam kes ini. Dari segi tanggungjawab saya difahamkan bahawa di bawah akta negara, kita (KDN) dipertanggungjawabkan tapi tak mungkin akan saya benarkan kita laksanakan hukuman itu sekiranya tidak mempunyai kemahiran, kepakaran dan tidak ikut hukum dan cara yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini Selasa selepas mempengerusikan mesyuarat Kepimpinan Petunjuk Bidang Keberhasilan Utama Negara di ibu pejabat kementerian di sini.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika yang dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Kuantan pada 18 Julai lepas kerana meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang.
Semalam Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Perpaduan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Pahang Datuk Mohd Safri Abdul Aziz dilaporkan berkata bahawa penangguhan hukuman sebat itu diputuskan oleh Ketua Hakim Syarie negeri Pahang Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadan.
Hishammuddin berkata Jabatan Penjara tidak memiliki tukang sebat syariah kerana selama ini tidak keperluan untuk jawatan berkenaan diwujudkan.
"Selagi KDN tidak bersedia, selagi itu hukuman ini tidak dibuat. Bagi saya kalau kita tak ada orang yang buat, macam mana kita nak laksanakan hukuman secara adil.
"Islam menuntut, kalau nak laksanakan mesti ikut hukum dan secara adil. Berapa lama masa yang diambil, jika kita boleh adakan (tukang sebat) dalam masa sehari, esok saya bersedia (untuk melaksanakannya)," katanya.
Pelaksanakaan hukuman itu, kata Hishammuddin, akan tetap dilaksanakan sebagaimana yang ditetapkan oleh mahkamah namun ia perlu mengikut kaedah dan syariat yang dibenarkan.
"Selama ini tidak ada keperluan, jadi tidak ada hukuman sebegini rupa dan kita tidak dipertanggungjawabkan. Tapi sekarang dah ada, jadi kita kena bersedia.
Ketika ditanya mengenai keperluan untuk mewujudkan Penjara Syariah bagi menangani kes dan hukuman syariah, Hishammuddin berkata perkara itu bukan satu keperluan pada masa ini.
-- BERNAMA
1. Aku tak fahamlah kenapa minda dan pemikiran rakyat malaysia masih sukar memahami diantara yang hak dan yang batil. Kenapa kalau benda itu hitam masih dikatakan putih. Adakah buta warna atau buta hati mereka untuk menilai dan memahami apakah maknya yang tersirat.
2. Media arus perdana kenapa begitu jahil, seolah-olah mengajak seluruh umat islam yang beriman mahupun yang kurang imannya bersimpati dengan hukam ini. Kalau orang yang salah kamu nak bersimpati...kenapa tak bersimpati dengan mereka yang sedang menunggu hukman bunuh, hukuman sebat. Dengan kata lain, kalau kamu bersimpati dengan minah ni, tak ada bezanya kalau kamu bersimpati dengan pesalah - pesalah yang merogol, membunuh dan merompak.
3. Adakah dosa meminum arak ini kecil? walhal arak ini semua tahu adalah nadi kejahatan dan tiket VIP masuk neraka wel wel (neraka utk firaun dan mereka yang setaraf). Apa bezanya dosa pada Allah dan dosa pada manusia. Adakah Allah tiada hak untuk menghukum hambanya. Tak yah dok bersungguh menunjukan rasa simpati dan sokongan tak berbelah bagi. Jangan jadikan dia sabagai idola atau sumber inspirasi... ..
4. Dari korang bersimpati dengan manusia ni, baik korang jangan putuskan doa utk rakyat Palestin yang semuanya di hukman mati menggunakan bom oleh Israel. Berbaloikah kita bersimpati dengan mereka yang mencabar kekuasaan allah.
5. Lagi satu, wei budak2 yang muka tak malu minum arak ni tak pon yang dok taruk2 pegang arak ni... tayang kat friendster, my space n facebook...... bangga yek jadi bara neraka.. fuyooooooooooooooooooo hebat!!! ...seronok aku tgk korang tangkap gamba ngan arak.. bertambahlah warganegara malaysia dan anak melayu yang menjadi ahli neraka yek... lagi satu nanti mati eloknya tempah terus tapak kubur kat tempat yahudi ke kritstian ke.. sbb org islam yang nabi ajar tak mcm tu,...mesti korang bangga kan kalau kubur korang ada salib. yelah sama bangga gambar2 korang minum arak dlm blog2 korang tu...........!!!!
Air Setan ni bila dah masuk dalam darah, susah nak dapat hidayah. dah tercemar. Tak perlu la disini nak cite banyak2 nak khutbah2 bagai. Tapi bagi penganut yang mengamalkan ajaran Islam ARAK tu HARAM. Hukuman kena laksanakan, tak dak kompromi. untuk bagi pengajaran / pemahaman bagi penganut Islam yang lain. full stop.
SALAH MELAYU ATAU PEMIMPINNYA
Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan.
Saya ingat, saya perlu ulas sedikit keluhan Perdana Menteri. Beliau berkata, beliau sudah tidak tahu nak buat apa dengan orang Melayu. Saya nak campur sikitlah kerana saya pun orang Melayu.
Orang Melayu ni, dia ada kiblat. Dia ada Quran dan Hadith. Islam bertapak di Tanah Melayu mengikut penemuan Batu Bersurat di Terengganu pada tahun 1303. Pengislaman Parameswara di tahun 1414 di Melaka adalah satu lagi titik tolak. Kita juga ada mendengar kisah seorang sultan di alam Melayu yang bermimpi disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. Ini semua ada tercatat di dalam sejarah dan kisah-kisah riwayat orang Melayu. Ada teori kedatangan Islam ke alam Melayu. Jangan dibuat mudah. Orang Melayu ada sejarahnya. Ada kiblatnya. Ada pancangnya. Jangan dipecat sesuka hati. Huru-hara jadinya.
Orang Melayu ini telah menjadi Islam sejak kira-kira 600 tahun yang lalu. Ini menunjukkan mereka telah lama berpegang, berkeyakinan dan beriman dengan Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Sepatutnya, jika adalah serba sedikit lagi kepercayaan khurafat, syirik dan tahyul, kerajaan yang memerintah di sepanjang tempoh itulah yang bertanggungjawab mengikisnya. Saya perhatikan ini juga telah turut berlaku. Bagaimanapun, dengan kemasukan penjajah Inggeris, terbantut teruslah segala usaha ini. Yang ada ialah urusan pemerintahan di monopoli oleh Inggeris. Islam tinggal setakat amalan mengucap, sembahyang, puasa, zakat, haji dan nikah kahwin sahaja.
Datang kemerdekaan, UMNO terus menyambung cara sekular ini. Agama suku, politik suku. Ini yang kita tubuhkan PAS. Kita letak semula asas kiblat orang Melayu supaya bergerak kembali kepada paksi Al-Quran dan Sunnah. Oleh kerana benda ini betul, orang Islam mula kembali. Ini kerana dari sejak turun-temurun, mereka memang mempunyai asas beragama. Mereka mudah faham. Dengan sedikit dakwah, tarbiyyah dan pendedahan, lama-kelamaan orang Melayu mulai kembali kepada kerangka Islam yang sebenar dan yang telah sebahagiannya menjadi amalan nenek-moyang mereka.
Sementara itu, UMNO masih di takuk lama. Dia masih sibuk menjaja idea penjajah. Politik suku, agama suku. Yang cuba dia bawa ke tengah hanyalah untuk membesarkan Melayu dalam semangat kebangsaan yang sempit. Sudahlah begitu, dia melawan Islam pula. Kalau perlu, tinggalkan Islam pun tinggallah asalkan Melayu boleh cemerlang. Dah Melayu sekarang ini sudah cemerlang setelah 45 tahun kita merdeka?
Perdana Menteri sekarang pun inilah juga yang menjadi tekanan. Dia malah mahu lebih cepat bangunkan orang Melayu. Kalau patut ubah suai Islam, ubah suailah. Kalau patut tinggal sebahagian dari Islam, tinggalkanlah. Kalau patut tafsir semula Quran, tafsir semulalah. Janji, Melayu maju dan menjadi bangsa yang maju di dunia. Akhirat itu masing-masinglah. Inilah cerita sekular UMNO yang jelas bercanggah dengan Islam.
Mulai dari situlah, di sepanjang 21 tahun kita lihat UMNO tidak pernah tetap pendiriannya. Dia mencari formula dan kaedah mengikut petunjuk hawa nafsu semata-mata. Sebab itu, setelah 21 tahun dibawah pemerintahan UMNO, Perdana Menteri mengaku dah semalam dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Jun 2002 bahawa beliau sudah bingung dan habis ikhtiar. Sejak tahun 1991 di Perhimpunan Agung UMNO, beliau telah bercakap tentang melahirkan Melayu baru. Mengikut Dr Mahathir, "Melayu baru itu mesti mempunyai budaya yang sesuai dengan aliran zaman, yang sanggup menghadapi segala cabaran, yang dapat bersaing tanpa bantuan, yang terpelajar dan berilmu, canggih, jujur, berdisiplin, amanah dan cekap". Semasa Perhimpunan Agung pada 20 Jun 2002, dia masih mengulangi hal yang sama. Cuba perhatikan, tidak disebut langsung pun soal melahirkan orang Melayu yang bertaqwa dan beramal soleh sebagai agenda pembentukan ummah.
NEGARA MALAYSIA!!!
PEMIMPIN MELAYU!!!
SATU MALAYSIA!!!
Posted by ~yatie~ at 11:26 PM 0 comments